Tuesday, 30 November 2021

ADAB KETIKA BUANG AIR KECIL DAN BESAR


Antara keperluan hidup manusia ialah qadak hajat (membuang air kecil dan besar). Islam telah menggariskan peraturan dan adab qadak hajat. Ia membuktikan bahawa syariat Islam cermat meliputi dalam hal yang persendirian dan sulitpun seperti qadha hajat iaitu diberi perhatian. Menunaikan qadak hajat sekiranya tidak di dalam tandas yang tertutup melakukannya tidak terdedah di khalayak ramai. Justeru itu hendaklah berusaha nencari sesuatu objek untuk berlindung supaya kesopanan dan adab sebagai seorang muslim dapat dijaga.

Di antara peraturan dan adab qadak hajat adalah tidak membuka aurat sebelum sampai di tempatnya. Dilarang qadak hajat dalam keadaan menghadap atau menghormati tempat yang paling mulia di dunia ini iaitu Baitullah (Kaabah). Berwaspadalah agar tidak melakukan qadak hajat di tempat kebiasaan orang ramai berhimpun kerana bau najis akan menganggu ketenteraman orang yang sering berkunjung ketempat itu. Selain itu dilarang dan tidak mengalir kerana perbuatan itu boleh menjejaskan air tersebut. Ia menyebabkan air yang suci itu bertukar mutanajjis dan tidak boleh dimanfaatkan lagi.

Di larang qadak hajat di bawah pohon kayu yang bebruah dkhuatiri buah yang gugur akan jatuh pada najis tersebut. Dilarang juga qadak hajat pada sesuatu lubang perbuatan itu boleh menganggu haiwan yang menghuni lubang berkenaan. Haiwan yang  terkena najis itu akan gempar. Situasi gempar itu boleh menyebabkan najis kencing tidak terkawal boleh terkena anggota atau pakaian orang yang buang air kecil situasi itu akan menyulitkan jika hendak mendirikan solat.

Jangan buang air kecil ke atas objek yang keras dibimbangi air kencing akan memercik balik. Begitu juga jangan buang air kecil menghadap angin yang bertip deras, serbuan angin akan menyebabkan percikan najis mengenai tubuh dan pakaian. Sayugia duduk bertinggung ketika qadak hajat (buang air besar) hendaklah diberatkan ke atas tumit kaki kiri berbuat demikian akan memudahkan najis keluar. Ia boleh mengelak dari mengambil masa yang lama untuk qadak hajat. Hendaklah dihindar terlalu lama di dalam tandas kerana melakukan qadak hajat semestinya dalam keadaan aurat terbuka. Ikhtiarlah untuk singkatkan waktu dalam keadaan aurat yang terbuka itu meskipun hanya seorang diri. Sekiranya melakukan qadak hajat dalam bangunan khas (tandas), hendaklah melangkah dengan kaki kiri ketika masuk dan langkh kaki kanan ketika kelaur. Tindakan sedemikian sesuai dengan kedudukan tandas sebagai tempat yang dianggap hodoh dan tidak dihormati.

Selain itu jangan bawa ke dalam tandas suatu benda yang padanya ada nama Allah SWT dan RasulNya SAW sama ada dalam bentuk tulisan seperti buku atau ukiran pada cincin dan sebagainya. Tanggalkan semua benda tersebut sebelum masuk tandas.

Baca Doa

Bagaimanapun jika tiada rakan yang boleh dipercayai untuk diamanahkan jika khuatir kemungkinan hilang sedang ianya berharga. Tidak mengapa dibawa bersama ke dalam tandas dengan keadaan terpaksa.

Sebelum masuk tandas disunatkan berdoa terlebih dahulu doa : " Bismillah, A'zuzubillahhi minal khubutsi wal khabaits". Bermaksud "Dengan nama Allah, aku berlindung dengan Allah daripada khubuts (syaitan jantan) dan kkabaits (syaitan betina)".

Mekipun dilarang membawa bersama objek yang bertulis atau berikir kalimah Allah, namun ketika henadk masuk tandas disunatkan menyebut nama Allah "Bismilllah" sebagai tanda syukur kerana izinNya boleh membuang makanan dan minuman yang tersimpan dalam perut.

Justeru itu ketika keluar dari tandas disunatkan mengucapkan "Alhamdulillahillazi azhaba 'anni ma yu'zini wa abqa 'alayya ma yanfa'uni". Bermaksud "Segala puji bagi Allah yang mengikis buang benda yang menyakitkan aku dan mengekalkan zat yang memberi manfaat kepadaku".

Dituntut istibraq (berdehem) bagi orang yang sudah buang air kecil untuk tuskan air kencing yang masih ada dalam saluran (bagi lelaki bolehlah diurut sambil berdehem). Bagaimanapun tidk digalakkan terlalu banyak berdehem dan banyak berfikir tentang istibraq kerana iai boleh menyebabkan seseorang itu jatuh was-was. Jika terperangkap dalam was-was segala urusan ibadahnya akan menjadi musaqqah (sukar).

Untuk mengelakkan was-was bagi orang yang basuh kencing hendaklah dia menganggap bahawa yang basah iu ialah saki baki air basuhan. ORang yang paling sedikit beristibraq dia dianggap paling fakih dan mendalam tentang syariat Allah SWT. Satu lagi rukhsah (kemudahan) yang diberikan oleh syarak adalah seseorang boleh buang air kecil berdekatan dengan orang lain dengan syarat dia berlindung dari pemerhatian orang disisinya itu.

Keharusan itu berdasarkan Nabi SAW sendiri pernah berbuat demikian di sisi sahabatnya dalam keadaan berlindung. Sedangkan Nabi SAW adalah insan yang amat pemalu berbanding para sahabatnya yang lain. Nabi SAW berbuat demikian untuk mendidik umatnya bahawa dalam situasi tertentu harus buang air kecil dalam keadaan demikian meskipun dalam keadaan biasa perbuatan itu boleh menjejaskan maruah seseorang.


No comments: