Thursday, 9 September 2021

CONCERNS-BASED ADOPTION MODEL (CBAM)


Concern-Based Adoption Model (CBAM) digunakan untuk mengenalpasti Peringkat Keprihatinan (Stages of Concern,SoC), Tahap Penggunaan inovasi (Level of Use,LoU), dan Konfigurasi Inovasi (Innovation Configuration,IC). Hall dan Hord (2011) mendefinisikan keprihatinan sebagai perasaan, fikiran serta reaksi individu terhadap sesuatu perubahan atau inovasi yang mempengaruhi kehidupan mereka. Individu yang terlibat dalam perubahan akan menghadapi peringkat keprihatinan yang berlainan. Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concerns-Based Adoption Model (CBAM) adalah satu model penilaian kurikulum yang dibangunkan untuk menilai pelaksanaan  sesuatu inovasi kurikulum atau program pendidikan.

CBAM berbentuk berpusatkan klien (client centered) untuk menerangkan bagaimana seseorang individu bertindak atau reaksi individu terhadap sesuatu inovasi atau perubahan yang akan dilaksana. Model CBAM merupakan model yang menumpukan usaha menjelas, mengukur dan menerangkan proses perubahan yang dialami oleh guru yang melaksanakan inovasi dalam pendidikan. CBAM yang dikembangkan oleh Hall & Hord (2006) memfokuskan kepada tiga dimensi iaitu Peringkat Keprihatinan (Stages of Concern-SoC), Peringkat Penggunaan (Levesl of  Use- LoU ) dan Konfigurasi Inovasi (Innovation Configuration). Dimensi Peringkat Keprihatinan  atau SoC  mengandungi tujuh peringkat iaitu:

Kesedaran (Peringkat 0: saya tidak prihatin dan mengambil berat perkara ini),
Informasi (Peringkat 1: saya berminat untuk mengetahui),
Personal (Peringkat 2: bagaimana perkara ini melibatkan saya),
Pengurusan (Peringkat 3: saya memperuntukkan masa untuk menyediakan bahan), Konsekuens (Peringkat 4: bagaimana perkara ini memberi impak ke atas klien saya),  Kolaborasi (Peringkat 5: saya prihatin untuk berkongsi apa yang buat dengan rakan sekerja), dan
Pemfokusan Semula(Peringkat 6: saya ada idea lain untuk membuat yang lebih baik lagi ). 

Anjakan ini akan menghasilkan kejayaan inovasi itu. Tahap Penggunaan atau Levels of (LoU) menerangkan tentang tingkah laku pengguna terhadap sesuatu inovasi itu. Hall Tahap Penggunaan memberikan tafsiran secara operasional apa yang dilakukan oleh pengguna inovasi. Berdasarkan model CBAM ini, terdapat  enam Tahap Penggunaan yang menunjukkan bagaimana tindakan ataupun tingkah laku seseorang terhadap perubahan yang telah diperkenalkan. Tahap tersebut terdiri daripada:

Tiada Penggunaan (Tahap 0: pengguna mempunyai sedikit pengetahuan ataupun tiada tentang inovasi),
Orientasi (Tahap I: baru memperoleh informasi dan cuba meneroka penggunaan inovasi), Persediaan (Tahap II: bersedia  mengguna inovasi), Mekanikal (Tahap III: mula berusaha untuk jangka pendek dan memahirkan diri mengguna inovasi),
Rutin dan Pemurnian (Tahap IV: mula stabil dan mempelbagaikan amalan penggunaan), Integrasi (Tahap V: berusaha sendiri dalam mengguna inovasi dan berkongsi dengan rakan untuk mencapai impak ke atas klien), dan
Pembaharuan/Renewal (Tahap VI: menilai kualiti amalan, melakukan modifikasi atau mencari alternatif baru supaya lebih berimpak).

Tahap Tiada Penggunaan, Orientasi, dan Persediaan adalah Bukan-Pengguna (Non-users) manakala tahap Mekanikal, Rutin dan Pemurnian, Integrasi, dan Pembaharuan/Renewal adalah Pengguna (Users).
 

No comments: