Tuesday 16 May 2017

SELAMAT HARI GURU


Selamat Hari Guru

Cita-cita sejak sekolah ingin menjadi seorang guru. Tidak kesampaian. Alhamdulillah dapat kerja opis.

Untuk ubat hati dan emosi menjadi seorang guru, saya telah mohon belajar di Fakulti Pendidikan di UKM. Terasa terubat juga. Baru ku mengerti sukar pekerjaan guru untuk mendidik murid-murid ni.


Friday 12 May 2017

MAKAN




Makan. 

Sebut je nak makan apa. Nampak perkara mudah tapi ianya SERIUS kerana memberi kesan kepada diri kita. Sebab makan ini akan menjadikan orang tu cergas atau tidak pada masa hadapan. 

Kajian menyatakan, kecerdasan permakanan anak-anak menentukan kepada kepintaran dalam pembelajaran. Maka, ibubapa perlu mengetahui jenis-jenis makan diberikan atau mengamalkan gizi permakanan anak-anak agar kekal cergas dan tidak obesity. Sebab itu, sekolah mewajibkan pelajar menyertai sukan (PJ) 3 kali seminggu untuk mengekalkan kecerdasan.

Contoh remaja tidak perlu berlebihan makanan manis atau berlemak seperti kerepek, gula-gula, kek, biskut dan minuman bergas kerana mengandungi tinggi kalori dan sedikit nutrient.

Untuk menjadikan calon isteri dan seterusnya ibu, satu bonus mempunyai pengetahuan permakanan dan kemahiran memasak seperti kira kalori, jenis-jenis makanan sihat dan perancangan memasak keluarga agar keluarga tersayang terus sihat dan kekal handsome. huhu

Love u

TERJATUH HATI







Sabda Rasulullah s.a.w,

"Barangsiapa yang jatuh cinta, kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar serta sentiasa berdoa kepada Allah, maka Allah akan mengampuni orang tersebut dan memasukkannya ke dalam syurga".


Jatuh cinta ni boleh berlaku macam macam cara. Kadang di pejabat, media social atau kat mana-mana lah. Tidak kira jumlah hari kenal. Apabila kita terasa sudah jatuh cinta rasanya cuba untuk tidak kehilangan, dan harap-harap percepatkanlah process ijab kabul. Haha..Itu pun orang ingin kepada diri kita.

Tapi kalau dah tau kene reject tu, walau ‘terlalu’ rindu pun mungkin kita message sekali then kedua kali je. Lepas tu, jangan contact dah la.

Lepas itu, bersedia untuk bercinta lagi walau orang yang reject masih berbekas di hati. Jadi mohon kekuatan Allah. Niat baik, maka Allah akan memberikan yang lebih baik.


Ketika ini kita sudah berada di bulan Syaaban dan inshaAllah hampir kepada bulan Ramadan. Sentiasalah berdoa kepada Allah supaya dikuatkan hati dan jumpa lelaki yang ikhlas dan menerima diri seadanya.