Tuesday, 8 November 2022

PERKAHWINAN BUKAN PERMAINAN


Cinta untuk berkahwin.

Untuk berkahwin, kita perlu mencari calon pasangan. Lelaki dan perempuan mempunyai hak untuk memilih. Masing-masing ada kriteria masing-masing. 

Terdidiknya seorang isteri. Apabila solehnya seorang suami. Mencari yang soleh itu penting kerana suami yang membimbing isterinya. Dalam perkahwinan banyakkan bacaan ayat Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW / tadabur Quran bersama-sama suami/isteri/anak-anak seperti diminta dalam surah Al-Ahzaab ayat 34:

Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

Perkahwinan bukan permainan, betul kan niat dan tujuan sebenar perkahwinan itu.

Jangan jadikan perkahwinan sebagai trend. Jangan kalut untuk berkahwin hanya kerana kawan-kawan, sepupu sepapat semua sudah berkahwin. 

Perasaan cinta semata tidak cukup jika tanpa ilmu dan persediaan. Seolah-olah menempah kegagalan.

Perkahwinan, perkara yang besar. Ianya lebih besar dari cinta. Ianya lebih besar dari keseronokan.


No comments: