Sunday 6 November 2016

ANALISIS IKLAN



Dunia perniagaan kini amat bergantung kepada periklanan yang boleh membantu memperkenalkan syarikat dan produk/perkhidmatan yang ditawarkan. Selain untuk mendapatkan keuntungan,  syarikat-syarikat akan melaksanakan  pelbagai aktiviti dalam memastikan syarikat mereka mampu terus bersaing dan diterima masyarakat.  Ada syarikat membuat iklan untuk tujuan bantuan atau derma. Tujuan iklan yang mempunyai nilai adalah iklan yang boleh mendidik masyarakat.

Keperluan iklan syarikat perlu dibuat penyelidikan sebagai satu usaha yang membantu menentukan perkara yang perlu disampaikan dalam periklanan; membantu menentukan khalayak yang dituju, membantu menilai sejauh mana pelaksanaan komunikasi periklanan disampaikan dengan jayanya, dan membantu menilai sejauh mana wang untuk periklanan dibelanjakan dengan bermanfaat dan berkesan. 

Analisis iklan antaranya Penyelidikan pasaran sasaran, Penyelidikan aktiviti persaingan, Penyelidikan penghalaan (positioning), Penyelidikan mesej periklanan, dan Penyelidikan khalayak.

Pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat antaranya melalui Penyelidikan tinjauan (survey), Temubual mendalam (in-depth interview), Kumpulan fokus (focus group); Penyelidikan Pemerhatian (Observation); Penyelidikan Etnografi (Melibatkan penyelidik untuk turut serta dalam kehidupan seharian responden); dan Kaedah dairi (Merekodkan setiap aktiviti mereka menerusi penggunaan dairi).

Untuk apa membuat analisis iklan? Jawapanya adalah untuk melihat situasi pemasaran kini yang sentiasa berubah-ubah, mendapatkan maklumat tentang pengguna dan fikiran mereka bagi tujuan penentuan khalayak, Mendapatkan informasi tentang media sedia ada dan Membangunkan strategi mesej dan mengkaji keberkesanannya.


Hasil daripada analisis, perancang media syarikat dapat merangka bentuk iklan yang sesuai dan dapat menentukan saluran penyampaian mesej pengiklanan yang berkesan kepada pengguna.

No comments: