Tuesday, 30 November 2021

ADAB MASUK TANDAS


Islam telah menggariskan peraturan dan adab qada hajat. Ia membuktikan bahawa syariat Islam sangat cermat meliputi dalam hal yang persendirian dan sulit seperti qada hajat itu diberi perhatian.

Menunaikan qada hajat hendaklah di dalam tandas yang tertutup. Selain itu, tidak membuka aurat sebelum sampai di tempatnya. Di larang qada hajat dalam keadaan menghadap atau membelakangkan kiblat.

Berwaspada lah tidak melakukan qada hajat di tempat kebiasaan orang ramai berhimpun kerana bau najis akan mengganggu ketenteraman orang yang sering berkunjung bertempat itu.

Dilarang buang air kecil pada air yang tenang dan tidak mengalir kerana akan menjejaskan air yang bertukar mutanajis dan tidak boleh dimanfaatkan lagi. Tidak melepas qada hajat di bawah pohon kayu yang berbuah di khuatir buah yang gugur akan terkena najis.

Jangan buang air kecil ke atas objek yang keras, dibimbangi air kencing akan memercik balik. Begitu juga jangan buang air kecil menghadap angin yang bertiup deras, serbuan angin akan menyebabkan percikan najis mengenai tubuh dan pakaian. Ketika buang air besar hendaklah diberatkan tumit kaki kiri kerana ia akan memudahkan najis keluar.

Hendaklah dihindarkan terlalu lama ia dalam tandas kerana melakukan qada hajat semestinya dalam keadaan aurat terbuka. Ikhtiarlah untuk singkatkan waktu dalam keadaan aurat yang terbuka itu, meskipun hanya seorang diri.

Sekiranya masuk tandas, hendaklah melangkah dengan kaki kiri ketika masuk dan melangkah kaki kanan ketika keluar. Tindakan demikian sesuai sebagai tempat hodoh dan tidak dihormati.

Jangan bawa masuk di dalam tandas benda yang ada nama Allah dan RasulNya SAW. Tinggalkan semua benda tersebut sebelum masuk ke tandas. Sekiranya tinggal barang berharga dan dikhuatiri ada rakan tidak amanah, bolehlah membawa ke dalam tandas dengan keadaan paksa.

Sebelum masuk tandas di sunatkan berdoa terlebih dahulu. Meskipun dilarang membawa bersama objek yang bertulis atau berukir kalimah Allah, namun ketika masuk tandas disunatkan menyebut nama Allah ‘Bismillah’ sebagai tanda syukur kerana dengan izinnya boleh membuang makan dan minuman yang tersimpan dalam perut.

Dituntut untuk istibrak (berdeham) yang sudah buang air kencing untuk tuskan air kencing manakala bagi lelaki bolehlah diurut sambil berdeham.

Ketika keluar tandas disunatkan berdoa.

No comments: