Rasulullah SAW telah bersabda bermaksudnya “Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan kepadanya dan kemudian dia menceritakan rahsia itu”.
a) Sembahyang Sunat dan Surah
Islam telah mengariskan amalan dan adab tertentu ketika pasangan suami isteri melakukan jimak. Pasangan pengantin baharu contohnya digalakkan melakukan sembahyang sunat dua rakaat dan kemudian si suami dianjurkan pula membaca surah al-Fatihah (3 kali), Surah al-Ikhlas (3 kali) dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (3 kali). Selepas itu, si suami hendaklah berdoa kepada Allah agar hubungan mereka suami isteri diberkati dan diberikan kebahagiaan yang berkekalan.
b) Membersihkan kemaluan dan Ambil Wuduk
Selepas melakukan hubungan jimak, kedua-duanya hendak membasuhkan kemaluan dan jika hendak mengulanginya, dianjurkan agar mereka mengambil wuduk terlebih dahulu bagi mengembalikan tenaga yang telah hilang.
c) Pasangkan Niat
Hubungan seksual memberi erti kata yang lebih bermakna daripada memuaskan nafsu ke dua belah pihak semata-mata. Sebaiknya sebelum melakukan hubungan seksual dengan pasangan, pasangkan niat dihati bahawa tujuan dengan seksual tersebut adalah untuk memenuhi kewajipan kepada Allah SWT. Pasangan yang melakukan hubungan seksual mengikut adab yang ditentukan akan mendapatkan pahala dari Allah.
d) Bercumbu Dengan Sopan
Ketika melakukan hubungan seksual, keduanya digalakkan untuk bercumbu dan melakukan dengan baik dan sopan. Ini diperkuatkan lagi dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan pergauli isteri-isterimu dengan cara yang baik.”
e) Mencapai kepuasan Bersama
Apabila menyentuh tentang soal kepuasan dalam hubungan seksual suami isteri, si suami haruslah memahami kehendak seksual isterinya. Si suami hendaklah memberi peluang kepada isterinya untuk mencapai kepuasan standing dengan kepuasan yang dirasainya.
f) Jangan Berbogel
Ketika bersama, keduanya dilarang melucutkan semua baju dari tubuh. Ini ditekankan lagi dengan habis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah yang bermaksud “Apabila salah seorang darimu menyetubuhi isterinya, maka janganlah mereka telanjang seperti bogelnya sepasang keldai”.
g) Berhias dan Memakai Wangi-Wangian
Sebelum melakukan hubungan seksual, baik suami atau isteri digalakkan untuk membersihkan diri atau memakai wangi-wangian. Isteri yang bijak seharusnya bersolek dan memakai pakaian yang indah-indah untuk menarik hati suaminya.
h) Sunat Dua Kali Seminggu
Disunatkan agar si suami melakukan hubungan seksual dengan isterinya dua kali seminggu. Bagaimanapun pasangan boleh menambah atau mengurangkannya sesuai dengan keadaan, kemampuan dan keinginan pasangan. Kerap melakukan hubungan seksual boleh menyebabkan rasa jemu. Terlalu jarang melakukannya pula boleh membuatkan si isteri merasa dipinggir.
No comments:
Post a Comment