Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka. (Faatir 35:6)
Reda Allah atau ikhlas menjadi falsafah hidup umat Islam. Kita akan mengutamakan reda Allah daripada reda diri sendiri atau reda insan lain atau makhluk lain. Oleh itu, reda Allah akan lebih diutamakan daripada keselesaan dan kesenangan diri sendiri daripada reda isteri, ketua pemerintah.
Maka kita akan berhati-hati melakukan perbuatan atau aktiviti kecil atau besar, penting atau tidak penting, urusan ukhrawi atau duniawi semuanya layak dipersembahkan kepada Allah sebagai ibadah dan pengabdian diri kepadanya. Semua tindak tanduk hanya ikhlas kepada Allah.
Walau bagaimanapun, ada juga sesuatu perbuatan bukan kerana Allah tetapi kerana lain sama ada manusia, syaitan atau jin. Lebih dahsyat lagi menyekutukan Allah SWT.
Menjadi sunnah dan sunat meminta perlindungan kepada Allah syaitan yang direjam ketika hendak memulakan bacaan Al-Quran termasuk ketika bersolat. Ini kerana syaitan sentiasa berusaha menghalang manusia daripada jalan yang lurus. Jalan yang lurus ialah pengabdian diri kepada Allah.
Meminta Allah melindungi daripada disesatkan oleh suara dan tentera syaitan atau tidak bernama syaitan. Musuh kita SYAITAN sangat berbahaya kerana tidak nampak oleh mata kasar. Semangatnya yang bersungguh-sungguh dan tidak pernah putus asa serta tidak mengenal penat untuk menyesatkan manusia daripada jalan agama yang lurus.
Musuh ini ialah musuh yang sentiasa menghasut manusia supaya meninggalkan yang wajib dan melakukan yang haram. Sebelum itu, musuh ini mempersediakan jiwa manusia untuk meninggalkan yang wajib dengan membiasakan meninggalkan yang sunat. Dalam mempersediakan jiwa manusia supaya melanggar yang dilarang pula musuh ini membiasakan manusia melakukan perkara yang makruh.
Setelah kita meminta perlindungan pada Allah maka kita perlu berusaha menjauhkan perkara-perkara yang boleh menjinak dan mengaktifkan syaitan dalam menyesatkan kita. Oleh sebab itu, Allah memberitahu dan mengajar kepada orang-orang beriman apabila dirasai hasutan syaitan maka hendaklah berdoa dengan doa Surat Al-Mu'minūn:
Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan (97).
"Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku".(98).
Adalah kurang bermakna jika kita meminta perlindungan pada Allah daripada syaitan sedangkan dalam waktu yang sama kita masih lagi melakukan perbuatan atau tindakan yang boleh mendekatkan syaitan kepada kita.
Syaitan akan berusaha merosakkan insan sekali pun ketika insan melakukan ibadah kepada Allah apatah lagi ketika melakukan kerja-kerja biasa. Keinginan melakukan amalan baik akan dihalang oleh syaitan supaya orang yang hendak melakukannya tidak jadi melakukannya.
Kita meminta perlindungan daripada Allah yang telah menjadikan manusia, jin dan syaitan. Kita meminta perlindungan pada Allah yang mengetahui kekuatan dan kelemahan makhluk yang telah diciptakan nya termasuk. Kita meminta perlindungan pada Allah yang mengetahui sifat-sifat dan menguasai syaitan. Syaitan hanya boleh bertindak dengan keizinannya.
No comments:
Post a Comment