"(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya". (Ghaafir 40:44)
Perasaan cinta itu yang tidak dapat dimiliki, dan ia juga merupakan ujian dari Allah S.W.T. Perlu difahami bahawa kecintaan, kasih sayang dan rasa tertarik pada sesuatu yang indah itu bukan suatu yang tercela, tetapi cinta yang mendorong ke arah maksiat itulah cinta yang terlarang. Contohnya mengajak maksiat, tunjukkan kemaluan sendiri.
Cinta itu bukanlah suatu yang tercela apabila kita mengikut lunas-lunas Islam. Budaya couple adalah budaya barat dan bukan budaya Islam. Banyak rancangan dan drama-drama tv yang membawa kisah-kisah tentang percintaan yang bermula dengan pertemuan, bercintaan selama bertahun-tahun yang terlalu banyak ranjaunya sehingga akhirnya berkahwin. Ini bukan gambaran cinta yang sebenar dalam Islam.
Gambaran cinta dalam Islam ialah, apabila telah bernikah, pasangan itu saling berusaha untuk menjalankan tanggungjawabnya di dalam rumahtangga. Setelah berkahwin, tiada halangan lagi untuk menzahirkan cinta kerana di sanalah tempat yang selayaknya. Orang yang telah merasa manisnya bercinta dahulu tidak akan dapat merasakan kemesraan dan cinta setelah berkahwin. Sebab itu banyak berlaku penceraian kerana telah hilangnya kemanisan cinta di dalam rumahtangga yang dibina.
Sembunyikan Cinta
Imam Muhammad Ibnu Daud Az-Zahri berkata bersandar kepada hadis Nabi saw bahawa: “Barang siapa yang jatuh cinta kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar, maka Allah akan mengampuni orang tersebut dan memasukkannye ke dalam syurga.”
Apabila seseorang itu jatuh cinta, janganlah ia dengan mudah meluahkan perasaannya kepada wanita yang dicintai. Kerana ia akan mengganggu emosi wanita tersebut. Andainya ditakdirkan ketika itu wanita tersebut telah pun mempunyai pilihan hati, emosinya akan mula terganggu. Kerana pernah terjadi di mana seorang wanita yang hampir berkahwin, tiba-tiba jatuh hati kepada seorang lelaki lantas menjalinkan hubungan cinta bersama lelaki tersebut. Ketika di hari pernikahan, lelaki tersebut berasa dipermainkan lantas membunuh wanita itu.
Sebab itu, apabila timbul rasa cinta di dalam hati terhadap seseorang hendaklah disampaikan kepada orang yang amanah, yang dapat membantu proses seterusnya seperti merisik keadaan insan pilihan itu. Andainya ia menolak, terimalah dengan hati yang terbuka bahawa berkemungkinan dia masih tidak bersedia untuk berkahwin, atau tiada jodoh. Sekiranya dia menerima lamaran itu, hendaklah diatur urusan seterusnya melalui orang tengah atau terus kepada pihak keluarganya. Dengan cara ini, barulah perkahwinan itu ada kemanisan dan keberkatannya.
Hadis Nabi saw: ”Barang siapa yang jatuh cinta kemudian dia tetap menjaga diri dan menyimpannya dengan baik dan bersabar, lalu meninggal, maka matinya orang tersebut dikira mati syahid”.
Pernah seorang Tabi’in jatuh cinta kepada seorang wanita. Beliau mengetahui bahawa wanita itu akan berkahwin dengan sahabatnya sendiri, lalu beliau memendamkan perasaanya sehinggalah akhir beliau jatuh sakit dan meninggal dunia. Imam Ibnu Hazam telah berkata, bersandarkan kepada kisah seorang lelaki yang telah datang berjumpa dengan Saidina Umar Al Khattab r.a, katanya: “Aku telah melihat seorang wanita kemudian aku jatuh cinta kepadanya, kemudian Umar r.a menjawab, “Itu adalah termasuk suatu perkara yang tidak dapat dimiliki. "
Pihak Ketiga
Dari Jabir r.a, bersabda Nabi S.A.W,: “ Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat,jangan sekali-kali dia berdua-duaan di dalam tempat sepi dengan seorang wanita, sedang dia dengan wanita tersebut tidak memiliki hubungan keluarga (mahram), kerana yang ketiga dari mereka adalah syaitan”.
Kita dilarang untuk melakukan pertemuan-pertemuan ‘tidak rasmi’ di antara lelaki dan wanita. Sebagai contoh, tidak boleh seorang lelaki menyuarakan hasrat kepada seorang wanita secara berdua-duaan di satu meja, sekalipun terdapat ramai orang lain disekelilingnya. Ini kerana di sana tetap ada ‘yang ketiga’ iaitu syaitan. Mungkin ramai yang menganggap pertemuan begini tidak mengapa kerana berbincang dikhalayak ramai. Tetapi siapa yang tahu sekiranya bertemu berdua, perbualannya mungkin diselitkan unsur-unsur lain yang menimbulkan syahwat. Kiranya ada orang lain datang, topik perbualan tadi segera ditukar supaya orang tidak mengetahuinya. Begitulah sebenarnya syaitan cuba mengganggu hati manusia. Sebab itu Islam melarang seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan mahram untuk ‘dating’ berdua-duaan.
No comments:
Post a Comment