Friday 5 August 2016

BAHAYA SYIRIK NI...


Alhamdulillah..
Penulisan saya hari ini berkaitan dengan bahayanya syirik. Sepertimana yang kita sedia maklum, manusia akan dimati oleh Allah SWT dan dihidupkan oleh Allah SWT. Kalau ikutkan logik memang kita ini tidak mempunyai sebarang kekuatan hanya bergantung kepada pemberian Allah SWT. Kalau mati itu adat, mungkin kita boleh mengusulkan mati itu dibatal atau dipinda, jika hukuman dari manusia mungkin kita boleh pinda undang-undang untuk tidak mahu merasai mati. Hakikatnya, hidup dan mati manusia adalah kehendak Allah SWT....Allahuakbar!

Kalaulah begini, maka kita kena patuh dan taat setia kepada Allah SWT. Berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan perintah Allah SWT. Saya cuba, aku cuba..tetapi cabarannya untuk melaksanakan perintah Allah SWT sangat mencabar bukan sahaja jiwa dalaman tetapi luaran dan halangan besar pula ancaman manusia di dunia. Sesiapa yang berjaya melaksanakan perintah Allah SWT akan diberi pembalasan terus masuk syurga. Marilah kita semua buat apa-apa yang boleh untuk membantu agama Allah SWT ini.

Hari ini saya ingin berkongsi berkaitan dengan bahaya syirik. Syirik boleh dibahagikan kepada dua (2) iaitu syirik jali dan syirik khafi.

Syirik jali adalah syirik dimana manusia menyembah selain daripada Allah SWT. Syirik khafi pula adalah syirik yang membatalkan pahala dan ibadat amalan yang dilakukan. Tujuan ibadat adalah untuk selain daripada Allah SWT. Maka dalam AlQuran Allah SWT telah mengajar manusia supaya semua perbuatan adalah ikhlas  (ilmu tasawuf) kerana Allah SWT bukan selain daripadaNYA kerana hati manusia akan dibuka diakhirat nanti. Syirik khafi tidak membatalkan iman seseorang tetapi boleh masuk dalam neraka. Dalam Hadis Nabi SAW terdapat 3 (tiga) jenis manusia kerana dalam dirinya terdapat syirik khafi iaitu Ulama, Orang Kaya dan jihad kerana perbuatan dibuat untuk dipuji, mendapat pangkat, kekayaan dan sebagainya bukan kerana Allah SWT.

Kesimpulannya, marilah meningkatkan ilmu tasawuf dan akhlak supaya perbuatan kita kerana Allah SWT. Jauhilah amalan seperti ujub, takabur, riak dan sebagainya. Sesungguhnya hidup dalam dunia untuk mendapat pahala sebanyak-banyaknya.



Monday 20 June 2016

KOS HIDUP TINGGI PENDUDUK PUTRAJAYA

                                          

Pasaraya, Putrajaya

Bandar Putrajaya. Indah dan merdunya sebutan dibibir rakyat jelata. Sebuah bandar baharu dan ibu pejabat Kerajaan yang moden dan mempunyai kelas tersendiri telah menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat awam dan peniaga itu tersendiri.


Rata-rata penduduk Putrajaya terdiri daripada penjawat awam yang tinggal dikuarters dan pemilikan rumah sendiri. Majoriti penduduk Putrajaya adalah orang-orang melayu di mana hampir keseluruhannya makan gaji di pejabat Kerajaan dan sebahagiannya syarikat atau perniagaan sendiri.

Bandar Putrajaya dijaga dengan baik sekali seiring penguatkuasaan undang-undang Perbadanan Putrajaya sehingga tiada peniaga boleh berniaga sesuka hati. Bandarnya bersih dan mengamalkan pengasingan sampah di seluruh kawasan Putrajaya. Bagaimana pula dengan penduduknya?. Adakah sama pesat dan majunya bandar Putrajaya?. 
     

Sunday 12 June 2016

MELABEL WANITA JODOH LAMBAT

Mmm…nafasku menjadi panjang.  Kenapa tiba-tiba je terasa ingin sekali menulis mengenai andartu (anak dara tua) atau andalusia (anak dara lanjut usia). Sebenarnya, label itu amat sensitif kepada mereka yang masih belum berkahwin. Amat menyakitkan yang mana memberi kesan kepada mental, spiritual dan emosi.
Suami-istri-siluet-640x411 - The BestHakikatnya, ramai wanita masa kini masih belum lagi bertemu jodoh. Cukup ramai dan membimbangkan. Ada seorang kenalan lelaki pernah bertanya “mengapa wanita sekarang berkerjaya, umur sudah lanjut masih tidak bertemu jodoh? Adakah mereka memang suka hidup tanpa seorang suami?.
Wanita bukannya tidak ingin berkahwin, tetapi tidak ramai lelaki yang layak untuk dijadikan suami. Sudahnya, suami orang juga yang diintai, lebih-lebih lagi suami misali, kerana memikat hati banyak wanita. Tunggu punya tunggu tidak ada juga orang yang sudi, akhirnya masa berlalu. Takut juga kalau tangkap muat, bimbang kalau menyesal di kemudian hari.
Kenapa lambat berkahwin? Bukan sebabnya terlalu memilih jauh sekali menafikan sunah Nabi SAW. Wanita tidak boleh hidup keseorangan. Amat memerlukan teman. Pernah kenalan menangis kerana kesunyian dan kesepian. Itulah dugaan Allah Yang Maha Mengetahui.
Untuk lelaki, cinta lelaki yang tidak bersedia hanya mencuri perasaan wanita walaupun niatnya baik, berdiam diri itu adalah lebih baik dari mengganggu emosi wanita. Jangan jiwang sangat. Jiwang sorang-sorang sudahlah. Yelah, bila niat lelaki itu untuk mencari calon isteri dan meluahkan perasaan kepada wanita. Tidakkah itu menganggu emosi wanita? Bila sanggup lamaran itu, lelaki senyap. Tidakkah itu amat Menyakitkan hati perasaan wanita?
Sayangnya, masyarakat mudah melabelkan wanita lewat jodoh dengan pelbagai gelaran dan tidak berusaha untuk mencarikan calon yang sesuai. Bagi mereka yang sudah berjodoh, syukuri dan manfaatkanlah sebaiknya. Sesungguhnya, sebuah perkahwinan itu terdapat banyak pahala. Wallahualam.