Friday 12 May 2017

TERJATUH HATI







Sabda Rasulullah s.a.w,

"Barangsiapa yang jatuh cinta, kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar serta sentiasa berdoa kepada Allah, maka Allah akan mengampuni orang tersebut dan memasukkannya ke dalam syurga".


Jatuh cinta ni boleh berlaku macam macam cara. Kadang di pejabat, media social atau kat mana-mana lah. Tidak kira jumlah hari kenal. Apabila kita terasa sudah jatuh cinta rasanya cuba untuk tidak kehilangan, dan harap-harap percepatkanlah process ijab kabul. Haha..Itu pun orang ingin kepada diri kita.

Tapi kalau dah tau kene reject tu, walau ‘terlalu’ rindu pun mungkin kita message sekali then kedua kali je. Lepas tu, jangan contact dah la.

Lepas itu, bersedia untuk bercinta lagi walau orang yang reject masih berbekas di hati. Jadi mohon kekuatan Allah. Niat baik, maka Allah akan memberikan yang lebih baik.


Ketika ini kita sudah berada di bulan Syaaban dan inshaAllah hampir kepada bulan Ramadan. Sentiasalah berdoa kepada Allah supaya dikuatkan hati dan jumpa lelaki yang ikhlas dan menerima diri seadanya.


Wednesday 10 May 2017

SEDIH – JIWA KACAU



Menangis kerana kesedihan.  Kadang-kadang kesedihan itu rasanya seperti tidak ada jalan keluar. Ingin minta pertolongan tetapi dengan siapa?. Rasa tertekan, terus dengan kesedihan.
Macamana mengatasi jiwa kesedihan:

  • Fikirkan kejadian yang menimpa diri kita. Tanya kenapa kerana kesedihan itu ada sebab dan tiada kebetulan
  • Ingat nama Allah SWT – zikir nama Allah, doa hajat. Ingatlah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. 
Selain itu,

baca al quran. ubat hati sedih. 

Surah Yasin (hati quran), dan Surah Kahf atau fokus kepada ayat 11.