Wednesday 10 May 2017

SEDIH – JIWA KACAU



Menangis kerana kesedihan.  Kadang-kadang kesedihan itu rasanya seperti tidak ada jalan keluar. Ingin minta pertolongan tetapi dengan siapa?. Rasa tertekan, terus dengan kesedihan.
Macamana mengatasi jiwa kesedihan:

  • Fikirkan kejadian yang menimpa diri kita. Tanya kenapa kerana kesedihan itu ada sebab dan tiada kebetulan
  • Ingat nama Allah SWT – zikir nama Allah, doa hajat. Ingatlah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. 
Selain itu,

baca al quran. ubat hati sedih. 

Surah Yasin (hati quran), dan Surah Kahf atau fokus kepada ayat 11. 

Tuesday 9 May 2017

ANUGERAH SEPASANG MATA


Alhamdulillah memiliki sepasang mata yang cantik lagi menawan.
Indahnya ciptaan Allah SWT. Boleh melihat apa yang ada di dalam dunia. Syukur mempunyai saiz mata yang sesuai dengan wajah, sihat dan cukup kelembapan dalam mata.

Tiba ujian, 

Allah SWT boleh mengubah ciptaan dengan membesarkan mata daripada saiz normal. Apabila mempunyai mata besar, mata mudah kering, kesakitan dan penglihatan juga terjejas. Penampilan pula sudah tidak cantik. Waktu tidor pula perlu seletip mata untuk melindungi mata daripada habuk dan berair. Itulah rutin. Boleh ke kembali asal? InshaAllah.

Doa dan Syukur

Mengertilah bahawa Allah SWT boleh mengubah apa-apa sahaja mengikut kehendakNya. Ujian Allah SWT. Manusia, hargailah apa yang kita ada dan sentiasa bersyukur. 

Islam mengajar bersyukur dan bersabar.

Thursday 4 May 2017

KADANG-KADANG IMAN RASA PAHIT



 Ayat balad 4 – sesungguhnya kami menjadikan manusia  dalam keadan susah payah.


Kami buat manusia dalam keadaan susah. Kami menjadi manusia mula-mula dengan kelahiran ibu dan bayi sudah susah. Kesenangan yang diperolehi pun sekejap lepas tu susah semula. Hidup manusia ini susah dan kene berusaha
Apa tujuan jadi susah, tujuan adalah ujian hidup sama ada kita kembali kepada Allah SWT atau sebaliknya. Siapa manusia istiqamah dengan ajaran Islam.

Semua manusia susah. Untuk hidup senang, dia perlu berusaha. Manusia tidak boleh hidup rilek. Senang tidak lama kerana datang susah semula. Kita tidak akan jumpa manusia hidup mudah dari kelahiran hinggalah kematian. Manusia hidup susah mengikut laluan masing-masing. Contoh orang miskin mencari duti untuk sesuap nasi. Manakala orang kaya susah sebab memikirkan untuk menambah untung.

Dalam senang  ada kesusahan

Apa hikmah Allah buat susah, Allah nak bagi tau penghujung susah adalah menuju  akhirat.


Bersusah-susahlah engkau susah mencari Allah SWT.


"Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia."