Andainya seseorang itu berhasrat menjadi anggota masyarakat dihormati, hendaklah berusaha dengan cermat dan berhemat untuk menghindari tingkah laku yang tidak sopan dan disenangi.
Satu daripada perangai yang tidak disenangi ialah berbangga dengan kehebatan pakaian dengan sering menatap dan merenungnya. Perbuatan tersebut dalam majlis seolah-olah sedang memperagakan pakaian sedangkan majlis itu perlukan perhatian yang serius. Sering memandang pakaian sendiri tidak menyenangkan mereka yang semajlis, juga menyebabkan dia hilang tumpuan kepada majlis tersebut. Dengan itu dirinya tidak menghormati majlis tersebut. Islam melarang menunjuk-nunjuk dan bermegah, dengan kehebatan apa jua jenis pakaian dalam majlis kerana bercanggah dengan peranan pakaian mengikut sunnah iaitu melindungi tubuh khususnya aurat. Dari sudut ilmu jiwa bermegah dengan kehebatan berpakaian adalah suatu cara untuk melindungi kelemahan diri sama ada ke kekurangan dari sudut ilmu pengetahuan dan budi pekerti.
Adab Majlis
- Hendaklah dihindari sering berpaling ke kiri dan ke kanan dengan kerap kerana bukti tidak beri tumpuan kepada majlis itu akan mengganggu pihak yang bertugas
- Jangan sering beralih tempat dan sentiasa bertukar hubungan dengan ahli majlis, sebentar menemui orang tertentu seketika beralih mendapatkan orang lain. Istiqamah lah pada suatu tempat dalam majlis sama ada jumpa seseorang kerana hendak bertukar fikiran dan sebagainya. Kerap beralih tempat menunjukkan tiada ketenangan jiwa dan ketetapan fikiran. Ertinya orang yang binasa di neraka tidak sepatutnya sesal kerana dengan nyata hujah alasan yang diberikan oleh Allah SWT
- Firman Allah SWT,“…iaitu agar orang yang binasa itu binasa nya dengan keterangan yang nyata dan agar orang yang hidup itu hidupnya dengan keterangan yang nyata (pula)…” Surah An-Anfal ayat 42.
- Antara adab ketika duduk dalam bermajlis jangan tunjuk situasi tidak selesa, lahir kegelisahan hingga sentiasa hendak bertukar tempat. Bertenang dan zahir kan kemesraan bersama ahli majlis lain
- Selain itu, hendaklah berwaspada daripada kebiasaan mematahkan dengan mematahkan bunyi jari jemari. Tabiat tidak mustahak itu sekadar suatu kebiasaan yang boleh mengganggu orang lain. Segala nasihat oleh Imam Ghazali itu tampak seperti perkara remeh. Hakikatnya umat Islam diajar agar tiada memenuhkan masa dengan kegiatan yang tidak perlu, seperti menyembunyikan jari jemari
- Tazkirah Imam Ghazali itu sejajar dengan doa dalam solat “Assalamu alaina wa’ala’ibadillahis solihin”. Mohon supaya Allah SWT selamatkan umat Islam serta HambaNya yang solihin. Ertinya umat Islam di serata alam saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Mereka tidak hidup keseorangan di dunia, andai berjiwa Islam terasa ramai sahabatnya. Saling mendoa dalam solat dan di luarnya dengan sebutan “Robbana” bererti hai Tuhan kami, tidak dengan “Rabbi” hai Tuhanku.
- Ketika dalam majlis jangan leka dengan perbuatan tidak perlu seperti mengulit janggut dan bermain cincin di jari, mencolek gigi serta memasukkan jari ke lubang hidup. Guru sedang menasihati orang ramai, malangnya dia dilalaikan dengan perbuatan yang lagho (lalai) tanpa tujuan itu.
- Satu lagi perangai yang kurang sopan ialah kerap kali meludah terutama ketika bulan puasa. Anehnya jarang bersugi kerana takut batal puasa, sedangkan bersugi itu sunat dan kerap meludah hukumnya makruh. Tidak wajar tinggal yang sunat sebaliknya melakukan yang makruh.
- Jauhi perbuatan yang tidak enak didengar orang lain dengan “bergeriak” iaitu suatu usaha untuk mengeluarkan kahak dipangkal tekak.
- Jangan sekali-kali menggeliat dan tidak wajar menguap di depan orang dengan bunyi suara yang hodoh dan lain-lain lagi.
- Mencelah ketika orang sedang bercakap dalam majlis bukanlah caranya bermajlis dengan orang ramai.
- Jangalah keadaan riuh rendah seperti pasar borong. Selesaikan seseorang bertutur kata bergilir lepas seorang demi seorang.
Semasa berada dimajlis, kita hendaklah menjaga peribadi dan akhlak kita hingga orang lain terasa meluat gelagat kita. Oleh itu, semasa bercakap dalam majlis usahlah terlalu panjang berjela-jela biarlah perkataan tersusun dan teratur padat mempunyai nilai perbahasan dan matlamat pertuturannya. Adalah menjadi bala kepada majlis jika ada yang bertutur dengan panjang lebar tetapi tidak dapat difahami makskud tutur ucapanya oleh para pendengar. Lantaran menggunakan bahasa yang sukar difahami.
No comments:
Post a Comment