Wednesday, 1 September 2021

MANA SILAPNYA?






Seorang lelaki berusia 26 tahun sudah bekerja sebagai jurutera di Kuala Lumpur. Seorang lelaki yang mempunyai jiwa yang tidak bahagia dan merasa tiada makna dalam hidup ini. Kehilangan bahagia kerana tiada cinta. Cemburu kebahagiaan rakan-rakan yang sudah berkahwin dan diri sendiri kerana belum menemui jodoh lagi. Bertambah parah lagi apabila menghadapi masalah kesunyian dan tekanan orang kampung bertanya “ Bila nak kahwin?”. Kata lelaki muda ini, bukannya tidak mencari tetapi berakhir dengan episode yang menyedihkan dan menyakitkan. Kata lelaki berusia 26 tahun:“Saya seorang yang sukar mendekati wanita dan wanita juga sukar mendekati diri saya”. Keluh yang panjang sambil merenung ke arah awam.

Lelaki bimbang sebab lambat jodoh!. Rasa hendak tergelak juga sebab ada juga lelaki yang bimbang lewat jodoh. Ingatkan perempuan je yang bimbang. Tapi melihat umur yang baru berusia 26 tahun tidaklah terlalu tua. Masih muda lagi dan belum terdesak untuk berkahwin. Kalau difikirkan, mengapa tidak menggunakan kuasa seorang lelaki yang ada hak untuk berkahwin dan bercerai. Sepatutnya lelaki lah yang mulakan dulu untuk mencari berbanding wanita nanti dikatakan istilah “perigi mencari timba”.

Mengapa mesti bandingkan diri dengan orang yang sedang bahagia?. Berhentilah membanding diri dengan kawan-kawan yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga bahagia. Mungkin sebahagian kawan kita bahagia dan sebahagiannya tidak bahagia. Hidup berumah tangga banyak cabarannya jika kita tidak bersedia dari segi mental dan fizikal.

Nasihat kepada lelaki ini, usahlah bandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi dari kita sebaliknya banding lah diri yang rendah dari kita agar kita nampak beruntung Allah SWT telah menjadikan segalanya sedemikian rupa buat kita. Terima kasih Ya Allah.

Mengapa lelaki lambat jodoh? Mana silapnya?. Seorang lelaki yang mengadu dia lambat jodoh atau tiada jodoh hanyalah disebabkan kurang mencuba. Cuba sekali lepas tu buat tak tau je apabila tak ada respond. Kalau kita sudah mencuba dan orang itu menolak cinta tulus kita, maka jadikan cabaran untuk mencari pengganti yang lebih baik. Mohon kepada Allah SWT Insha’Allah akan berhasil.

Akhir sekali, mengapa kita mesti ikut bisikan syaitan yang jahat itu. Kenapa kita memikirkan tentang kesunyian hidup tanpa pasangan?. Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk hidup dan berbakti kepadaNya.

Sekiranya anda di luar sana merasa anda boleh menjadi suami yang lebih baik daripada orang lain, BUKTIKAN!. hehe

No comments: