Sunday, 26 September 2021

KEPAK SABAR DAN SYUKUR



Firman Allah SWT


A015Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!. (Saba' 34:15)
Allah SWT perintahkan agar manusia makan rezeki yang dikurniakan kemudian bersyukur terhadap kurniaan Allah SWT itu. Bersyukur bukan sekadar pada sebutan lidah, tetapi mensyukuri nikmat Allah ialah dengan melakukan ketaatan melalui ibadah yang fardu atau ibadah sunat. Meninggalkan yang haram dan makruh.

Kita selalu memikirkan sesuatu musibah yang berlaku ke atas diri kita adalah amat teruk. Tanpa memikirkan orang lain juga lebih teruk menerima musibah.

Pernah suatu hari para sahabat Rasulullah SAW sedang gelisah dan susah hati bertanya kepada Rasulullah SAW. “Ya Rasulullah, di kalangan manusia ini, siapa yang paling banyak menerima ujian”. Jawab Rasulullah “Paling banyak dan berat ujian adalah para nabi”. Kita masih jauh dan kerdil. Ujian yang ringan berdasarkan kemampuan seseorang itu. Kita hanya mampu berdoa kepada Allah SWT agar ujian yang sedang dialami diringankan dan menemui jalan keluar.
Sesungguhnya orang beriman sering memikirkan kesengsaraan hari mahsyar yang deritanya tidak terperi, dia sedar bahawa sebagai manusia yang lemah dan tidak mampu menanggung azab yang begitu lama dI bumi mahsyar. Justeru itu, dia sanggup menanggung kesusahan yang sebentar di dunia dan menjauhi apa jua larangannya serta memperjuangkan agamanya agar ia sentiasa terbela walaupun ramai kalangan manusia yang membencinya.

No comments: