Salam sejahtera kaum Adam dan Hawa.
Bersyukur kepada Allah kerana kita diberi kesempatan untuk hidup hingga kini. Alhamdulillah.
Sebenarnya teringin benar berkongsi sedikit coretan yang tidak seberapa ini. Kebetulan jari jemari ini tidak sabar-sabar, jika ditakdirkan mungkin. Insha’Allah.
Rasa untuk memiliki dan dimiliki adalah fitrah yang ditetapkan oleh Allah SWT sejak azali lagi. Rasa cinta itu suci, tetapi biarlah ia berlayar dengan panduan Ilahi dan Sunah Nabi SAW. Jika tidak, takut-takut nafsu bertumpang iblis berlayar bersama.
Membuat pilihan bukan mudah. Kita pilih orang, orang lain juga pilihan. Hanya insan yang bertuah saja terpilih melayari bahtera yang indah ini.
Menurut pakar motivasi Dr Fadilah Kamsah, cinta terbahagi kepada tiga. Pertama cinta persekolahan. Cinta ini tertumpu pada rupa dan populariti. Kalau anda bijak dan selalu wakil sekolah memang lah ramai pelajar admire. Kedua cinta IPT, semasa berada di universiti ingin berpasangan dan ingin berteman berlainan jantina tersangat nak. Kalau bercouple, kita juga nak bercouple. Maklumlah keluarga berjauhan, bosan, kehendak yang bukan-bukan, tekanan dan sebagainya. Waktu ini, ramai lelaki mencari pasangan. Setelah bosan dikatakan tidak serasi. Ditinggalkan terus. Hanya peratus sedikit saja sampai berkahwin.
Tahap ketiga pula adalah ingin mencari “teman karib seumur hidup”. Selalunya bagi mereka yang sudah bersedia untuk menjadi suami atau isteri. Cinta ini lebih tenang dan mula mengira-ngira bagaimana membuat pilihan. Ingat pesan Nabi SAW, berkahwin kerana kecantikan, keturunan, harta atau gama. Pilihlah yang beragama. Wanita berpakej 4 in 1 adalah sangat baik.
Sememangnya lelaki PEMBURU. Tapi kadang-kadang hairan juga jenis yang bagaimana ingin diburu. Memburu perlu berilmu. Hakikatnya hari ini wanita rata-rata cemerlang akademik dan berkerjaya hebat. Harapan untuk memiliki seorang lelaki dijadikan calon suami telah di list berjeler-jeler. Ciri-ciri lelaki idaman. Persoalannya, masih adakah lelaki yang kita list kan itu?.
Lelaki idaman hanya tinggal idaman. Sewaktu berada di pengajian, saya cukup memilih. Tika itu ada yang hadir dan pergi kerana dia bukan lelaki idaman. Sehinggalah bekerja, ada yang meminati saya tetapi tidak tepati ciri-ciri yang diinginkan. Saya masih berusaha mencari lelaki idaman seperti yang harap-harapkan. Bila bertemu lelaki idaman terpaksa pula bersaing dengan wanita lain. Siapa yang hebat dialah yang dapat. Akhirnya hingga kini belum bertemu jodoh. Tidak pandai memilih, kadang-kadang dapat yang ntah apa-apa. hehehe
Pepatah berkata, ukur lah baju di badan sendiri. Bandingkan diri dengan lelaki yang kita idamkan. Bila saya bermuhasabah diri, barulah tersedar diri bahawa “aku bukan idaman lelaki”. Rupa paras yang biasa-biasa, akhlak yang biasa, pendidikan juga biasa dan kerja juga biasa-biasa. Aku wanita biasa. Sikap egois dan menidakkan kehadiran lelaki sekeliling kita dengan menganggap “akulah wanita cantik dan hebat”. Akhirnya solo…menyendiri...
Untuk memikat lelaki, pelbagai usaha dilakukan memandangkan umur menginjak lebih dewasa. Mula membawa diri menjadi perhiasan sebagai tontonan dan pameran oleh orang ramai. Ada setengah lelaki memperlakukan seperti habis madu sepah di buang..sudah dapat gading bertuah, tanduk tak berguna lagi. Itulah..kesian nasib wanita..tapi apa boleh buat..em erm erm..
PELIK bin ajaib, ada setengah lelaki mengambil kesempatan ke atas kelemahan wanita. Ada juga menawarkan diri untuk berpoligami dan ada juga menipu mengatakan dia masih bujang atau duda. Ada juga yang gersang bercakap mengenai seks…mmm
Tekanan perasaan dan fitnah mula berlaku. Doa kawan-kawan yang tidak ikhlas. Rahsia hati terbongkar. Malunya diperlakukan begini. Ada lelaki hanya mencuri perasaan wanita, mengganggu emosi wanita yang tenang ini. Bila tidak bersedia janganlah memberi harapan.
Masalah tiada jodoh oleh anak gadis bukan sahaja dibimbangi oleh diri sendiri tapi turut terasa seorang ibu. Setiap ibu mengharapkan anak gadisnya menemui jodoh yang baik. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu antaranya berdoa selepas solat fardu atau solat sunat. Bertanya kepada kawan, jiran atau saudara mara jika ada lelaki bujang supaya ada lelaki yang ingin menyunting anak gadisnya.
Masalah tiada jodoh adalah ujian Allah kepada kita kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Mahu menguji parameter iman dan takwa, sejauh mana kuatnya tawakal seorang hamba kepada Tuhannya. Di kala diuji, janganlah bimbang di hati. Usaha & doa, doa & doa dan tawakal & doa.
Apabila rasa sudah terlewat, janganlah tergesa-gesa untuk terus rembat lelaki di depan mata. Kita ada hak memilih tapi janganlah terlalu memilih takut-takut dapat “ikan bilis”. Pesan ustaz, biarlah diri kita benar-benar rela untuk berkahwin dan janganlah mengikut orang lain berkahwin kita pun nak berkahwin.
Jadilah diri ini bermanfaat untuk masyarakat dan teruskan lah baiki diri dengan ilmu. Jika di takdir jodoh tiada di dunia, bersiap sedialah untuk buat amalan yang banyak-banyak untuk bekalan kita di alam barzakh nanti. Jika ada anak pun, tidak pasti juga mereka mendoakan kita.
Kata pujangga “sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu juga…cinta sejati yang ditunggu-tunggu ya!
No comments:
Post a Comment