Sabda Rasulullah s.a.w,
"Barangsiapa yang jatuh cinta, kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar serta sentiasa berdoa kepada Allah, maka Allah akan mengampuni orang tersebut dan memasukkannya ke dalam syurga".
Jatuh cinta ni boleh berlaku
macam macam cara. Kadang di pejabat, media social atau kat mana-mana lah. Tidak
kira jumlah hari kenal. Apabila kita terasa sudah jatuh cinta rasanya cuba
untuk tidak kehilangan, dan harap-harap percepatkanlah process ijab
kabul. Haha..Itu pun orang ingin kepada diri kita.
Tapi kalau dah tau kene reject tu, walau ‘terlalu’ rindu pun
mungkin kita message sekali then kedua kali je. Lepas tu, jangan contact dah
la.
Lepas itu, bersedia untuk bercinta lagi walau orang yang
reject masih berbekas di hati. Jadi mohon kekuatan Allah. Niat baik, maka
Allah akan memberikan yang lebih baik.
Ketika ini kita sudah berada di bulan Syaaban dan inshaAllah
hampir kepada bulan Ramadan. Sentiasalah berdoa kepada Allah supaya dikuatkan
hati dan jumpa lelaki yang ikhlas dan menerima diri seadanya.
No comments:
Post a Comment