"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Ibrahim 14:40)
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"(Ibrahim 14:41)
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". (Al-Baqarah 2:132)
Amat jarang kita memberi wasiat kepada anak berpegang teguh dengan ajaran Islam. Contohi Nabi Ibrahim dan Yaakub masing-masing mengingatkan anaknya terhadap nikmat Allah SWT yang telah dikurniakan kepada mereka iaitu nikmat agama Allah SWT yang telah dipilih untuk mereka.
Untuk pertahankan Iman dan mati dalam Islam, mestilah melaksanakan perintah Allah seperti solat, faham hukum hukum Islam, akhlak Islam, politik Islam, halal haram dan sebagainya. Persoalannya, ada tidak kita membaca dan memberi wasiat seperti Nabi Ibrahim A.S.
Pengajaran kematian Firaun, akhir sebutannya untuk mati dalam Islam. Taubat yang sudah terlambat setelah tahu Firaun akan mati. Siapa Firaun? Seorang yang melakukan maksiat dan melawan Islam tetapi akhir hidup Firaun ingin mati Islam. Malangnya, taubat kepada Allah SWT telah ditutup.
Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)".(Yunus 10:90)
(Allah berfirman): "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.(Yunus 10:91)
Kesyukuran itu perlu disertakan dengan segerakan amalan-amalan perintah Allah SWT. Membawa keluarga menjadi ahli taubat.
"Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!". (Yunus 10:92)
Tugas mak ayah sentiasa selalu beri perhatian kepada solat. Perhati sungguh-sungguh dan tegas.
Betul-betul Islam kita mesti ikut Al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama. Kalau orang yang tidak sungguh-sungguh Islam buta A-Quran, tidak ikut Sunnah dan sebagainya. Hidup manusia banyak ikut hawa nafsu dan rakan kongsi syaitan.
Nabi SAW bersabda: Perjanjian diantara kami dan mereka (orang-orang munafiq itu), ialah dengan solat. Maka sesiapa yang yang meninggalkannya sungguh dia telah menjadi kafir.
Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), (Maryam 19:59)
Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, -(Maryam 19:60)
Betul-betul Islam kita mesti ikut Al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama. Kalau orang yang tidak sungguh-sungguh Islam buta A-Quran, tidak ikut Sunnah dan sebagainya. Hidup manusia banyak ikut hawa nafsu dan rakan kongsi syaitan.
Untuk mengekang hawa nafsu, jangan mewahkan anak dengan kekayaan tetapi hidup sederhana atau qanaah. Kesan anak tidak menjaga hawa nafsu akan memberi bencana di masa hadapan.
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa' 17:24)
Kita bila bercakap dengan lembut dan baik. Keredaan Allah SWT dan kejayaan dunia akhirat buat baik dengan ibu bapa. Jaga keluarga dengan Islam dan taat perintah Allah SWT
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Al-Ahqaaf 46:15)
Setelah umur anak 40 tahun, mereka akan berdoa yang "bertanda kuning". Doa itu cerminan keluarga yang Allah redai iaitu ahli syukur. Apa-apa hal ahli keluarga selalu sebut alhamdulillah.
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (A-li'Imraan 3:133)
Kesyukuran itu perlu disertakan dengan segerakan amalan-amalan perintah Allah SWT. Membawa keluarga menjadi ahli taubat.
No comments:
Post a Comment