Sistem Pendidikan Teknik
Dan Vokasional (PTV) memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial dan
ekonomi seperti negara Korea Selatan dan Jerman yang telah menjadikan negara mereka berpendapatan tinggi melalui sistem PTV. Malaysia perlu mengorak langkah melahirkan
sumber modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan dan berinovasi
melalui pendidikan ini.
Transformasi pendidikan teknik
dan vokasional merupakan usaha merekayasa (reengginering)
sistem pendidikan vokasional sedia ada sehingga terbina satu sistem pendidikan
vokasional baharu yang dapat menyumbang kepada agenda tranformasi Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Tujuan sistem pendidikan vokasional adalah untuk
menghasilkan sumber manusia yang responsif kepada pelbagai insiatif kerajaan
dan berkolaborasi dengan industri bagi menginovasi pengajaran dan pembelajaran
yang berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan usahawan berjaya. Selain itu, tenaga
Mahir dapat menghasilkan usahawan yang berdaya saing, memiliki kelayakan dan
kemahiran yang diiktirafkan oleh pihak industri, berwatakkan professional dan
di terima dalam pasaran kerja.
Jerman adalah di antara
negara maju yang mengiktiraf pendidikan vokasional setaraf dengan pendidikan
akademik dengan 40% daripada pelajarnya mengikuti aliran vokasional. Tidak
kurang juga negara maju yang lain seperti Perancis yang mensasarkan 60% pelajar
aliran vokasional dan kita, masih terkebelakang dengan sasaran 10%. Berdasarkan
kepada Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) enrolmen pelajar
aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas hanya 10% di Malaysia
berbanding 44% bagi negara maju adalah pendidikan teknikal dan vokasional.
Manakala di negara-negara Asean seperti Indonesia dan Thailand, enrolmen
pelajar yang mengambil aliran ini di peringkat menengah atas telah menjangkau
40 hingga 60 peratus.
Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) telah menggariskan
transformasi PTV adalah bagi memenuhi
permintaan industri dan majikan untuk melahirkan tenaga kerja profesional,
mahir dan separa mahir. Ini secara tidak langsung memberikan cabaran yang besar
kepada sistem pendidikan negara terutamanya pendidikan teknik dan vokasional. Pendidikan
vokasional di Malaysia pada masa ini sedang menuju ke arah konsep pendidikan
untuk semua (education for all)
seperti yang digariskan oleh UNESCO.
Suatu
ketika dulu PTV dianggap sebagai pendidikan kelas dua dan hanya diceburi oleh
murid yang tidak berminat untuk belajar dalam aliran akademik. Kini, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah memperkemaskan laluan
kemajuan PTV kepada pelajar yang
menyertai aliran vokasional kerana akan dipersiapkan dengan kelayakan dan
kemahiran yang diiktiraf oleh industri
hingga ke peringkat diploma melalui pewujudan Kolej Vokasional supaya
diterima dalam pasaran kerja serta mampu menjadi usahawan yang berdaya saing
pada masa hadapan. Sasaran Kerajaan adalah untuk melahirkan 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10
tahun akan datang.
Oleh
itu, Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) yang dibentuk bertujuan untuk
memberi pilihan alternatif kepada murid yang cenderung kepada pendidikan
bercorak hands-on dan berasaskan
pekerjaan (work-based) atau untuk pelajar yang kurang cemerlang dalam
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tetapi berminat untuk menyambung sesi
persekolahan dalam bidang vokasional pendidikan bercorak amali dari peringkat menengah rendah sehingga ke tahap
Kolej Vokasional (KV) atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Swasta (ILKS).
No comments:
Post a Comment