Nasihat seorang ibu Umamah lalu berkata:
Hai
anak gadisku, kalau nasihat ini tidak perlu bagimu kerana kamu sudah pun
memiliki akhlak mulia dan keturunan yang mulia, maka tidak perlula ia bagi kamu
kerana kamu telah memiliki sifat-sifat tersebut, tetapi jadikanlah sebuah
peringatan kepada orang-orang yang lupa dan akan membantu bagi orang-orang yang
bijak.
Hai
anak gadisku, engkau akan meninggalkan rumah di mana engkau dibesarkan, di mana
engkau belajar berjalan, untuk menuju ke tempat yang engkau tidak kenal kepada
seorang teman yang engkau tidak rapat. Dengan mengahwininya, dia menjadi tuan
bagimu, maka jadilah hamba baginya dan dia akan menjadi hamba bagimu. Ambillah
dariku sepuluh sifat yang akan menjadi bekal dan peringatan bagimu.
Pertama dan Kedua – jadilah PENENANG baginya dan DENGARLAH
SERTA TAATILAH dia kerana ketenangan itu akan membawa kedamaian fikiran,
mendengar dan mentaati suami itu diredhai Allah SWT
Ketiga dan Keempat – pastikan engkau SENTIASA BERBAU WANGI dan KELIHATAN
CANTIK. Dia tidak suka melihat sesuatu yang buruk pada dirimu dan tidak
mahu mencium bau yang tidak enak dari tubuhmu. Kohl adalah bentuk terbaik untuk
kecantikan diri manakala air pula lebih bagus dari minyak wangi jarang ditemui.
Kelima dan Keenam – SEDIAKANLAH
MAKANANNYA TEPAT PADA MASANYA dan DIAMLAH
KETIKA DIA SEDANG TIDUR kerana kelaparan itu umpama bara api yang mudah
terbakar dan menggangu tidurnya pula akan membuatnya marah
Ketujuh dan Kelapan – JAGALAH
PARA PEMBANTUNYA (ATAU PEKERJANYA) DAN ANAK-ANAKNYA DAN JAGALAH HARTANYA KERANA
MENJAGA HARTANYA itu menunjukkan engkau menghargai dia manakala menjaga
anak-anaknya serta pembantunya pula menunjukkan pengurusan yang baik
Kesimpalan dan Kesepuluh – JANGAN
DEDAHKAN RAHSIANYA DAN JANGAN MENGINGKARI PERINTAHNYA kerana jika engkau
mendedahkan rahsianya kamu tidak akan merasa aman dengan pengkhianatannya dan
jika engkau mengingkarinya hatinya akan dipenuhi kebencian terhadapmu.
“Hai
anak gadisku, BERHATI-HATI APABILA
MENUNJUKKAN RASA GEMBIRA DI DEPANNYA KETIKA
DIA SEDANG SEDIH dan JANGAN
TUNJUKKAN KESEDIHAN DI DEPANNYA KETIKA DIA SEDANG GEMBIRA kerana bergembira
ketiaka dia sedang sedih itu menandakan kurannya pertimbangan manakla bersedih
ketika dia sedang gembira itu akan membuatnya tidak suka.
TUNJUKKANLAH PENGHORMATAN
PADANYA SEBAIK MUNGKIN DAN BERSETUJULAH dengannya sebanyak yang boleh supaya dia berasa nikmat
bersama denganmu.
Ketahuilahlah
hai anak gadisku, bahawa engkau tidak akan mendapat apa yang engkau sukai
sehinggalah engkau mendahulukan kesenangannya sebelum kesenangannyamu dan
kehendaknya sebelum kehendakmu dalam apa jua keadaan sama ada engkau suka atau
tidak suka. Semoga Allah memilih yang
terbaik untukmu dan melindungimu.
No comments:
Post a Comment