Saturday, 28 August 2021

LELAKI PANCING BANYAK IKAN



Tarikan kepada ciri individu adalah faktor yang mendorong kita mendampingi seseorang. Kita tertarik dengan berlawanan jantina atas sebab cri-ciri fizikal yang ada padanya. Antaranya kacak, bentuk badan, kemas dan wangi. Malah lebih menarik lagi kalau bijak mengatur kata-kata. Tarikan fizikal inilah yang memungkinkan perhubungan intim.

Walau bagaimanapun, tarikan fizikal semata-mata tidak memungkinkan perhubungan intim itu ke gerbang perkahwinan tanpa mengambil  kira kesamaan dan keserasian. Merasai persamaan dan keserasian antara satu sama lain hasil interaksi dan perbualan semasa pertemuan sudah mula meninggalkan ciri-ciri idaman itu. Ini kerana perhubungan yang erat akan terbentuk untuk diikat secara sah iaitu perkahwinan.

Tahukah anda, lelaki akan cuba memikat wanita dengan pelbagai aksi. Mungkin si lelaki bertemu kawan baik si wanita tentang ciri-cri lelaki idaman yang diingini. Setelah mengetahui, si lelaki cuba untuk mengubah personaliti dan cuba untuk menjadi personaliti yang diingini oleh gadis pujaannya. Ini tujuan untuk memberitahu bahawa dia begitu berminat  dengan wanita itu dan berharap ada respons.

Kepada kaum wanita, ingat pesanan ini. Lelaki akan pancing banyak ikan dengan berkawan dengan sesiapa sahaja (wanita) asalkan wanita itu respons padanya dan dapat memenuhi keseronokannya. Sebab itu kalau kita lihat mereka mudah melayan kita dan wanita pula “tersyok sendiri” bahawa lelaki itu suka padanya. Padahal hanya untuk “test market”. Namun, untuk dijadikan teman hidup, mereka tetap memilih wanita yang baik, bersopan santun berakhlak mulia dan menjaga kehormatan diri.

No comments: