Seringkali perkahwinan dikaitkan dengan ucapacara adat. Biar pun asas utama dalam sesebuah perkahwinan adalah agama, masyarakat moden kini lebih cenderung melaksanakan majlis perkahwinan impian mereka berlandaskan hukum-hukum adat dan budaya masyarakat setempat sekaligus melupakan kehendak dan kewajipan Islam yang pastinya lebih bermanfaat bagi semua pihak yang terlibat.
Beberapa panduan penting mengenai tatacara perkahwinan Islam yang disediakan ini mungkin membantu bakal pengantin yang inginkan majlis perkahwinan mereka diadakan di dalam suasanan lebih Islamik dan diredhai Allah.
a) Perkahwinan di dalam Islam dimulakan dengan upacara peminangan. Bakal pengantin lelaki perlu meminang gadis terlebih dahulu kerana khuatir sang gadis telah dipinang oleh orang lain. Islam melarang seseorang muslim meminang wanita yang sedang dipinang oleh orang lain. Bakal pengantin juga disunatkan melihat wajah gadis yang akan dipinang.
b) Selesai peminangan, dan persetujuan kedua belah pihak telah dimeterai. Akad Nikah dijalankan pada tarikh yang dipersetujui bersama. Akad nikah di dalam Islam meletakkan beberapa syarat dan kewajipan yang harus dipernuhi kedua pasangan pengantin iaitu:
• Kedua calon mempelai saling menyukai antara satu sama lain
• Adanya Ijab Kabul
• Mahar (Mas Kahwin)
• Saksi
• Sebelum upacara akad nikah diadakan, sunat diadakan khutbah terlebih dahulu. Khutbah yang disarankan adalah Khutbatun Nikah atau Khutbatul Hajat. Khutbah amat penting sebagai garis panduan kepada bakal pengantin untuk melalui kehidupan rumahtangga.
c) Majlis perkahwinan yang diadakan untuk meraikan pengantin baharu wajib diusahakan dengan penuh kesederhanaan. Tetamu yang harus diundang dalam majlis perkhawinan adalah dikalangan orang-orang miskin.
Rasulullah a.s pernah bersabda:"bahawa mengundang orang-orang kaya sahaja bererti makanan yang dihidangkan di dalam malis tersebut adalah sejelek-jelek makanan".
Rasulullah a.s pernah bersabda:"bahawa mengundang orang-orang kaya sahaja bererti makanan yang dihidangkan di dalam malis tersebut adalah sejelek-jelek makanan".
Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Makanan paling buruk adalah makanan dalam walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia derhaka kepada Allah dan RasulNya”. (Hadis Sahih Riwayat Muslim 4:154 dan Baihaqi 7:262 dari Abu Hurairah)
Selain itu Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda: "bahawa sebaik-baik undangan adalah orang-orang yang soleh, baik yang kaya mahupun yang miskin".
“Janganlah kamu bergaul melainkan dengan orang-orang mukmin dan jangan makan makananmu melainkan orang-orang yang taqwa”. (Hadis Sahih Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi, Hakim 4:128 dan Ahmad 3:38 dari Abu Sa’id Al-Khudri)
No comments:
Post a Comment