Saturday, 4 September 2021

LAYANAN TETAMU




Antara adab makan apabila kawan dihormati dengan membasuhkan tangan anda hendaklah diterima dengan baik penghormatan itu. Sesungguhnya penghormatan itu tidak boleh dibuat-buat bahkan ia datang daripada Allah SWT yang menggerakkan hati kawannya untuk berbuat demikian. Suatu hari seorang Khalifah Islam yang terkenal bernama Harun Ar Rasyid telah menjemput seorang alim bernama Abu Muawiyyah Adh Dharuri (yang buta).
Dalam satu majlis jamuan yang diadakan oleh Harun Ar Rasyid telah tolong basuh kan tangan orang alim yang tidak dapat melihat itu. Setelah itu Harun Ar Rasyid bertanya kepada tok alim yang di undangnya itu: “Wahai Abu Muawiyah, siapakah yang basuh tangan kamu tadi?” Lantaran beliau tidak dapat melihat maka jawabnya ialah: “Saya tidak tahu”. Lalu Khalifah Harun Ar Rasyid menjelaskan: “Yang menjirus dan membasuhkan tadi ialah Amir Al-Mukminin”. Berkata pula Abu Muawiyah: “Bahawa sesungguhnya yang Amirul Mukminin basuh itu bukan tangan Abu Muawiyah tetapi tangan seorang yang dihormati kerana ilmunya.”
Jawapan itu mengingatkan Harun Ar-Rasyid bahawa beliau basuh tangan seseorang bukan menghormati tubuh badannya tetapi hormat kerana keilmuan nya yang dimiliki. Jawapan tersebut tidak pula  menunjukkan kebesaran dirinya sebagai seorang alim lalu Abu Muawiyah yang buta itu mendoakan Harun Ar-Rasyid: “Saya berdoa semoga Allah SWT merahmati kamu sebagai Amirul Mukminin yang baik hati seperti mana tuan menghormati orang-orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.”
Dengan demikian dalam majlis jamuan itu tuan rumah jirus membasuhkan tangan orang-orang yang diundang kan suatu penghormatan kepada undangan sebagai tetamunya. Demikian pula contoh yang ditunjukkan oleh Imam Malik r.a terhadap anak muridnya Imam Shafie iaitu apabila Imam Malik mengundang anak muridnya hadiri majlis jamuannya. Beliau telah membasuhkan tangan para tetamu termasuk muridnya yang di undangnya sebelum majlis jamuan bermula. Sepatutnya murid lah yang membasuhkan tangan tok guru kerana jasanya yang berlaku sebaliknya kerana tuan guru sebagai tuan rumah.
Berkata Imam Malik: “Wahai Shafie jangan kamu merasa gerun atas apa yang ku lakukan itu kerana khidmat dan layanan baik adalah fardu yang mesti dilakukan terhadap para tetamu”. Adab makan lain, janganlah memerhati rakan yang sedang makan. Bersembang dengan apa yang munasabah memang digalakkan. Namun tidak perlu perhati keadaan orang sedang menikmati sajian. Kerana pemerhatian itu boleh menyebabkan timbul rasa malu dan mengganggu keselesaan seseorang.
Sepatutnya pandangan hanya tertumpu pada sajian yang sedang dinikmati bersama setiap orang buat apa yang sepatutnya ialah awasi diri sendiri. Jangan berhenti makan sebelum orang lain sempurna hajatnya kerana perbuatan berhenti awal akan menimbulkan rasa segan dan malu kepada yang lain. Buatlah helah munasabah sekiranya telah puas makan namun dilarang berhenti dan keluar dari kumpulan tindakan itu menyusahkan hati rakan semajlis. Kecuali jika sebenarnya wujud alasan mustahak yang terpaksa beredar segera bolehlah minta izin kawan yang lain dan tuan rumah untuk meninggalkan majlis tersebut.
Dilarang lakukan apa jua yang menyebabkan orang lain terganggu dan tidak selesa. Misalnya mengetuk-getuk jari pada pinggan atau menghulur kepada ke ruang sajian ketiak menyuapkan makanan. Hulur kepala secara berlebihan pasti mengganggu pihak lain terutama yang berkongsi dulang. Sekiranya berhajat mengeluarkan sesuatu dari mulut seperti tulang ikan, dia berpaling wajahnya ke arah lain lalu ambil benda itu dengan tangan kiri agar tamu lain tidak melihat apa yang ada dalam mulutnya.
Contoh ketiga jangan cecah sesuatu seperti daging dan lelemak ke dalam air asam atau cuka bercili meskipun untuk mengurangkan  rasa muak makanan berlemak itu. Gunakan cara lain yang munasabah seperti angkat mangkuk air asam dan menuangkannya sedikit keadaan ketulan daging itu. Dikhuatiri ada di kalangan orang yang makan setalam terganggu dengan perbuatan mencecah mendatangkan rasa loya dan sebagainya.
Hingga menganggap tidak didik untuk sopan oleh orang tuanya. Membangkit ibu bapa adalah suatu yang menyentuh maruah keluarga. Apatah lagi jika daging itu telah dikerat dengan gigi lalu mencecahkannya semula ke dalam kuah air asam cecahan yang dikongsi bersama. Bercakap sambil makan itu usahlah dalam perkara isu yang dibenci orang mendengarnya iaitu mengenai perkara cemar meloyakan tekak. Sebaliknya bercakap dalam perkara yang menimbulkan selera makan merapatkan hubungan silaturahim semajlis.
Timbul pertanyaan mengenai penggunaan sudu untuk menyenduk kuah dan sebagainya menggunakan tangan kanan atau tangan kiri supaya sudu tidak diselaputi kuah yang melicinkan boleh ganggu penggunaannya. Inilah perkara yang mesti difahami bahawa sudu digunakan hanya untuk mengambil kuah atau sayur bukan untuk menyuap nasi secara peribadi tetapi secara jemaah.
Justeru dalam perkara tersebut sewajarnya berdasarkan semangat Islam yang disepakati umum iaitu perlu guna tangan kiri untuk kepentingan umum yang perlu dijaga.

No comments: