ABSTRAK: Artikel ini membincangkan tahap
keprihatinan pekerja pelaksanaan inovasi DDMS dalam
tugas harian mereka. Perbincangan ini mengguna pakai Model Penerimaan
Berasaskan Keprihatinan atau Concerns-Based Adaptation Model (CBAM). Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti Peringkat Keprihatinan
dan tafsiran dibuat berdasarkan kepada skor bagi peringkat keprihatinan untuk menghasilkan satu profil Peringkat Keprihatinan. Hasil kajian menggambarkan
sistem DDMS masih belum lagi direalisasikan dengan berkesan dan memerlukan
program intenvensi untuk membantu pekerja melaksanakan DDMS ini.
Kata kunci: Inovasi, Keprihatinan, DDMS,
Fail, Concern-Based Adoptation Model (CBAM)
PENGENALAN
Organisasi yang inginkan kemajuan perlu
melakukan perubahan dengan proaktif di semua peringkat supaya dapat bergerak kearah
yang telah dirancangkan. Oleh itu, organisasi perlu sentiasa maju untuk
menjamin kemajuan dan penerusan atau kelangsungan serta menjadikan inovasi sebagai
sebahagian daripada budaya organisasi.
Seiring dengan era teknologi,
Kerajaan perlu mencari idea baharu yang boleh digunakan untuk memulakan atau
memperbaiki proses dan perkhidmatan sedia ada. Justeru itu, Unit Permodenanan
Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah membangun dan
melaksanakan Digital Document Management
System (DDMS) dengan tujuan pengurusan dokumen rasmi kerajaan secara
elektronik. Projek DDMS ini merupakan salah satu projek di bawah Nasional Key Economic Areas (NKEAS) Communications, Content and Infrastructure
(CCI) Entry Point Projects (EPP6)
eGoverment – Paperless Government.
Projek ini merupakan Key Performance
Indicator (KPI) Jabatan Perdana Meneteria (JPM). Tujuan DDMS adalah untuk
mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan dan capaian rekod serta ketelusan
perkhidmatan kerajaan melalui penggunaan teknologi ICT.
Transformasi DDMS adalah sesuatu yang baharu diperkenal
sejak tahun 2013 di semua Kementerian yang mana perisian ini di gunakan untuk
menyimpan, mengesan dan mengindeks semua rekod elektoronik dalam bentuk rekod.
DDMS ini merangkumi proses menawan dan menyelenggara rekod berkaitan aktiviti
transaksi kerajaan dengan menyediakan pengurusan rekod yang cekap, sistematik
sepanjang kitaran hayat rekod sehingga pelupusan rekod. Sehubungan itu, tahap
keperihatinan pekerja akan memperangaruhi semasa proses pelaksanaan DDMS ini.
CONCERN-BASED ADOPTATION MODEL (CBAM)
Model
Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concern-Based
Adoption Model (CBAM) ialah satu model yang diasaskan oleh Fuller dan
Ruttherford (1979) dikembangkan oleh Hall dan Hord (2001,2006) untuk mengkaji
keperihatinan guru dalam perubahan perdidikan. Hall dan Hord telah mengandaikan
keprihatinan adalah merupakan sebagai perasaan, pemikiran, dan reaksi individu
berkembang terhadap sesuatu program baharu atau inovasi yang relevan dengan
tugas mereka kerana keprihatinan mereka akan mempengaruhi kejayaan pelaksanaan sesuatu perubahan atau inovasi. Ia akan menentukan
jenis bantuan diperlukan dalam menerima
dan mengadaptasikan perubahan itu.
CBAM merupakan satu instrumen yang digunakan untuk menilai
kejayaan inovasi dan dapat menunjukkan reaksi bagaimana seseorang individu itu
dapat bertindak dalam melaksanakan perubahan dan inovasi. CBAM mengandungi tiga
(3) kompenen utama iaitu Peringkat Keprihatinan (Stages of Concern, SoC), Tahap Penggunaan (Level of Use, LoU) dan Konfigurasi Inovasi (Inovation Questinaire) yang digunakan. Walau bagaimanapun, dalam
kajian ini akan menggunakan instrumen CBAM soal selidik keprihatinan (SoC - questionnaire) yang digunakan untuk menilai
keprihatinan pekerja dalam inovasi DDMS. Ada terdapat tujuh (7) peringkat
keprihatinan iaitu:
Jadual 1 : Tahap Keprihatinan Berkaitan
Inovasi : Definisi Mengikut Tahap
Peringkat Keprihatinan
|
Tahap Keprihatinan
|
Definisi
|
|
Tiada Perkaitan
|
0
|
Kesedaran
|
Pekerja
kurang prihatin atau kurang terlibat terhadap inovasi yang diperkenalkan
|
Diri
|
1
|
Maklumat
|
Pekerja
mempunyai kesedaran umum terhadap inovasi yang berlaku dan berminat untuk
mempelajari/ mengetahui dengan lebih lanjut tentang ciri, kesan dan keperluannya
|
2
|
Peribadi
|
Perasaan
kebimbangan pekerja mengenai peranan dan kemampuan diri untuk melaksanakan
inovasi termasuk keprihatinan mengenai jenis kesan inovasi tersebut terhadap
diri dan aktiviti rutin mereka
|
|
Tugas
|
3
|
Pengurusan
|
Pekerja
fokus kepada proses dan tugas dalam melaksanakan inovasi. Mereka cuba
menggunakan maklumat dan sumber yang ada secara optimum. Isu kecekapan,
penyusunan, pengurusan, penjadualan dan tempoh masa yang diperlukan adalah
diutamakan.
|
Impak
|
4
|
Kesan
|
Tumpuan
pekerja berfokus kepada kesan perubahan ke atas diri terutamanya dalam prestasi
kerja
|
5
|
Kerjasama
|
Pekerja
bekerjasama dengan pekerja lain bagi meningkatkan kecekapan pelaksanaan
perubahan
|
|
6
|
Fokus
Semula
|
Pekerja
memikirkan dan memfokus semula tumpuan mereka untuk meneroka faedah perubahan
yang dilaksanakan. Mereka mencari kemungkinan atau alternatif lain demi
menambahbaik inovasi yang sedang berlaku.
|
Sumber. Adaptasi daripada Hall dan Hord
(2011)
PENYATAAN MASALAH
Fail
merupakan salah satu kaedah penyimpanan dokumen yang mengandungi maklumat rasmi
Kerajaan. Sehubungan itu, adalah amat penting ia diuruskan secara sistematik
dan teratur selaras dengan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa supaya
maklumat rasmi Kerajaan adalah terpelihara dan boleh diakses dengan pantas
apabila diperlukan oleh pegawai. Kegagalan menguruskan fail dengan baik boleh
menjejaskan tugas seharian dan memberi kesan negatif kepada organisasi.
DDMS telah diperkenal sejak
tahun 2013 untuk menguruskan fail dan dokumen kerajaan. Pekerja terpaksa
menerima inovasi ini untuk melaksanakan kerja harian. Kesannya, inovasi
tersebut akan menghadapi pelbagai tekanan kerana pekerja
terpaksa mengubah cara kerja dan mempelajari DDMS. Justeru itu, pekerja
merupakan agen pelaksana inovasi. Kejayaan atau kegagalan sesuatu inovasi
bergantung kepada pekerja kerana merekalah yang bertanggungjawab melaksanakan
sesuatu inovasi di tempat kerja.
Proses
pelaksanaan inovasi akan terganggu jika pekerja kurang jelas tentang perubahan
tersebut. Tuntutan
untuk pekerja memperlajari kaedah-kaedah baharu dan perlu menerima inovasi serta keluar zon selesa
sangat penting dalam usaha mengurangkan halangan-halangan yang menggangu gugat
kejayaan inovasi.
Kementerian
bersama pihak MAMPU telah mengambil inisiatif dalam meninjau pelaksanaan DDMS ke
atas pekerja. Maka suatu kajian untuk
meninjau tahap keprihatinan pekerja terhadap inovasi DDMS selari dengan usaha
Kerajaan untuk meningkatkan menggunakan teknologi di sektor awam.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk melihat
amalan pelaksanaan DDMS oleh pekerja berdasarkan keprihatinan terhadap aktiviti
kerja harian. Secara spesifik, tumpuan kajian akan memberi perhatian untuk:
a)
Mengenal
pasti peringkat keprihatinan pekerja terhadap amalan dalam menggunakan DDMS.
PERSOALAN
KAJIAN
Kajian ini akan menjawab soalan kajian
seperti berikut:
a)
Apakah
peringkat keprihatinan pekerja terhadap amalan dalam menggunakan DDMS.
METOD KAJIAN
Sampel Kajian
Soal selidik telah diedarkan kepada 10
orang pekerja yang telah melaksanakan inovasi DDMS di Kementerian.
Instrumen
Kajian
Instrumen kajian diadaptasi daripada
soal selidik tahap keprihatinan atau dikenali sebagai Stages of Concern Questionnaire, SoCQ berdasarkan kepada Model CBAM
oleh Hall dan Hord. SocQ mengandungi 35 item soal selidik berkaitan dengan
tujuh tahap kprihatinan. Setiap penyataan ini berpandukan kepada 7 skala
mengikut intensiti yang berbeza iaitu daripada 0 (tidak berkaitan) sehingga 6
(sangat benar) dalam skala linkert seperti di Lampiran A .
Analisis Data
Analisis data akan digunakan untuk
melihat dapatan profil tahap keprihatinan pekerja, pemarkahan dikira dengan
menjumlahkan markah kepada kelima-lima item dalam setiap tahap. Jumlah bagi
setiap peringkat merupakan “skor peringkat mentah”. Kemudiannya, skor peringkat
mentah ditukarkan kepada “skor peratusan” dengan merujuk kepada Carta Peratusan
Tahap Keprihatinan seperti di Lampiran B.
DAPATAN KAJIAN
Profil Peringkat Keprihatinan Tiada Berkaitan
(Tahap 0), Peringkat Keprihatinan Diri (Tahap 1 dan Tahap 2) dan Peringkat
Keprihatinan Tugas (Tahap 3) responden adalah tinggi daripada Peringkat
Keperihatinan Impak (Tahap 4, Tahap 5 dan Tahap 6). Bagi Peringkat Keprihatinan
Kesedaran Tahap 0, profil menunjukkan intensiti yang paling tinggi (97%)
iaituperatus lebih dengan Tahap 3 yang merupakan insensiti kedua tinggi (88%).
Jadual 1 :
Peringkat Tahap Keprihatinan Responden
|
||||||||
Tahap
Keprihatinan
|
N
|
Jumlah Skor
Mentah
|
Skor Peratusan
|
Min
|
||||
Tahap 0
|
Kesedaran
|
10
|
19.4
|
97%
|
3.88
|
|||
Tahap 1
|
Maklumat
|
10
|
23.3
|
84%
|
4.66
|
|||
Tahap 2
|
Peribadi
|
10
|
24.3
|
83%
|
4.86
|
|||
Tahap 3
|
Pengurusan
|
10
|
23.6
|
88%
|
4.72
|
|||
Tahap 4
|
Kesan
|
10
|
21.9
|
38%
|
4.34
|
|||
Tahap 5
|
Kolaborasi
|
10
|
22.6
|
59%
|
4.52
|
|||
Tahap 6
|
Pemfokusan
Semula
|
10
|
21.1
|
69%
|
4.22
|
|||
Peribadi pada nilai min 4.86 – tinggi.
Intrepetasi Min:
Skala
Min
|
1.00
– 2.40
|
Sangat
Rendah
|
2.41
– 2.80
|
Rendah
|
|
2.81
– 4.20
|
Sederhana
|
|
4.21
– 5.60
|
Tinggi
|
|
5.61
– 7.00
|
Sangat
Tinggi
|
Semua 10 responden
menunjukkan mereka berada di peringkat keprihatinan serta berdasarkan
intrepetasi min (Min 5 Item) seperti berikut; Tahap 0 – (min = 3.88 –
sederhana), Tahap 1 – (min = 4.66 – Tinggi), Tahap 2 – (min = 4.86 – Tinggi),
Tahap 3 – (min = 4.72 – Tinggi), Tahap 4 – (min = 4.34 – Tinggi), Tahap 5 – (min
= 4.52 – Tinggi), Tahap 6 – (min = 4.22 – Tinggi). Secara keseluruhan responden
berada di Tahap 2 telah menunjukan min paling tinggi iaitu 4.86.
PERBINCANGAN
Rajah 1. Profil Tahap Keprihatinan
Pekerja Terhadap Inovasi DDMS
Profil Peringkat Keprihatinan Tiada
Berkaitan (Tahap 0) berada pada tahap tinggi kemudian Peringkat Keprihatinan
maklumat dan peribadi (Tahap 1 dan Tahap 2) sedikit menurun dan kembali tinggi
pada peringkat pengurusan (Tahap 3). Bagi Tahap 4, Tahap 5 dan Tahap 6 terdapat
penurunan. Merujuk kepada interpretasi
Hall dan Ford (2011) bahawa bentuk profil menunjukkan skor peratusan yang
tinggi pada awal tahap iaitu Tahap 0, Tahap 1 dan Tahap 2 sebaliknya
menunjukkan skor peratusan yang rendah bagi peringkat Tahap 4, Tahap 5 dan Tahap 6.
Responden yang menunjukkan Tahap
4 dan Tahap 5 rendah mereka memberi keprihatinan yang minima atau
kurang prihatin tentang hubungan kesan pelaksanaan inovasi DDMS. Selain itu,
mereka juga kurang bekerjasama atau berkongsi maklumat dengan rakan sekerja
dalam persediaan untuk melaksanakan inovasi DDMS. Profil Tahap 6 menunjukkan
kenaikan ekor yang mempunyai idea yang berlainan daripada idea berkenaan kerana
mereka mempunyai pandangan bahawa mereka patut diberi masa dalam melaksanakan
DDMS.
Sekiranya skor peratusan yang
tinggi bagi peringkat awal keprihatinan dengan kenaikan ekor melambangkan
terdapat rintangan dalam pelaksanaan inovasi DDMS. Profil jenis ini
mencadangkan bahawa pekerja mempunyai idea yang berbeza dan mungkin hendak
mengubah atau menggantikan inovasi yang dilaksanakan. Tentangan terhadap
inovasi sering disebabkan oleh kekurangan maklumat mengenai inovasi DDMS dalam
kalangan pekerja. Sebagai agen pelaksanaan
inovasi DDMS, setiap pekerja semestinya mempunyai pengetahuan, informasi dan
keupayaan bagi memenuhi hasrat mencapai matlamat dasar yang ditetapkan. Namun
dapatan kajian menggambarkan DDMS mempunyai pengetahuan tinggi.
CADANGAN
Hasil dapatan kajian mendapati perubahan
atau inovasi adalah satu proses dan bukannya satu peristiwa dalam aktiviti
harian pekerjaan. Sebagai satu proses, pelaksanaan inovasi memerlukan pengguna
mempelajari inovasi tersebut agar mereka boleh melaksanakannya secara berkesan.
Kejayaan sesuatu inovasi yang telah direncanakan boleh direalisasikan dengan
pelaksanaan sepenuhnya oleh pekerja yang terlibat inovasi ini. Banyak inovasi
telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan namun berhadapan dengan kegagalan
disebabkan oleh pekerja yang kurang prihatin kerana kurang kemahiran dan
pengetahuan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu perubahan.
Dapatan kajian ini juga boleh
dijadikan petunjuk kearah perencanaan program intenvensi yang bersesuaian untuk
membantu dan menyokong pekerja-pekerja supaya berganjak kearah inovasi yang di
cadangkan oleh organisasi. Setiap individu yang terlibat dalam pelaksanaan
sesuatu inovasi hendaklah berganjak dari keprihatinan kendiri kepada
keperihatinan tugas dan seterusnya kepada keperihatinan impak. Anjakan ini akan
menghasilkan kejayaan inovasi. Pelaksanaan inovasi
memerlukan masa kerana perlu mempengaruhi dan memenangi hati manusia yang
terlibat agar mereka mahu mengubah cara bekerja. Oleh itu, kewujudan pengiktirafan
atau pengukuhan agar mereka mahu berubah bagi menjayakan inovasi baharu.
Pengukuhan dalam adalah lebih baik untuk dibangunkan berbanding
pengukuhan/reward luaran (contoh imbuhan duit kepada mereka yang mahu berubah).
Sebelum pelaksanaan inovasi
itu terhasil dan berjaya, perancangan yang rapi dengan mengambil kira keperluan
dan sumber-sumber asas dalam melaksanakan tingkah laku yang diharapkan. Ia
menentukan dan menghasilkan polisi bagi mengawal tingkah laku seperti yang
dirancangkan. Pelaksanaan inovasi DDMS memerlukan penstrukturan semula dan
penggantian. Oleh itu, ia memerlukan pengubahsuaian dan adaptasi dalam tingkah laku
pekerja, penekanan kepada inovasi, ruang pemebelajaran, jadual dan pengisian
pelaksanaan inovasi tersebut. Peringkat perancangan DDMS
perlu memberi gambaran menyeluruh tentang inovasi tersebut. Ini kerana, pekerja
mengharapkan jelas tentang matlamat, tujuan inovasi dan manfaat yang diprolehi
oleh pekerja. Disamping itu, sebelum pelaksanaan itu juga, pekerja mengharapkan
inovasi ini menpunyai persetujuan dan tujuan yang sama
Pekerja untuk berubah bukan
mudah kecuali jika pihak pengurusan dapat mempengaruhi dan memenangi hati
manusia terlibat agar dapat berubah kerja mereka. Oleh itu, pengiktirafan dan
ganjaran amat diperlukan agar mereka ingin melakukan oerubahan sepertimana yang
ingin dicapai oleh pengurusan tertingg organisasi. Pihak perancang dan pentadbir
perlu mewar-warkan akan inovasi yang dicadangkan terlebih dahulu agar inovasi
tidak dating secara mengejut. Perbincangan yang kerap berhubung dengan inovasi
dikalangan pekerja yang terlibat adalah kunci kerjayaan inovasi. Perbincangan
dan komunikasi secara terbukavjuga amat diperlukan ketika sedang dilaksanakan.
Mewujudkan pembelajaran
bepasukan dengan menuntut belajar bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi
untuk kepentingan pasukan bagi mencapai kecekapan kerja berpasukan. Displin ini
harus dimulakan dengan dialog dan perbincangan dimana pekerja akan sentiasa
berfikir bersama dan menggabungkan kepakaran yang ada.
KESIMPULAN
Perlu ada tindakan atau intervensi yang
diberikan kepada mereka sebagai pengguna inovasi baharu. Namun begitu, perlu
ada tindakan segera untuk meningkatkan peringkat keprihatinan, tahap penggunaan
inovasi dan amalan. Oleh itu, pihak pengurusan organisasi perlu mengambil
tindakan yang sewajarnya dalam memastikan pengguna inovasi dapat melaksanakan
sistem DDMS. Kursus tambahan, seminar, pemantauan dan penyemakan sistem DDMS
mesra pengguna wajar dilakukan agar kelancaran melaksanakan inovasi. Analisis
penggunaan Model CBAM, jelas dapat meneroka keprihatinan serta meneroka tahap
penggunaan DDMS perlu dilakukan secepat mungkin agar mereka tidak terus berada
di peringkat dan tahap yang ditunjukkan dalam dapatan kajian. Untuk memastikan dasar
kerajaan pelaksanaan sepenuhnya menggunakan DDMS dengan memastikan aspek kesediaan seperti
infrastruktur fizikal lengkap dan meningkatkan kemahiran pekerja melalui
latihan dan pembangunan.
CADANGAN UNTUK
KAJIAN AKAN DATANG
Metodologi peralatan kajian akan datang
seharusnya meliputi soal selidik tiga komponen utama untuk mengumpulan data
iaitu peringkat Tahap Penggunaan (Level of Use) dan Konfigurasi Inovasi
(Innovation Configuration). Kaedah kualitatif juga mungkin dapat menyokong
kajian kerana pihak pngurusan akan dapat menggambarkan situasi sebenar akan
permasalahan yang dihadapi.
RUJUKAN
Tan Yi Ling dan Lee Lay Wah (2015).
Profil Tahap Keprihatinan Guru Terhadap Inovasi Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) Berdasarkan Model Concern-Based Adoptation Model (CBAM). Juku:Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia
Pasifik. Julai 2015, Bil. 3 Isu 3.
Sharifah Nor Puteh, Nor Adibah Ghazali,
Mohd Mahzan Tamyis, & Aliza Ali. (2012). Keprihatinan guru Vahasa Melayu
dalam melaksanakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Journal
Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 19-31.
No comments:
Post a Comment