Tertarik dan Terpikat. Pilihlah Kerana Akhirat.
Antara perkara penting yang perlu kita ambil perduli adalah seperti berikut:
a) Menilai kecantikan itu bukan hanya pada rupa paras, bahkan melihat cantik itu pada budi pekerti, tutur bicara dan akhlak wanita yang ingin dikahwininya.
b) Kenapa perlu kepada penghayatan agama? Kerana adanya ada kekayaan akhlak. Wanita pula jangan terlalu ‘daring’ dalam usaha memikat bakal suami. Jangan mudah tidak manis. Biar keluarga lelaki yang bekerja keras memikat kita. Di situlah mahalnya harga diri seorang wanita yang Allah perintahkan dilindungi oleh bapanya dan keluarganya.
c) Jangan terlalu berani berani mengangkat suara, bertempik-tempik dan mengangkat mata (pandangan tajam) bila bercakap dengan lelaki. Lelaki tidak berminat dengan perempuan begini kerana melambangkan keangkuhan. Tegas dan tegap biarlah bertempat.
d) Jalan yang terbaik mengungkap hati yang sudah terpikat dan mengharapkan terus diikat oleh jejaka pilihan, perkemaskan munajat dengan Allah, perbanyakkan bangunkan malam dan minta Allah berikan petunjuk dalam urusan jodoh. (Ustaz pesan supaya laksanakan solat malam setiap hari).
e) Membuat risikan terlebih dahulu dan jangan tergesa-gesa untuk mudah terpikat pada seseorang lelaki.
Wanita seharusnya memiliki ahklak dan pegangan agama yang teguh dan kukuh. Jangan memurahkan diri dan merendahkan martabat kewanitaan kita walaupun kita “memang syok gila” dengan si lelaki itu.
Usaha bersederhana, jika tanda positif Alhamdulillah tapi tiada kita beredar. Ini kerana sekiranya berusaha juga mungkin si lelaki itu jauh meninggalkan kita akhirnya kita sedih dan kecewa. Tidak salah mencuba, tetapi sekiranya orang tidak sudi mengapa mesti memujuk diri kepada si lelaki itu.
Kita mesti sentiasa bersedia menerima jodoh dengan sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan molek kerana pandangan pertama itu penting sebab melalui penampilan luaran orang boleh menekanya. Bak kata perpatah barat “your dreess is your address”
No comments:
Post a Comment