Saturday, 28 August 2021

AKHLAK KETIKA PUJI KAWAN



Fitrah manusia mengetahui bahawa yang mungkar semua orang yang merasa jijik terhadap perbuatan mungkar itu. Pencuri juga merasa jijik terhadap mungkar itu. Pencuri juga merasa benci jika barang miliknya dicuri orang. 

Manusia tahu hakikat makruf kerana kebaikan fitrah manusia secara umumnya. Bagaimanapun yang menjadi sandaran baik buruknya sesuatu perkara ialah agama (Islam) sementara akal dan fikiran berperanan sebagai penyokong kuat yang mampu berhujah.

Seseorang kiranya berdepan dengan wajah manis dan puji diri anda secara berdepan, janganlah rasa senang hati dengan pujian itu. Tiada alasan yang mewajarkan seseorang puji secara berdepan, puji ketika di belakangnya adalah pujian yang ikhlas dan mempunyai asas. Apa yang dilarang ialah merasa selesa menerima pujian secara berdepan kerana tiada asas untuk rohani melainkan mempunyai tujuan di sebaliknya.
L

Nabi SAW bersabda:
“Janganlah kamu sembelih kawan mu sendiri (puji berdepan ibarat sembelih kawan)”.

Selain itu janganlah merayu masalah diri kepada manusia lain kerana apabila mengadu dan merayu masalah kepada manusia, maka Allah SWT berlepas tangan serahkan masalah kamu kepada manusia untuk diatasi. Apa jua masalah yang menimpa diri mengadulah terus kepada Allah SWT. Hanya Dia yang menyelesaikan semua persoalan. Jika mengadu hal kepada manusia mereka hanya mampu mendengar tetapi tidak upaya mengatasi kerana di luar kuasanya.

Janganlah merasa tamak agar manusia sentiasa bersamamu sama ada di belakangmu atau semasa berdepan. Sikap tamak itu hingga lupa meletakkan harapan kepada Allah SWT bererti salah tempat dan tidak pandai mengguna perasaan tamak. Minta pertolongan manusia sekadar ikhtiar yang di benar oleh Allah SWT iaitu “tolong menolong atas kebaikan dan takwa bukannya atas jalan kejahatan dan permusuhan”. Bukan untuk selesaikan masalah kerana bidang tersebut hak mutlak Allah SWT.

Seterusnya janganlah tamak terhadap harta benda dalam tangan (milik) orang kerana perbuatan itu sebagai menempah kehinaan secara segera. Sebagai hamba Allah SWT jangan sekali-kali melibatkan diri dalam perkara yang menghina diri, sikap tersebut boleh jerumuskan manusia kepada yang ditegah oleh syarak.

Apabila meminta sesuatu hajat daripada seseorang lalu diperkenankan hajatnya orang itu dikira saudara yang boleh memberi kebaikan kepada orang lain. Khususnya ilmu pengetahuan serta nasihat tunjuk ajar. Sebaliknya, jika dia tidak ditunaikan hajat anda, janganlah dicerca atau dihebahkan kepada orang lain. Kelak akan bertukar daripada kawan menjadi lawan yang berpanjangan pikul bebanan perbalahan.

Orang Islam memang berkewajipan memberi nasihat, berpesan di atas kebenaran dan berpesan dengan kesabaran. Janganlah kecewa dan berkecil hati jika mereka tidak menunjukkan kesediaan menerima nasihat itu. Kaji dahulu kemungkinan menasihat dalam situasi tidak berhikmah dan kurang bijaksana.

Bagaimanapun, jangan membazir masa jika kamu pasti dia tidak boleh terima nasihat, akibatnya mereka tidak dengar nasihat segala nasihat itu. Kemungkinan akan timbul perbalahan antara kamu dan dia akibat percanggahan itu. Apabila memberi nasihat hendaklah secara mendatar (umum) serta mengalir lancar tanpa tersekat-sekat, mudah difahami dan tidak dituju khusus kepada seseorang. Jauh sekali daripada menyebut dan menyinggung peribadi seseorang supaya tidak menyusah serta memalukan pihak tertentu.

Ketika sampai ke pengetahuanmu adanya cemuhan atau umpatan orang yang tidak setuju terhadap dakwahmu, atau tingkahlaku orang dalam majlis tidak menyukai mu hendaklah kamu serahkan urusan mereka itu kepada Allah SWT hendaklah kamu berlindung dengan Allah SWT daripada kejahatan mereka. Jangan habiskan masa dan usia untuk memikirkan imbuhan (mukafaah) hasil daripada kerja dakwah yang kamu lakukan. Kewajipan sebagai da’ei hanya memikirkan apakah ilmu terbaik yang hendak kamu sampaikan dalam majlis pengajian. Apabila manusia menggemari majlis ilmu yang kamu anjurkan bererti itulah peluang pahala paling besar yang akan kamu peroelhi daripada Allah SWT.

Membuang masa memikirkan masalah mufakah (imbuhan) akan merugikan kerana mungkin akan kehilangan pahala yang sepatutnya kita perolehi di akhirat kelak. Penganjur majlis tentunya memahami, masa dan titik peluh yang kamu curahkan untuk berdakwah. Apa dan sebanyak mana yang diberi penganjur, ucap syukur kepada Allah SWT. Tidaklah sampai buang masa untuk memikirkan perkara tersebut.

No comments: