Wednesday, 17 August 2022

MESEJ BERCINTA




Islam adalah agama yang membawa mesej cinta. Cinta kepada Allah S.W.T, cinta kepada Rasul, cinta kepada Negara, cinta sesama manusia. Sebab itulah Nabi SAW menenkan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. 

Hadis yang bersabda “tanamkan dalam diri anak-anak kamu ini cintakan Allah, cintakan Rasul, cinta ahli keluaga Rasulullah dan cintakan membaca alQuran".

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting ditetapkan sehingga Nabi S.A.W berpesan bahawa tidak akan masuk syurga sehingga kamu belajar cinta mencintai di antara satu sama lain. Oleh itu, cinta itu merupakan mesej yang disampaikan oleh para nabi. Ia merupakan fitrah manusia.

Cinta kepada berlainan jenis antara seorang perempuan dan lelaki adalah fitrah. Cinta itu normal dan merupakan fitrah manusia, Cuma Islam mengatur fitrah manusia. Islam mengatur bagaimana cara cinta antara seorang lelaki dengan seorang perempuan. Adakah bila seorang lelaki dan perempuan itu bercinta dia boleh sampai melihat dan merasa tubuh badan pasangan, ini adalah tidak boleh.

Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, tetapi mesti ada rasa tanggungjawab. Rasulullah S.A.W bersabda, kalau dua orang bercinta aku tidak nampak yang lebih baik kepada dua orang yang sedang bercinta melainkan diakhiri dengan penikahan. Larangan bercinta, jangan berpegang–pegang tangan. Boleh berjumpa tetapi bukan berkeadaan sunyi tetapi secara beramai-ramai.(Taubat)

Surah al-Maidah ayat 5 bermaksud:
A005
Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya - di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Al-Maaidah 5:5)

Islam menekan perkahwinan berdasarkan mawwadah anrahmah. Mawwadah maknanya cinta, manakala rahmah itu kasihan. Bermakna dalam rumah tangga bukan setakat ada cinta sahaja. Selain cinta, perlu ada perasaan belas kasihan. Jadi konsep cinta kasih dengan belas kasih mesti ada dalam sesebuah rumah tangga.

Waktu bercinta pasangan tidak boleh berpegang-pegang tangan, setakat tengok sahaja itu pun ada bahagian yang boleh dilihat, ada bahagian yang yang tidak boleh dilihat. Islam menetapkan garis panduan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah harus bersih daripada bersentuhan haram.(Taubat) 

Tetapi setelah berkahwin, semua boleh tengok ehingga Islam mengatakan tidak ada aurat antara lelaki dengan perempuan suami isteri. Disitulah cinta perlu dipupuk.

Kebanyakkan orang hari ini salah faham, sebelum kahwin, mereka sentuh semua bahagian pasangan, selepas kahwin sudah tidak bahagian yang hendak dipegang. Sebab itu, mereka tidak merasa memucak segala kenikmatan cinta itu, sedangkan Islam sudah susun.

Cinta tidak akan hilang jika landasan cinta itu adalah kerana Allah S.W.T. Sekiranya seorang suami mencintai isterinya kerana Allah s.w.t.,maka walaupun perasaan cinta ke atas isteri semakin pudar, dia akan tetap memiliki perasaan belas kasihan.

Cinta Kerana Allah
Cinta yang berlandaskan kerana Allah tidak pudar, tetapi kalau cinta berdasarkan kepada materialistik, paras rupa, atau usia muda tidak kekal lama kerana apabila paras rupa sudah tidak cantik lagi, atau usia sudah tua maka suami akan mencari wanita lain.

Dalam satu hadis Nabi s.a.w bersabda, barang siapa yang berkahwin hanya kerana harta isterinya, maka Allah tidak akan menambah melainkan kepapaan kepada dia, siapa yang berkahwin hanya kerana kedudukan isteri dia, Allah akan jadikan dia hina, siapa yang kahwin hanya kerana kecantikan, Allah akan jadikan dia kecewa dengan kecantikan itu. Maknanya tidak bertahan cinta itu. Tetapi pada dipenghujung hadis itu Nabi s.a.w berkata, siapa berkahwin semata-mata kerana Alla, maka Allah akan berkati kedua-dua pasangan itu. (Peringatan)

Tidak dapat menafikan pada peringkat awal, mungkin seseorang itu tertarik kerana fizikal pasangannya. Melihat wajah si gadis jatuh hati atau mungkin dia tertarik dengan tingkahlaku gadis itu atau sebab keturunan yang baik, tetapi selepas berkahwin pasangan itu mesti memupuk cinta mereka kerana Allah s.w.t.. Bagaimana untuk memupuk cinta kerana Allah? Cinta itu boleh dipupuk melalui kesatuan hati, sembahyang berjemaah, melakukan amalan sunat bersama-sama sebab nabi berkata perkahwinan adalah satu sunnah. Sebab itu, kalau perkahwinan tidak diteruskan berdasarkan platform sunnah maka ia tidak kekal lama.

No comments: