Tuesday, 8 November 2022

MEMILIH PASANGAN



R
asa untuk memiliki dan di miliki adalah fitrah manusia. Maka untuk memilih pasangan  ada panduannya. 

Terdapat 3 perkara besar dan penting dalam hidup manusia iaitu kelahiran, perkahwinan dan kematian. Kelahiran dan kematian  ialah 2 perkara yang berlaku tanpa iradat manusia yang dilakukan oleh Allah SWT. Tetapi bagi perkahwinan adalah sebaliknya. Meski pun jodoh itu ditentukan oleh Allah SWT namun manusia diberi peluang untuk memilih atau menentukan pilihan pasangan terbaik untuknya. Kebijaksanaan dan keperihatinan dalam memilih pasangan akan menentukan arah tuju sebuah rumahtangga sekiranya diabaikan maka kemungkinan mempunyai masalah dikemudian hari.

Kebahagian bergantung kepada kebijaksanaan memilih pasangan. Maka, pemilihan pasangan hendaklah dilakukan secara sedar dan tidak dipengaruhi oleh perasaan yang melulu atau berkepentingan bersifat sementara seperti bosan, sepi dan sebagainya. Asas kepada pemilihan hendaklah berdasarkan asas yang kekal dan sentiasa kukuh sepanjang zaman. Ini kerana, perkahwinan memberi kesan yang sangat mendalam, berkekalan dan tanggungjawab. Oleh itu, strategi dan langkah-langkah yang diambil mestilah betul-betul dan merasakan pasangan yang dipilih mampu mencapai tujuan perkahwinan iaitu berasa tenang bersama-sama.

A021
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Ruum 30:21)

Allah mengingatkan dalam ayat 32 Surah Al-Isra':
A032
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).(Al-Israa' 17:32)

Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah memberi garis panduan tentang asas-asas pemilihan pasangan dengan sabdanya "Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya, maka utamalah agamanya kerana akan memperoleh kebahagiaanya"

Allah berfirman surah AlBaqarah ayat 221

A221
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekali pun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).(Al-Baqarah 2:221)

Kenapa wanita dipilih kerana agamanya? Sebab seseorang wanita yang mempunyai asas agama berkemungkinan mempunyai asas fardu ain baik dan akhlaknya juga baik. Untuk menjadi seorang pasangan baik memerlukan akhlak baik manakala pemimpin berakhlak pula dapat menambah pengikut dan dapat menawan negara. Akhlak ibubapa nanti akan menjadi contoh kepada anak-anak dan mempengaruhi nilai-nilai murni dalam pekerjaan anak itu kelak. 

Jika kita memilih pasangan sebab nafas yang sejuk (roh) maka Alhamdulillah tetapi jika dari nafas yang panas (nafsu) maka kembalilah kepada asal/Islam. Justeru itu, cubalah untuk menyelesaikan bujang kerana ianya berkemungkinan boleh mengurangkan ketakwaan kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda " perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang menolak sunnahku maka dia bukanlah dari golonganku"

Abdullah Ibn Mas'ud pernah berkata "Seandainya umurku tinggal 10 hari pun aku akan berkahwin supaya aku tidak menemui Allah SWT dalam keadaan bujang" 

Cara mencapai matlamat perkahwinan yang perlu ada sifat-sifat yang dikehendaki diri pasangan iaitu penghayatan agama dan akhlak yang baik. Ini kerana agama terus kukuh bersama-sama peredaran zaman. Akhlak pula akan terus mantap bersama hari-hari yang berlalu disamping pengalaman hidup. Apabila pasangan menjadikan agama dan akhlak sebagai asas pemilihan, ia lebih menjamin kelangsungan cinta dan kasih sayang yang berkekalan.

Perkara lain turut dipertimbangkan dalam pemilihan iaitu faktor keturunan dan kecantikan. Kecantikan bergantung kepada standard seseorang iaitu tahap cantik dimatanya. Tujuan pemilihan keturunan baik-baik pula adalah untuk melahirkan pergaulan yang baik-baik. Apabila dicintai, dia memuliakan pasangannya dan tidak berlaku zalim ketika marah.


Pertimbangan seterusnya pasangan yang sekufu. Sekufu bermaksud persamaan taraf lelaki dan perempuan pada kedudukan sama ada dalam masyarakat, akhlak dan kekayaan. 

Uthman bin Abi al-'As al-Thaqafi memberi nasihat kepada anaknya "Wahai anak-anakku, orang yang bernikah itu umpama orang yang bercucuk tanam, seseorang perlu meneliti dimana dia mencucuk tanamannya. Baka keturunan yang tidak baik jarang mempunyai anak, jadi pilih pilihlah walau sehingga bila masa pun".

Pemilihan pasangan sekufu yang mempunyai cara hidup tidak berbeza dan boleh diterima. Justeru itu, seorang daripadanya tidak terpaksa mengubah kebiasaanya kerana mereka mempunyai persamaan. Antara sekufu agama dan kesolehan serta tahap pekerjaan pasangan.

Wali sunat mencadangkan perempuan jagaannya berkahwin dengan lelaki soleh dan bertakwa dengan mencontohi sifat Nabi Syuib AS:

A026
Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".(Al-Qasas 28:26)

A027

Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya".(Al-Qasas 28:27

A028

Musa menjawab: "Perjanjian itu adalah antaraku denganmu (tetap dihormati bersama); yang mana sahaja dari dua tempoh itu yang aku tunaikan, maka janganlah hendaknya aku disalahkan. Dan Allah jualah menjadi Pengawas terhadap apa yang kita katakan itu". (Al-Qasas 28:28)

Wahai Perempuan!, Ingatlah Perkara-perkara Yang Perlu Dijauhi 

Masyarakat yang jauh dari penghayatan Islam, lelaki bergaul mesra dengan tujuan untuk mengenali akhlak dan tingkahlaku pasangan tetapi sebenarnya kita yakin tidak mampu menyingkap akhlak pasangan itu sebenarnya. Selalunya, lelaki akan berpura-pura dihadapan perempuan sebagai jejaka idaman dari sudut kemuliaan, timbang rasa dan keelokkan, maka perempuan juga akan melakukan lebih daripada itu. Perempuan cuba untuk menunjukkan  dirinya sebagai gadis idaman dari sudut kelembutan, sifat keperempuanan, perasaan, adab, akhlak dan tingkahlakunya. Perbuatan mesra adalah haram seperti sabda Rasulullah:

"Janganlah sama sekali lelaki dan perempuan bersunyi-sunyian melainkan ada mahram bersama-sama mereka"

Perempuan yang cerdik akan menjauhkan bermesra-mesraan kerana ada risikonya iaitu kemungkinan lelaki lain tidak meminangnya dan menjemput dosa-dosa yang dimurkai Allah SWT.

Percintaan lelaki yang sudah berkahwin, kecenderungan untuk ditinggalkan itu adalah tinggi kerana mereka telah mempunyai komitmen terhadap keluarga sendiri. Kebiasaannya lelaki sangat menjaga hati dan perasaan isterinya. 

Kesimpulannya, kita mahu sebuah perkahwinan yang berkat dan baik untuk dunia akhirat.


No comments: