Kecanggihan
teknologi dan Internet sememangnya membawa kebaikan kepada kehidupan manusia.
Pelbagai medium komunikasi seperti media sosial dianggap sebagai salah satu
tanda perkembangan teknologi maklumat Rangkaian laman sosial banyak memberi
kesan baik terhadap pengguna terutamanya dari segi peningkatan komunikasi iaitu
membolehkan para pengguna media sosial untuk membina perhubungan baharu dengan
individu dari seluruh dunia.
Walaupun
ada kesan positif, kemudahan media sosial yang ada disalahgunakan oleh individu
yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan diri sendiri dipanggil sebagai ‘jenayah dan penipuan siber’.
Antara
penipuan siber yang berleluasa pada hari ini ialah penipuan cinta atau juga
dikenali sebagai love scam. Penipuan cinta merupakan satu bentuk penipuan baru
yang mula berlaku pada tahun 2008. Penipuan cinta adalah situasi apabila
penjenayah berpura-pura menjalinkan hubungan cinta dengan membuat pemalsuan
profil dalam akaun laman sosial dengan menggunakan gambar curi dan mereka mencipta
identiti baru dengan niat memperdayakan mangsa dari segi kewangan atau seksual.
Apa
yang dianggap pelik dalam penipuan cinta adalah mangsa bukan sahaja dari
golongan bukan berpendidikan malah ada juga mangsa yang berlatarbelakangkan pendidikan
tinggi dan mempunyai pekerjaan profesional. Penjenayah penipuan cinta ini
biasanya akan mengkaji personaliti mangsa dan memilih satu senario romantis yang
bersesuaian dengan kemahuan dan corak pemikiran mangsa. Senario romantis yang
dibina akan berkembang mengikut situasi dan respons yang diberikan oleh mangsa.
Kemahiran yang sama juga biasanya digunakan untuk menjayakan sesuatu hubungan
dalam talian. Penjenayah biasanya sangat kreatif dalam mencipta watak dan
membina profil dengan menggambarkan diri mereka seperti seorang profesional
serta menggunakan gambar profil palsu yang dicuri dari Internet.
Cara
berkenalan dengan mangsa melalui e-mel, Facebook, Twitter, Tinder dan media sosial
lain. Seterusnya, suspek akan menggunakan kata-kata manis, janji palsu dan
panggilan manja bagi menawan hati mangsa. Selepas itu, suspek akan cuba mengeratkan
hubungan dengan mangsa melalui perbualan telefon atau chatting. Seterusnya,
setelah mangsa terjerat dengan cinta suspek, suspek mula menagih simpati dari mangsa
dan meminta pelbagai pertolongan kewangan daripada mangsa. Mangsa yang terpedaya
akan memasukkan wang ke dalam akaun suspek dan setelah sejumlah wang dimasukkan,
suspek akan terus menghilangkan diri dan akan menyahaktifkan akaun media sosialnya.
Suspek akan meminta wang daripada mangsa dengan menggunakan pelbagai alasan
seperti pengurusan pengkebumian ibu bapa, urusan pasport dan visa serta yang
berkaitan dengannya demi mendapatkan simpati daripada mangsa.
Mengapa
jenayah ini berlaku? Antaranya pengguna yang tinggi teknologi dan internet
teruamatnya pelbagai apps media sosial dan kurangnya pengetahuan dan amalan
perlindungan terhadap jenayah. Pengetahuan dan amalan perlindungan yang tinggi
tentang penipuan cinta mampu menyediakan seseorang individu untuk lebih berhati-hati
apabila berbual dengan individu yang tidak dikenali dalam alam siber.
No comments:
Post a Comment