Saturday 28 August 2021

PELAJARAN MATI KETIKA TIDUR


Adab tidur seterusnya apabila seseorang bersiap untuk tidur hendaklah sedar bahawa tidur itu sebahagian daripada mati. Meskipun terus bernafas dan jantung berdegup tetapi tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya.

Tidur dianggap sebahagian besar daripada mati bererti peluang hidup hanya sedikit peratusnya. Orang tidur itu jika dibuka kelopak matanya dia tidak melihat, dicubit kulitnya tidak merasa sakit dan sebagainya. Menyedari kedudukan dirinya menghadapi sebahagian daripada kematian apabila terjaga daripada tidur bererti menemui semula sebahagian daripada hayatnya.

Justeru sebelum tidur hendaklah tentukan kedudukan hatinya adakah dia meletakkan dirinya sama ada sebagai pencinta dunia dunia atau pencinta Allah SWT. Menyedari kedudukan dirinya menghadapi sebahagian daripada kematian, apabila terjaga daripada tidur bererti menemui semula sebahagian daripada hayat. 

Semua adab tingkah laku sebelum tidur seperti bersugi, wuduk, berdoa mohon sesuatu kebajikan daripada Tuhan, membaca ayatul Kursi dan tiga qul, anggota tubuh mengiring ke kanan dan menghadap kiblat. Semuanya akan dicatat oleh malaikat atas dasar itu menjadi sandaran cinta atau tidaknya kepada Allah SWT dan RasulNya serta akhirat.

Perlu seseorang mengambil tahu bagaimana  mereka dibangkitkan oleh Tuhan dari kubur di Mahsyar kelak ia dibangunkan mengikut rekod catatan sebagaimana mereka mati di dunia dahulu. 

Jika mereka mati dalam keadaan sayang dan patuh kepada Allah SWT maka mereka dibangkitkan dari kubur dalam keadaan demikian juga. Begitulah sebaliknya jika sebagai pencinta dunia.

Setelah terjaga daripada tidur, jika Tuhan rezekikan dengan kembalikan sebahagian daripada usianya mudah-mudahan mereka mengamal kebaikan untuk dirinya. Segala wirid dan semua bacaan yang disifatkan sebagai zikir. Perkara ini dikira baik (tustahabbu) untuk orang yang tiada peranan lain selain daripada beribadah, sekiranya dia tidak melakukan amal ini bererti dia duduk membuang masa dan usia sahaja.



No comments: