Kehidupan Sosial Bandar
Komuniti
bandar Iebih menekankan kepada kelompok sekunder. Orang-orang di bandar banyak kontakdengan
bermacam-macam kelompok manusia dalam sehari. Tetapi kontak kelompok ini tidak
melibatkan kekerapan kontak seperti kelompok asas, dan juga tidak selalunya
tetap pengaruh
yang tidak kuat dalam kawalan kelompok asas umpamanya pujian, tuduhan,
mengumpat, perlu dikawal dalam kelompok sekunder seperti yang dijalankan
melalui undang-undang, polis dan mahkamah.
Kehidupan
di bandar banyak bercirikan anonimiti. Sebagai contoh, individu yang pergi
berjalan ke kawasan yang jauhnya dua blok dari rumahnya tidak akan dikenali
oleh sesiapa pun yang melihatnya. Anonimiti ini melemahkan keberkesanan kawalan
kelompok asas kerana kelompok asas berdasarkan perhubungan yang berkekalan di
antara individu yang berkenaan. Penduduk dalam komuniti bandar adalah lebih beraneka
ragam.
Kehidupan Sosial Bandar
Dalam
bandar terdapat perbezaan yang nyata dari segi ekonomi dan politik, dan
berlatar belakang nasional dan etnik yang berlainan. Perbezaan yang nyata dari
segi kekayaan
dan kemiskinan lebih kerap terdapat di bandar daripada di luar bandar. Mobiliti
sosial adalah tinggi di kawasan bandar. Terdapat lebih banyak pergerakan ke atas
dan ke bawah dalam peringkat sosial atau pergerakan yang sama dalam peringkat
pendapatan. Di bandar juga terdapat lebih banyak perpindahan pekerjaan dan
tempat tinggal.
Bandar
membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada orang lain dan sebagai gantinya
mendapat wang untuk membeli barangan keperluan yang tidak dikeluarkan sendiri. Bandar
besar tidak dapat hidup lama tanpa penyaluran tetap barangan makanan
dan keperluan daripada tempat lain. Bandar ini merupakan satu organisasi sosial
yang kompleks dan dari segi ekonomi mempunyai ciri pembahagian kerja yang
khusus.
Kehidupan Sosial Bandar
Orang
bandar berhubung antara satu dengan lain berdasarkan kepentingan, bukannya
berdasarkan tempat. Kejiranan di bandar tidak selalunya boleh dikatakan sama
seperti kejiranan
di desa terutama dalam hal ziarah menziarahi dan amalan tradisi yang lain. Penduduk
di bandar mungkin tinggal berdekatan tetapi kehidupan mereka tidak berhubung
rapat antara satu dengan lain. Di Malaysia kita dapat komuniti bandar lebih
sibuk dengan aktiviti pekerjaan mereka. Sifat
individualistik lebih terserlah kerana masing-masing mementingkan hal masing-masing. Aktiviti
kejiranan dan komuniti juga berkurang berbanding dengan kawasan luar bandar. Peningkatan
sara hidup di kawasan bandar membebankan masyarakat. Kesesakan
masyarakat di bandar juga membawa kepada masalah sosial yang tinggi.
Masyarakat Pasca Moden
Pada abad
ke 20 dan ke 21 ini masyarakat pasca moden adalah masyarakat yang menumpu
kepada masyarakat perkhidmatan (berbeza dengan masyarakat pembuatan). Perkhidmatan
ini adalah menjurus kepada perkhidmatan sosial dan juga menjana kepada ekonomi
negara. Masyarakat pasca moden juga dikenali sebagai masyarakat bermaklumat (era
ledakan maklumat) yang membentuk kepada sebuah masyarakat seperti
berikut:
society
(knowledge society)–Era pemerolehan, pengagihan dan penggunaan maklumat
yang meluas
dengan bantuan teknologi (seperti komputer dan optik fiber)
Gary
Minda (1996) berpendapat bahawa pasca moden amat sukar didefinisikan dan
merupakan suatu idea yang tidak jelas. Selain itu, beliau juga menyatakan pasca
moden bukanlah suatu teori mahu pun konsep sebaliknya lebih bersifat suatu
sikap atau minda yang skeptikal (ragu-ragu) atau estetik (nilai) yang menolak
segala bentuk
teori
yang menerangkan berkenaan fenomena sosial.
Dalam
kacamata Barat, dunia telah melalui empat era, termasuk yang terkini yang
dinamakan sebagai era pasca moden. Tiga era yang terdahulu ialah era silam, era
pertengahan dan era moden.
Era silam
- dikatakan mewajahi dunia dengan legenda dan mitos,
Era
pertengahan - dengan keagamaan,
Era moden
- dengan akal,
Era pasca
moden dengan hermeneutik, atau tafsiran peribadi tentang segala yang ada. Pemikir
pasca moden ini adalah mereka yang kecewa dengan ketidakadilan sistem sosial mengharapkan
keadilan sosial dan mencipta gerakan sosial yang amat meluap dan massa bagi
menghadapi kebebasan baru, liberation, inclusion (penyertaan) dalam gerakan
politik, ekonomi, budaya dan sosial mereka (Zainal Kling 2000).
Masyarakat Pasca Moden
Zaman
telah berubah dengan timbulnya kehidupan sosial dan tuntutan ekonomi baru, aitu
masyarakat pasca industri atau konsumerisme. Pada abad ini juga muncul
masyarakat media, kapitalisme multinasional dengan segala teknologi baru informatik
dan komunikasinya. Pasca moden merupakan peralihan politik daripada pola
pemikiran negara
nasional kepada bentuk interaksi global. Kita adalah objek konsumer yang
diperdagangkan menerusi hedonism terutama melalui televisyen dan media. Masyarakat
pasca moden lebih diibaratkan sebagai langit terbuka dan informasi yang cepat
serta bersifat global. Masyarakat pasca moden dilihat jauh terkehadapan dalam mencipta
dan mencorak kehidupan mereka tersendiri
Hubungan Masyarakat Dan Negara
Masyarakat
berfungsi untuk kelangsungan individu manusia (memenuhi keperluan manusia).
Fungsi umum masyarakat adalah:
- · Mengumpulkan manusia pada satu tempat.
- · Menyediakan ahlinya cara berkomunikasi
- · Menyediakan ahlinya cara bertingkah laku.
- · Menyediakan stratifikasi sosial.
Secara
khususnya pula masyarakat mempunyai fungsi yang khusus melalui hubungannya dengan
sesebuah negara. Fungsi khusus masyarakat untuk memenuhi keperluan ahli masyarakat
sebagaimana yang disediakan oleh institusi sosial seperti institusi agama, keluarga,
pendidikan, ekonomi dan politik.
Mobiliti Sosial
Moboliti
sosial merujuk kepada perubahan kedudukan. Pergerakan mudah dalam ruang
dinamakan mobiliti geografi. Perubahan kedudukan pada peringkat status yang
sama dinamakan mobiliti mendatar. Pergerakan ke atas atau ke bawah daripada
satu peringkat status kepada peringkat status yang lain pula dinamakan mobiliti
menegak. Pergerakan
ke atas dalam peringkat sosial dapat tercapai sebahagian besarnya dalam
masyarakat kita melalui pendidikan, kekayaan dan perhubungan.
Mobiliti
sosial menegak boleh berlaku hanya dalam masyarakat yang mempunyai kelas
kelas
terbuka, iaitu dalam suatu masyarakat yang di dalamnya seseorang boleh memasuki
kelas sosial yang berlainan daripada kelas keluarganya sendiri. Mobiliti
sosial merujuk kepada perubahan kedudukan dalam sesuatu susunlapis masyarakat. Pergerakan
boleh dalam bentuk menegak (naik turun) atau mendatar, dan antara
generasi/dalam generasi.
Mobiliti
mendatar : pergerakan dalam kedudukan sosial ke sistem sosial
yang
berbeza tetapi dalam pangkat yang sama.
Mobiliti
menegak : pergerakan daripada satu kedudukan ke kedudukan
yang
lebih tinggi atau lebih rendah.
Mobilti
antara generasi : perubahan kedudukan generasi anak-anak berbeza dengan
kedudukan ibu bapa (boleh menurun atau meningkat menegak).
Mobiliti
dalam satu generasi : seseorang yang dahulunya dalam sesuatu strata sekarang
telah berubah, sama ada meningkat atau menurun (orang atau generasi yang sama).
No comments:
Post a Comment