Inilah realiti yang dapat dilihat dimana-mana. Kesan daripada itulah kita lihat perkahwinan yang terbentuk tidak mencapai tahap kecemerlangan seperti yang dikehendaki Islam. Mungkin hasil perkahwinan itu dikurniakan anak yang ramai tetapi kehidupan suami isteri terus tidak bahagia.
Mungkin isteri terpaksa melahirkan anak itu atas kehendak suami sedangkan dia belum bersedia untuk menjadi ibu. Dalam keadaan itu isteri tidak senang dengan perbuatan suami dan sebaliknya suami juga tidak berpuas hati dengan sikap isteri. Hidup mereka penuh kepura-puraan, berlakon di pentas dunia sementara belum terbongkar segala rahsia dihati.
Sesetengahnya, setelah 10 tahun berumahtangga dan mempunyai anak sudah lima enam orang, mereka masih berpeluang untuk memikirkan hendak bercerai dan hendak membawa haluan masing-masing atas alasan tidak sehaluan. Akhirnya anak dibiarkan menjadi mangsa perceraian pasangan tersebut.
Persoalannya, mengapa tidak sehaluan sedangkan pada awal perkahwinan dilihat sempurna. Tidak boleh sefahaman setelah lama membina rumah tangga?. Bukankah semakin hari semakin mengenali isi budi masing-masing dan semakin memahami jiwa antara satu sama lain?.
Jelas, ketika mereka membina rumah tangga, tidak diambil peluang untuk saling mengenali hati budi pasangannya. Mereka ego dengan sikap masing-masing lalu apa yang difikirkan baik untuk diri dirasakan sudah difahami pasangannya.
Di sinilah kesilapan umat Islam sama ada muda mudi lelaki atau perempuan termasuk ibu bapa dalam memilih isteri untuk anak-anaknya. Sebenarnya dalam Islam, terdapat konsep, “apabila seseorang memilih isteri bererti dia memilih ibu untuk anak-anaknya.” Maka kerana itu mereka perlu merancang masa depan kehidupannya memilih isteri yang sesuai dijadikan ibu suatu hari nanti.
Siapakah isteri yang layak menjadi ibu? Bagaimana sifat isteri itu? Bagaimana rupa dan tingkah lakunya?. Persoalanya, bolehkah seorang isteri yang tidak berakhlak boleh mendidik anaknya menjadi seorang yang berakhlak. Bolehkah isteri yang berlatar belakangkan keluarga yang tidak menentu boleh menjadi ibu yang baik kepada anak-anaknya nanti?.
Nasihat Rasulullah kepada Lelaki:
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kecantikkannya, keturunannya, hartanya atau kerana agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama supaya dirimu selamat.” Rasulullah S.A.W mengingatkan umatnya bahawa dalam usaha mencari pasangan, jangan hanya mengutamakan kepentingan dunia semata-mata. Yang paling penting adalah aspek agama dan akhlak pasangan yang bakal dikahwini. Jadi beragama adalah teras kepada kejayaan bahtera kehidupan.
Seorang lelaki yang bijak sewaktu memilih bakal isteri akan melihat latar belakang kehidupannya, keluarganya dan cara hidupnya. Jika latar belakangnya adalah orang yang beragama pasti cara hidupnya sangat mematuhi peraturan agama. Mereka pasti tidak melanggar perintah Allah walaupun dalam hal remeh temeh.
Jadi, mana mungkin isteri dipilih melalui internet terjamin imannya, ibadahnya dan akhlaknya. Tiada siapa yang boleh menyokong pemilihan itu kecuali sekadar pandangan zahir pada gambar dan tulisannya.
Mana mungkin isteri dipilih melalui pandang pertama di majlis keraian, majlis hiburan dan sebagainya. Siapakah yang menyokong pilihan itu secara pasti? Walaupun dengan kadar kenalan zahir dalam tempoh yang lama, belum tentu terjamin kerana manusia biasa boleh berpura-pua. Mana mungkin isteri dipilih melalui kenalan tidak tentu tahap keimannya. Kenalan itu bukanlah boleh dijadikan sokongan kerana lazimnya sokongan itu akan membawa rebah.
Oleh sebab itu, pilihan isteri mesti berasaskan agama, amalannya zahir dan batin sudah diuji, akhlaknya terpuji dan disenangi semua pihak. Pilihan isteri tersebut seharusnya dinilai dan diteliti oleh orang yang tidak berkepentingan dan yang pastinya dia juga orang yang beragama.
Pilihan itu pasti disokong oleh bukti pergaulan harian, sikap dan akhlaknya dengan Allah dan manusia. Mereka yang beragama tidak mampu ditipu dengan kosmetik, tidak mampu dilakonkan dan tidak mampu disembunyikan rahsia yang tersirat.
Isteri berdasarkan pilihan ini pasti mampu menjadi ibu kepada anaknya dengan baik dan sempurna. Isteri yang mampu menjadi ibu ini akan terus mempertahankan maruah diri, suaminya dan anak-anaknya. Isteri inilah yang dijamin boleh membawa suami dan anak ke dalam syurga.
Sabda Rasulullah S.A.W;
“Wahai para pemuda, sesiapa yang sudah bersedia untuk berkahwin, hendaklah dia segera berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menghalang pandangan (kepada yang dilarang oleh agama) dan memelihara kehormatan. Dan barangsiapa yang tidak sanggup hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu adalah perisai baginya.”
Sebenarnya untuk memilih pasangan hidup, Islam memberi panduan cara memilih kepada lelaki sebelum memutuskan untuk meminang. Sabda Rasulullah “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kecantikkannya, keturunannya, hartanya atau kerana agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama supaya dirimu selamat.”
Beruntunglah, jika seseorang lelaki itu beroleh pakej keempat-empat itu serentak, tetapi kalau tidak dapat sebahagiannya, pilihlah yang beragama. Bagaimanapun beragama yang dimaksudkan disini bukan agama Islam sahaja tetapi sikap, tabiat, akhlak, akidah dan ibadahnya ikut petunjuk agama.
Rasulullah S.A.W mengingatkan umatnya bahawa dalam usaha mencari pasangan, jangan hanya mengutamakan kepentingan dunia semata-mata. Yang paling penting adalah aspek agama dan akhlak pasangan yang bakal dikahwini.
Cirri-ciri tidak hanya tertakluk kepada pemilihan bakal isteri sahaja bahkan ciri-ciri yang sama boleh dipakai dalam pemilihan bakal suami. Hak memilih bukan hanya tertentu bagi lelaki malah Islam juga memberikan hak yang sama kepada wanita untuk menentukan pilihan. Antara faktor-faktor yang menjadi asas pemilihan suami ialah:
a) Beragama dan berakhlak mulia
Sabda Rasulluah s.a.w yang bermaksud:
“Apabila seseorang yang kamu berkenaan tentang keagamaan dan akhlaknya datang melamar, maka kahwinilh dia. Jika kamu tidak berbuat demikian maka fitnah dan keburukan akan terjadi dibumi ini”. Dalam hadisnya yang Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang menikahkan anaknya dengan lelaki fasik bererti dia telah memutuskan silatulrahim dengan anaknya”. Seorang lelaki telah berkata kepada Hasan Bin Ali Cucunda Rasulullah Kepada Wanita:
“Nikahkan dia dengan orang yang soleh. Kalau dia mencintai puterimu, dia akan menghormati dan membahagiakan dirinya. Jika tidak mencintainya, dia tidak akan menzalimi dan menyakitinya.”
b) Lelaki tersebut bukan seorang yang memandang kepada harta dan darjat
c) Umur
d) Seorang lelaki yang sihat tubuh badan dan mempunyai paras menawan
Walau bagaimanapun, sihat tubuh badan dan mempunyai akhlak menjadi faktor utama dalam pemilihan isteri begitu juga dalam pemilihan suami. Ciri-ciri lain diambil kira setelah persoalan agama dan akhlak dinilai. Bakal suami dan isteri yang baik ialah seorang yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama yang sempurna dan beramal dengan ajarannya. Hal ini disebabkan nasib seeorang suami atau isteri, bahagian dengan ajarannya. Hal ini disebabkan nasib seseorang suami atau isteri, bahagian atau tidak, buruk atau baik bergantung rapat dengan sikap mulia pasangan masing-masing.
Apabila seseorang lelaki itu sudah mengenal pasti orangnya, perlulah disempurnakan ikatan pertunangan. Ikatan itu perlu dilakukan secara rasmi tetapi tidaklah pula mengikut adat yang sampai menyusahkan pihak lain, apatah lagi boleh berlaku pembaziran.
Walau bagaimana indahnya perkahwinan, pegangan agama Islam perlu kuat dan teguh. Memartabatkan Islam teras perjuangan dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment