Indah apabila perkahwinan kita direstui oleh kedua orang tua dan paling best berkahwin dengan insan yang dicintai.
Ini kerana setiap insan pasti akan mati. Mati datang setelah insan menjalani kehidupan dunia dalam tempoh yang tertentu. Selepas mati, insan akan berada di alam barzakh sehingga berlaku hari kebangkitan semula. Apabila berlaku kebangkitan semula, insan akan diiringi oleh malaikat menuju ke padang mashyar untuk menunggu hisab Allah. Apabila tiba masa dan giliran maka insan akan dibentangkan kitab catatan amalannya yang tidak meninggalkan suatu amalan yang besar atau yang kecil melainkan dihitungkan. Kitab ini akan dibaca satu persatu oleh insan sendiri melalui perintah Allah yang Maha Mengetahui perkara yang nyata dan yang tersembunyi. Antara amalan yang dibentangkan dalam kitab tersebut ialah amalan berkaitan kekeluargaan.
Misi akhirat dalam kehidupan berkeluarga tersangat penting dihayati oleh setiap insan mukmin kerana beberapa sebab:
Pertama: Insan sentiasa terikat dengan keluarga. Insan yang mencapai mukallaf ia terikat dengan taklif. Pada ketika itu status kekeluargaan yang dipegang ialah sebagai anak. Syariat telah menetapkan ada perkara yang wajib dilakukan oleh anak dan ada yang haram dilakukan. Setelah memasuki alam perkahwinan dengan mempunyai pasangan suami atau isteri, insan mukallaf diikat dengan hukum-hukum berkaitan suami dan isteri. Syariat telah menetapkan kewajipan suami yang wajib dilaksanakan dan menetapkan perkara haram yang wajib dijauhi.
Setelah menjadi bapa dan ibu, insan mukallaf terikat pula dengan tanggungjawab sebagai bapa dan ibu. Syariat menetapkan kewajipan bapa yang wajib dilaksanakan dan larangan yang wajib dijauhi. Sebagaimana juga syariat menetapkan kewajipan ibu yang wajib dilaksanakan dan larangan yang wajin dijauhi. Insan mukallaf terikat dengan hukum-hukum ini sepanjang tempoh hidupnya dalam lingkungan keluarga sama ada sebagai anak, suami, isteri, bapa atau ibu. Ikatan ini tidak pernah terputus daripada kehidupan mukallaf kecuali ketika gila, pitam atau tidor.
Kedua: Diakhirat insan perlu kepada bekalan ganjaran kebaikkan bagi memberatkan timbangan amalan kebaikan untuk melayakkannya hidup dalam keadaan reda di dalam syurga. Sekiranya seseorang insan menghayati konsep ubuddiyah dalam kehidupan berkeluarga dan mengamalkannya secara praktikal maka keluarga akan menjadi lubuk ganjaran yang akan memberatkan timbang amalan kebaikannya. Ganjaran mencurah-curah ini datangnya daripada beberapa:
a) Belanja harta untuk keperluan keluarga
b) Mendidik isteri dan anak
c) Bersabar atas karenah dan kelakuan menyimpang ahli keluarga
d) Anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya
Sebab itu, suami seharusnya berusaha bersungguh-sungguh untuk membelanjakan wangnya untuk keluarga tanpa minta bantuan isteri walaupun gaji atau wangnya tidak cukup. Sekiranya tidak cukup, mesti berusaha mencari kerja tambahan agar cukup perbelanjaan untuk keluarga. Ada juga suami yang mempunyai isterinya bergaji atau wang lebih secara logiknya boleh minta bantuan, tetapi sangat tidak dialu-alukan kerana inilah peluang untuk meningkatkan pahala. Biarlah isteri dengan wangnya itu.
Ketiga: Memelihara dan melindungi keluarga daripada api neraka adalah kewajipan tertinggi berbanding kewajipan lain. Oleh kerana matlamat dan objektif kekeluargaan muslim adalah akhirat bagi mendapatkan syurga dan selamat daripada api neraka, maka tanggungjawab dan kewajipan utama yang perlu dilaksanakan oleh ketua keluarga sama ada bapa atau suami ialah memerlihara dan menyelamatkan ahli keluarganya daripada api neraka. Kewajipan memerlihara keluarga daripada api neraka ini diturunkan oleh Allah melalui ayat 6 surah al-Tahrim yang bermaksud:
"Wahai orang-orang beriman, pelihara dan lindungilah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, di atasnya ada malaikat yang berdifat bengis dan kasar, yang tidak pernah mengingkari perintah Allah dan mereka melaksanakan segala yang diperintahkan mereka melaksananya"
Beberapa tafsiran diberikan oleh ahli al-Quran terhadap ayat ini ialah:
a) Mendidik mereka dengan adab dan akhlak Islam
b) Mengajarkan mereka ilmu-ilmu yang boleh menghubungkan mereka dengan Allah terutama yang boleh membawa kepada melaksanakan amalan wajib dan meninggalkan amalan haram.
c) Menyuruh mereka melaksanakan amalan yang wajib
d) Melarang mereka melakukan amalan yang haram
e) Membantu mereka melaksanakan amalan wajib dan meninggalkan amalan haram
f) Tidak mendedahkan atau mendekatkan mereka kepada amalan haram
g) Menyedia dan membuka ruang kepada mereka untuk melakukan amalan wajib
h) Menghidupkan kerohanian keluarga dengan zikir terutama al-Quran
b) Mengajarkan mereka ilmu-ilmu yang boleh menghubungkan mereka dengan Allah terutama yang boleh membawa kepada melaksanakan amalan wajib dan meninggalkan amalan haram.
c) Menyuruh mereka melaksanakan amalan yang wajib
d) Melarang mereka melakukan amalan yang haram
e) Membantu mereka melaksanakan amalan wajib dan meninggalkan amalan haram
f) Tidak mendedahkan atau mendekatkan mereka kepada amalan haram
g) Menyedia dan membuka ruang kepada mereka untuk melakukan amalan wajib
h) Menghidupkan kerohanian keluarga dengan zikir terutama al-Quran
Hakikat hidup pada hari ini, kita dapat saksikan dengan mata kepala sendiri di merata tempat, sepanjang masa dan semua situasi lebih banyak penyelewengan yang dilakukan berbanding perkara-perkara yang mendatangkan manfaat bagi agama, nyawa, akal, keturunan dan harta insan. Untuk menyelesaikan perkara ini, keluarga masyarakat Islam perlu mendorong melakukan ke arah makruf dan mengelak diri daripada perlakuan mungkar. Berjaya hidup dunia dan akhirat adalah impian bersama.
No comments:
Post a Comment