Thursday 5 August 2021

KECANTIKAN ASET WANITA YANG PERLU TERUS DIGILAP




Sekadar berkongsi pengalaman seorang wanita yang telah bercerai dan beliau ingin isteri-isteri diluar sana tahu apa sebenarnya tersirat dibenak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita di kaca mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah mengeluh tentang perawakan kita tetapi disudut hati mereka menilai secara diam-diam dan membanding-bandingkan kita dengan dengan perempuan lain. Sekadar berkongsi untuk pengajaran bersama.

Penceraian wanita ini disebabkan oleh orang ketiga iaitu mempunyai kekasih lain. Bekas suaminya telah berterus terang mengapa dia kurang suka dengan isterinya. Bekas suaminya memaklumkan tiada apa yang kurang dengan bekas isterinya, melaksana tangunggjawab tugas isteri dengan baik seperti menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga tetapi peranannya setakat itu sahaja. Dia juga meluahkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang rangsangan seksual kalau melihat bekas isterinya. Katanya, kadangkala dia ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan apabila berjalan sama menimbulkan cemburu kepada lelaki lain.

Dia juga dengan berani memberitahu bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fesyen yang menarik. Sedangkan bekas isterinya tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa, kuku pendek tapi rosak kerana masak, rambut berbau apabila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, perut tebal dan langsung tidak menarik hanya berkemeja T dan berkain batik sewaktu berada dirumah.

Hari-hari melihat penampilan isterinya itu membuatkan dia merasa tiada apa yang boleh dibanggakan tentang isterinya itu. Bercakap dirumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yang boleh bercakap pasal politik, karier, mempunyai cita rasa yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fesyen dan korporat.

Jauh disudut hati seorang lelaki tetap mempunyai keinginan bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga serta selesa.

Sebalik kegagalan perkahwinannya, wanita diluar sana perlu mengambil iktibar disamping sibuk mengurus rumahtangga, menjaga anak-anak, dan bekerja, kita seharusnya mempunyai masa untuk ke pusat rawatan bagi memelihara kecantikan. Setiap bulan, kita pastikan untuk memperuntukan sedikit wang bagi membeli keperluan untuk diri sendiri selain turut mendapatkan pandangan rakan-rakan atau perunding imej yang bersesuaian dengan diri. Jadi, wanita perlu menjaga kecantikan dari dalam dan luar diri disamping mempertingkatkan akhlak yang baik serta ketaqwaan kepada Allah SWT.

No comments: