Syukur kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan menimba ilmu perubatan Islam secara kebetulan daripada Allahyarhamah ustazah Joharah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada ustazah.
Perubatan Islam merupakan cara alternatif yang diajar dalam Islam. Berubat tanpa perantaraan jin tetapi terus memohon pertolongan Allah SWT dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran. Banyakkan doa-doa yang boleh diamalkan oleh perawat dan pesakit. Hari ini saya ingin kongsikan sedikti ilmu berkaitan dengan cara-cara merawat pesakit seperti ini.
Syarat untuk beramal dengan perubatan Islam atau apa-apa aktiviti harian hendaklah seperti berikut:
· Tidak takabbur dengan Allah SWT
· Ikhlas kerana Allah SWT dan agamaNya.
· Solat tidak ditinggalkan dan ditambah dengan solat-solat sunat lain solat hajat, tahajud dan dhuha
· Amalan dibuat hendaklah ikhlas sekiranya didapati tidak ikhlas hendaklah berzikir
· Beramal dengan hendaklah ada ilmu dan berguru
· Maafkan orang lain jika orang buat salah kepada kita
· Kerap kali mohon ampun kepada Allah SWT
· Banyakkan sedekah. Ada pelbagai cara untuk sedekah
· Pesanan Tuan Guru Haji Hadi Awang menasihati apa-apa musibah ke atas diri hendaklah bersabar, solat dan minta ampun dengan Allah SWT dan jangan sesekali menuduh atau mengeji dugaan yang diterima kerana boleh gugur iman.
Antara tanda-tanda pesakit ialah:
Mata ada lebam macam ada pesakit jantung
Mata kemerah-merahan
Badan berasa panas. Ketika orang lain bercakap nak marah kepada pesakit atau pesakit kerap suka marah-marah
Jika ada jin, akan berasa sakit.
ü Sebelum memulakan rawatan. Tindakan:
- Sebelum memulakan perubatan atau jika badan rasa tidak sihat hendaklah mandi dengan 21 biji limau nipis dengan air biasa atau air kolah di masjid. Mulakan bacaan Al-Fatihah,
3 kali
- Jika pesakit beri salam, perawat dilarang menjawab. Sebab pesakit membawa penyakit yang boleh memberi kelemahan kepada perawat.
- Pastikan perawat dan pesakit menutup AURAT sebab setiap ayat al-Quran ada penjaga iaitu malaikat. Kita perlukan malaikat bersama ketika berubat sebab itu perlu pakaian menutup aurat.
- Boleh sediakan air, garam atau lada hitam (terpulang kepada perawat tetapi lebih baik menggunakan air).
- Perawat pastikan pesakit perempuan menutup aurat
- Pesakit baring menghadap kiblat
- Perawat hendaklah duduk tepat di tengah pusat sebelah kanan. Jangan duduk di hujung kaki
ü Cara Pertama
o Al-Fatihah
o Surah Al-Baqarah ayat 1 -19
o Surah Al-Fil (3 kali)
(Ketika melakukan perubatan ini, anda akan dapat rasa pelbagai bau-baun, rasa seram, rasa takut dan sebagainya. Teruskan baca)
ü Cara Kedua jika masih tidak juga keluar makhluk halus mulakan bacaan
o Al-Fatihah
o Surah Al-Baqarah ayat 1-8 (3 kali)
o Zikir 100 kali
Untuk kedua-dua kaedah, perawat akan dapat rasa makhluk halus akan keluar melalui badan atau kaki dengan cara pukul secara perlahan tetapi jangan kuat..
ü Zikir Ya Salam : untuk mereka berasa lesu/lemah badan
ü Pesanan ustazah:
o Selalu berzikir
o Jangan masukkan dalam hati dengan dosa. Selalulah beristighfar. Doa minta ampun dosa diri sendiri, ibu bapa, anak, sahabat dan umat Islam
o Kutip ilmu agama untuk akhirat dan jangan bangga dengan pangkat, harta tetapi pentingkan ilmu agama
BERAMALLAH UNTUK DIRI, KELUARGA DAN MASYARAKAT.
No comments:
Post a Comment