Friday 21 April 2017

KESAN MEDIA

Definisi Media - Newsom dan Jim Haynes (1991) menyatakan media  merupakan sejenis cara komunikasi yang membolehkan maklumat disebarkan kepada masyarakat melalui radio, televisyen, surat khabar, majalah, filem dan juga Internet.

Definisi Masyarakat - Menurut Mohd. Hamdan Adnan, publik ialah “sekumpulan individu yang bergabung bersama kerana berkongsi minat dan kepentingan yang sama” (p.131).
Khalayak ditakrifkan sebagai entiti berkumpulan yang wujud kerana individu-individu berkongsi pengalaman tertentu, tradisi dan gaya hidup.

Revolusi Media Tempatan
  • Akhbar pertama di Malaysia, The Prince Of Wales Island Gazette juga diterbitkan oleh British di Pulau Pinang pada tahun 1805
  • Ini diikuti oleh akhbar bahasa Cina, The Chinese Monthly yang diterbitkan di Melaka pada 1815.
  • Akhbar pertama dalam bahasa Melayu ialah Jawi Peranakan yang diperkenalkan pada tahun 1876.

Penyelidikan Media
  •  Kelahiran Internet dengan ruang IRC,  e-mel, laman web dan lain-lain kemudahan berkomunikasi telah mengubah landskap media pada awal abad ini.
  • ICT baru telah menambah ketidaktentuan golongan penerima yang sinis tentang kegunaannya, berbanding golongan yang optimis.

Punca kerosakan moral dan keganasan dalam masyarakat
  • Permainan video
  • Televisyen dan wayang gambar
  • Muzik popular masa kini
  • Internet

Teori  Keganasan Media
  • Kajian Gerbner et.al (1980) menghasilkan indeks keganasan untuk mengukur jumlah aksi ganas dalamkandungan sesebuah rancangan televisyen.
  • Hasil beberapa kajian yang dijalankan untuk mencari hubungan di antara kesan keganasan media dan masyarakat, telah mencetuskan teori-teori keganasan media.
  • Teori Social Learning – Albert Bandura
  • Teori Cultivation / Penyuburan – George Gerbner
  • Teori Peluru Ajaib (Magic Bullet)

Menurut Prof. Jazmyn Chelliah, seorang pakar psikologi di Singapura berpendapat bahawa televisyen yang telah mengambil alih peranan guru, mentor, bapa dan ibu kepada anak-anak kita yang perlu dipersalahkan kerana menayangkan terlalu banyak keganasan, seks, penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Kajian Hagell & Newburn (1994)  - Kajian ini mendapati bahawa remaja delinkuen kurang menonton televisyen dan video berbanding remaja lain.

Kajian Buckingham  - Hasil penemuan menunjukkan kanak-kanak yang dikaji itu bijak bercakap tentang media.

Kajian Milavsky, Kessler, Stipp & Rubens  - Dalam kajian tersebut, faktor-faktor perubahan biologi, perkembangan fizikal dan persekitaran diambil kira ketika meneliti kesan media ke atas responden.

Kajian Kualitatif Buckingham et al - Kajian kualitatif yang dijalankan secara mendalam oleh Buckingham(1993, 1996), Hill(1997), Schlesinger, Dobash, Dobash&Weaver (1992), Gray(1992) dan Palmer(1986) mendapati bahawa khalayak media mempunyai interpretasi mereka masing-masing terhadap kandungan media.
Kredibiliti Media

Apabila televisyen mula menembusi masyarakat, generasi televisyen pula dikritik oleh generasi yang rosak perkembangan kognitifnya kerana mamalan menonton yang didakwa menghasilkan :

  1. Tumpuan perhatian yang singkat.
  2. Kemampuan linguistik yang lemah
  3. Imaginasi yang berkurangan.
  4. Selalu menginginkan gratifikasi segera.
  5. Tidak berupaya membezakan maklumat dengan kebijaksanaan.
Generasi radio pula dipuji kerana keupayaan berimaginasi tinggi, kreatif dan boleh mempersembahkan peristiwa dramatik.
Implikasi ICT kepada masyarakat
  • Literasi Media dan ICT
  • Literasi media(termasuk ICT) merujuk kepada kebolehan untuk berkomunikasi dengan baik dalam semua bentuk media-cetak, elektronik atau on-line, serta mengakses, memahami, menganalisis dan menilai imej dan visual, perkataan dan bunyi yang menjadi budaya media dan ICT masa kini.
  • Pendidikan media penting untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak ini kerana kehidupan mereka tepu dengan mesej media.  Pengguna media yang bijak bukan sahaja berupaya mengkritik media yang tidak bertanggungjawab, tetapi juga berupaya menggunakan maklumat dengan sebaik-baiknya untuk tujuan berguna.
  • Falsafah Center for Media Literacy yang memperjuangkan “pemerkasaan menerusi pendidikan”.  Falsafah tersebut merangkumi tiga konsep yang saling berkait.

·         Literasi media ialah pendidikan sepanjang hayat dalam dunia media global.

  • Intipati literasi media ialah proses pencarian maklumat –kesedaran, analisis, renungan, tindakan yang boleh membantu memperkasakan diri dengan kemahiran “mengemudi” iaitu merangkumi kebolehan untuk mengakses, menganalisis dan meneroka, menilai dan mengeluarkan pandangan dan mencipta mesej sendiri.
  • Literasi media adalah alternatif kepada penapisan, pemulauan atau menyalahkan media, iaitu kemampuan membuat keputusan yang terbaik.
Kumpulan Pemantau Media
  • Kumpulan pengguna dalam masyarakat yang seringkali menjadi sasaran pengiklan dan penjual barangan serta perkhidmatan.  Setiap individu dalam masyarakat perlu menjadi pengguna yang bijaksana supaya tidak mudah diperalatkan oleh pengiklan atau pengamal media yang tidak bertanggungjawab.
  • Ibu bapa khususnya perlu lebih prihatin tentang kandungan media yang didedahkan kepada ahli keluarga mereka.  Ibu bapa boleh menyuarakan kritikan kepada pihak media sekiranya terdapat kandungan media yang dianggap boleh merosakkan kesihatan minda dan akal budi masyarakat.
  • Kumpulan pengguna dalam masyarakat yang seringkali menjadi sasaran pengiklan dan penjual barangan serta perkhidmatan.  Setiap individu dalam masyarakat perlu menjadi pengguna yang bijaksana supaya tidak mudah diperalatkan oleh pengiklan atau pengamal media yang tidak bertanggungjawab.
  • Ibu bapa khususnya perlu lebih prihatin tentang kandungan media yang didedahkan kepada ahli keluarga mereka.  Ibu bapa boleh menyuarakan kritikan kepada pihak media sekiranya terdapat kandungan media yang dianggap boleh merosakkan kesihatan minda dan akal budi masyarakat.


Rumusan

Perkembangan dan penggunaan media banyak memberi kesan terhadap individu mahupun masyarakat

Media dilihat bukan sahaja memberikan kesan yang positif malah turut mengundang beberapa kesan negatif dari pelbagai aspek.


No comments: