MERINGGANKAN bebanan kawan sama ada beban kemiskinan, hingga tiada perasaan segan silu untuk berjumpa bagi menyatakan masalah yang dihadapi, merupakan kejayaan dalam membina jalinan persahabatan.
Berkata Sayidina Ali bin Abi Talib r.a maksudnya : ”Kawan yang paling buruk ( perangainya) ialah kawan yang mengada-ngada dalam meraikan dirimu.”
Akhlak Islam mengasuh kita dalam meraikan kawan yang bertamu dengan hidangan biasa yang disajikan kepada keluarga sendiri.
Sikap mengada-ngada itu mungkin atas dorongan ingin memuliakan tetamu, malu terhadap tetamu seandainya sajian tidak istimewa. Lantaran itu, dia bersusah payah mengadakan sesuatu yang dianggap istimewa miskipun terpaksa bertindak diluar kemampuan.
Untuk tujuan itu, sesuatu yang tiada pada sajian biasa bagi keluarga sendiri. Jika bertindak begitu termasuk dalam “takalluf” memang tidak selaras dan tidak kena dengan akhlak Islam. Sikap begini wujud pada golongan masyarakat Islam atas alasan malu.
Bagi Sayidina Ali Abi Talib r.a bahawa orang yang mengada-ngada dalam meraikan tamu itu adalah seburuk-buruk kawan. Orang yang baik meraikan tamunya denga senang hati menghidangkan tamunya dengan makanan biasa. Disajikan kepada keluarganya setiap hari.
Selagi merasa malu dengan hidangan biasa ertinya tidak wujd persahabatan sebenar, seolah orang jauh yang bukan sahabat akrab. Andainya kita dikunjungi jiran dekat, adakah merasa malu denan menyajikan hidangan biasa untuknya.
Sebagai jiran dekat sudah mengetahui kehidupan harian kita juga kelaziman makanan harian kita. Apabila disajikan makanan harian dengan ikhlas dan sukarela tidak menimbulkan sebarang anggapan negatif, yang demikian lebih mulia dan terhindar dari sifat takalluf.
Walau bagaimanapun, menghormati tetamu suatu yang dituntut dalam Islam, oleh itu ada ketikanya (melihat keadaan) mensajikan hidangan istimewa termasuk dalam hormat tetamu (ikram al dhuyuf), tidak termasuk dalam mengada-ngada (takalluf) yang ditegah dalam Islam.
Fudhail r.a berkata yang bermaksud : ‘’Sesungguhnya saling tidak berkunjung disebabkan sifat mengada-ngada (takalluf).”
Justeru itu, untuk menggalakkan kawan bertamu ialah dengan melayannya secara biasa tidak mengada- ngada (takalluf)
Berkata Jaafar bin Muhamad As-Sodiq r.a. : Sahabatku yang paling berat ialah orang yang mengada- ngada untuku, dan aku pun amat berwaspada kepadanya. Sahabat yang paling menyenangkan hatiku ialah ketika aku bersamanya bagaikan aku duduk seorang diri”
Satu dari cara hormat sahabat ialah tidak mengganggunya dengan ibadat-ibadat sunat, seperti terdapat golongan ahli sufi yan bersahabat sedangkan kawannya asyik menikmati makanan, ketika itu dia tidak menyusahkan kawannya supaya berpuasa sunat bersamanya.
Andai sahabatnya sentiasa berpuasa, dia tidak menganjurkan sahabatnya berbuka puasa. Demikian juga jika sahabatnya tidur sepanjang malam, dia tidak akan mengerakkan sahabatnya agar bersamanya bangun menghidupkan malam (ih ya-ul lail) .
Berkata sebahagian ulama: “Sesiapa yang tidak bersikap menyusahkan orang lain, nescaya akan berpanjanganlah sikap menjinakkan hati dalam bersahabat. Sesiapa yang ringan (sedikit) perbelanjaan dalam berkawan, akan panjanglah persahabatan dengannya”
Sebagaimana perpatah Arab: Anggaplah sahabat itu seperti adik beradik saudara sendiri, tetapi dalam masalah urusan harta kepunyaannya hendaklah seperti berurusan dengan orang asing. Berlaku jujur dan amanah ketika berurusan.
Jika seseorang dapat lakukan empat perkara tanpa sebarang halangan dari kawannya, maka sempurnalah persahabatannya:
Pertama, apabila kita masuk ke rumahnya boleh makan makanan yang terdapat dalam rumahnya.
Kedua, masuk ke bilik airnya bebas bermandi- manda.
Ketiga, mendirikan solat.
Keempat, tidur selesa.
Empat perkara itu lazimnya mendatangkan gangguan kepada keluarganya tetapi dia tidak merasa demikian miskipun kita makan minum dan mandi manda serta solat juga tidur dengan lena. Itu menandakan persahabatan berda di tahap yang bernilai murni antara dua pihak.
Jika kedua-dua pihak bersahabat rasa senang hati dan merasa gembira dengan empat perkara itu, sesetengah ulama menambah seperkara lagi; iaitu lakukan secara berkeluarga.
Apabila seseorang dapat ,melakukan lima perkara itu sempurnalah nilai persahabatannya nescaya akan lenyaplah sikap malu-malu terhadap kedua-dua pihak bersahabat. Akan terpancar keceriaan wajah (indishad) antara kedua-duanya ketika bertemu.
Ahlan; bererti salam kekeluargaan, dan wa sahlan; bermaksud bagi kami , wa marhaban; bermaksud rumah yang selesa untuknya.
Ucapan tersebut merupakan budaya orang Arab sebelum kedatangan Islam. Meskipun ia mempunyai pengertian yang baik tetapi kedatangan Islam telah menggantikannya dengan ucapan lebih baik iaitu ; “Assamu `alaikum,” bererti ; salam sejahtera ke atas kamu.
No comments:
Post a Comment