Saturday, 13 November 2021

KUBUR MASING-MASING


Kadang-kala dalam kejenuhan hidup di dunia ini, kita perlukan seseorang untuk membantu diri kita. Walaupun "sempurna" pandangan manusia tetapi bukan mudah untuk melayari bahtera kehidupan kerana banyak cabaran dan dugaan. 

Manusia dijadikan Allah mempunyai ciri-ciri naluri, jasad, roh, sifat kendiri dan bermasyarakat yang menjadikan mereka mempunyai kelebihan yang tidak ada pada makhluk yang lain. Namun kelemahan mereka dibantu dengan hidayah daripada Allah, bukan sahaja hidayah sifat naluri, perasaan dan akal yang berbeza dengan makhluk yang lain. Allah mengurniakan hidayah al-Din (hidayah agama) melalui kitab yang diwahyukan kepada para rasul yang dilantik daripada kalangan manusia. 

Allah SWT memberitahu kepada manusia bahawa setiap manusia akan menemuiNya di hari akhirat kelak. Pertemuan itu berlaku seorang demi seorang kerana kita dilahirkan seorang diri di dunia dan kembali juga seorang diri ke alam kubur. Ketika akhirat kelak, manusia berpusu-pusu menuju menghadap Allah SWT tanpa melihat kiri dan kanan, dan kalau boleh kita tidak mahu jumpa orang yang kita cintai sewaktu di dunia dahulu kerana takut ada tuntutan yang boleh mengurangkan pahala. Kalaulah begini, lebih baik kita sendiri sendiri beriman dan beramal sebab berjumpa Allah seorang tanpa bantuan atau sokongan orang lain.

Bila masuk bab beramal, Allah SWT bertanya kepada manusia, mampukah kamu beramal seorang diri padahal hidup di dunia penuh dengan ujian?. Jawabnya tidak boleh sekiranya persekitaran kita tidak membantu untuk beramal dan menjadi orang beriman. Contoh Allah SWT menjadi nafsu sebagai melonjakkan kekuatan manusia seperti suka kan lelaki/perempuan, kekayaan. Mampukah kita melawan nafsu sendiri tanpa bergantung dengan orang?. Jawapannya tidak boleh.

Sebab itu untuk menjadi baik, kita perlu menjaga isteri/suami dan anak-anak baik agar diri kita menjadi baik sebaliknya jika isteri/suami dan anak-anak buruk maka kita turut menjadi buruk. Sebab kesan persekitaran yang menghancurkan diri kita jika kita tidak mensucikan persekitaran tersebut. Kita perlu dakwah orang lain supaya dapat bantu diri kita sebelum dakwah kepada orang lain.

Firman Allah SWT Surah Al-'Asr bermaksud:
A001
"Demi Masa!,
A002
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
A003
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

Surah Al'Asr walaupun pendek, tetapi memberi makna yang mendalam. Allah SWT memberitahu setiap manusia yang hidup di dunia ini rugi kerana berhadapan ujian yang tidak mampu kita hadapi. Allah SWT sebut 4 perkara iaitu beriman dan beramal, berpesan dan bersabar. Apabila kamu kamu beriman dan beramal, bila-bila masa iman kamu boleh runtuh atau dikalahkan dengan kebatilan. Sebab hidup ini banyak campuk aduk dengan kebenaran dan kebatilan. Sebab itu, kitakan perlu kawan/rakan/kumpulan dari orang mukmin untuk bantu kita mengenali kebenaran. Apabila pegang kebenaran, ramai musuh, ramai menentang, fitnah, ugut. Jawapannya itu lah dunia. Manusia buruk tidak rela manusia baik hidup di dunia. Sebab itu kita perlu kawan, atau kumpulan untuk berpesan. Akhirnya untuk pegang kebenaran, kamu perlu sabar pegang kebenaran sehingga mati. 

Oleh itu, kena pandang kira kanan ajak bersama orang mukmin. Tugas dan cabaran dunia ini sangat besar. Sebab kita nak balik masuk kubur seorang diri. Untuk membawa balik tu bukan sebab nak menjaga diri. Allah SWT kata tidak, Allah SWT sebut kamu di lantik menjadi khalifah di dunia. Bina dunia. Kalau sekadar, solat, puasa, naik haji,..itu baru tiang (Rukun Islam). Alquran banyak menyebut tanggungjawab. Sebab itu kena bina dunia. Sunnah untuk membina dunia perlu kumpul manusia yang gagah dan ramai. Nabi Muhammad SAW membina manusia dengan memasukkan hati sahabat dengan AlQuran dan Nabi berhijrah ke Madinah mendapat kuasa. Akhirnya Nabi berjaya mengumpul manusia yang bersatu dan menakluk dunia. 

Kesimpulannya, kesatuan adalah kewajipan atas tali Allah SWT (akidah, alquran, agama Islam).



  


No comments: