Manusia
apabila mendirikan solat, maka Allah SWT akan singkap takbir yang memastikan antaranya
dengan diri manusia itu. Lalu Dia berdepan dengan orang itu (mengikut
selayaknya bagi Allah SWT)
Bangun seluruh
malaikat yang ada di langit mendirikan solat melalui solat manusia itu dan
mengucapkan “amin” di atas segala doa manusia ketika solat itu. Seterusnya orang
yang solat itu ditaburi rahmat kebajikan daripada langit hingga ke kepalanya.
Segala pintu
langit dibuka untuk orang yang solat, memudahkan orang itu memohon rahmat
ketika pintu langit terbuka.
Allah
SWT tunjuk megahnya di depan para malaikat, disebabkan hambanya sedang solat
kerana ketika ada kalangan malaikat yang kompelin ketika Allah SWT hendak
melantik jenis manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Segala hadis
yang menceritakan tentang pintu langit terbuka itu untuk memudahkan manusia
memahami bahawa jika manusia solat akan memudahkan pintu hatinya dibuka untuk
dilimpahi nur hidayah.
No comments:
Post a Comment