Saturday, 25 September 2021

MEMBINA KELUARGA SYURGA




A021
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.(Ar-Ruum 30:21)

Fikir tujuan Allah SWT menemukan jodoh dan fikirkan juga tujuan perkahwinan itu dengan merujuk kepada Surah Ar-Rum ayat 21. Keluarga yang sakinah, mawadah dan marahmah tidak datang bergolek tetapi berfikir iaitu mencari ilmu. Keperluan mencari ilmu sentiasa perlu dan penting. Sangat penting ilmu. Tiap-tiap waktu perlu ilmu contohnya mendidik anak-anak kecil, remaja dan sebagainya.

Contohlah: Ibu tanya soalan dan anak jawab. Untuk memberi pilihan dirinya (anak) membuat keputusan seperti jam berapa untuk bangun solat subuh dan anak itu akan bangun solat. Selepas itu, tanya lagi bila nak tunai solat jemaah. Sebab itu, apabila ada niat Allah SWT akan bantu.

A069
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Al-'Ankabuut 29:69)

Untuk bina keluarga bahagia perlu ada keazaman, azimah dan niat yang sekuat-kuatnya. Contoh untuk mendengar ceramah/kuliah agama ini adalah kurniaan dan rahmat Allah. Bukan semua orang boleh datang walaupun rumahnya dekat dengan masjid.

Ayat Quran dibawah merupakan hala tuju perkahwinan. Pastikan niat jelas hala tuju dan azam ahli keluarga. Ini kalau niat tidak sama, payah. Contoh suami ingin berubah isteri pula tidak ingin berubah.


A028
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.(Al-Ahzaab 33:28)

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (A-li'Imraan 3:159


Sekiranya, hala tuju sama suami isteri. Alhamdulillah. Pemimpin (suami) perlu buat halaqah atau perbincangan bersama ahli keluarga untuk membawa keluarga kemana. Perlu beri penerangan yang jelas. Hala tuju keluarga kita untuk membawa ahli keluarga untuk masuk ke syurga. Matlamat syurga. Seterusnya, binalah strategi dan perancangan jalan-jalan keluarga syurga. Semuanya perlu ilmu.

Bayangkanlah, diakhirat nanti apabila dibangkitkan ahli keluarga tidak cukup. Macamana perasaan kita waktu itu. Kita akan mengkira-kira manalah ahli keluarga yang hilang itu. Mulalah menangis, sedih, menjerit dan macam-macam lagi. Ya Allah, kurnialah keluarga kami syurga firdaus dan pimpinlah jalan-jalan hidayahMu Ya Allah. Ya Allah, kurniakan suami yang terbaik. Amin,amin,amin.

A029
"Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu: pahala yang besar". (Al-Ahzaab 33:29)

Mencapai keluarga bahagia perlu bersama-sama membaiki keluarga. Apa yang kurang kita tambah baik. Keluarga seperti organisasi pejabat. Ada sktruktur organisasi. Ada mesyuarat, perbincangan, perkongsian ilmu dan sebagainya. Ketua keluarga yang faham amanah dan tanggungjawab akan berusaha sedaya upaya membaiki keluarga menjadi lebih baik dan baik. Impian setiap keluarga mencapai reda Allah dan syurga. Fikir sangat dunia akhirnya kematian datang. Fikir dunia memang tidak habis.

Sekiranya Allah SWT mencintai sebuah keluarga, Allah SWT akan memberi lemah lembut. Hadis Nabi SAW:................

Seterusnya, hala tuju jelas perkahwinan. Kita perlu mencari keberkatan. Berusaha mencari semua aktiviti keberkatan. Permulaan kahwin pun, orang lain mendoakan doa pengantin. Mahu berterusan keberkatan. Pengantin berjumpa dengan tetamu, mohon doa keberkatan. Mohon doa.


Image result for doa pengantin baru

Selepas itu, dikurnikakan anak-anak. Kita baca doa mohon berkat.Maksud doa itu, ibu bapa perlu membawa anak mengenal Allah SWT dan cara anak itu bersyukur. Bagaimana cara untuk bersyukur kepada Allah SWT. Manfaat anak ke jalan benar.

Image result for doa anak lahir

Setiap nikmat perkahwinan ada keberkatan. Allah, semoga segeralah...
Pagi-pagi solat sebut, kita baca doa qunut mohon juga keberkatan. Sekiranya Allah memberi keberkatan sesebuah keluarga itu, besarnya manfaat.


Image result for doa qunut minta keberkatan

Macamanalah untuk mendapat keberkatan? Mesti dalam rumahtanggan itu ada 3 perkara iaitu Tauhid, Syariat dan Akhlak. Banyak kerja nak buat itu. Kerja bangunkan keluarga. Memerlukan gotong royong suami, isteri dan anak. 

Mohon keberkatan mesti sempurna Tauhid, Syariat dan Akhlak mesti dasar dalam rumah tangga. Berkat ini adalah reward atau hadiah atau hasil natijah. Muhasabah diri. Lihat akidah anak-anak, amalan anak-anak dan akhlak anak-anak. Jadi, berterusan hingga mati dan menuntut ilmu juga sampai mati. Tidak berhenti. Cintailah ilmu dan hari akhirat.

Untuk tegur suami. isteri dan anak-anak, ini mesti ada cara. Bukan setiap masa sesuai untuk tegur. Mesti melihat cuaca emosi suami, isteri dan anak. Jadi langkah pertama, mohon pertolongan dari Allah SWT. Mengadu kepada Allah SWT untuk menegur ahli keluarga agar mereka berlapang dada terutamanya akhlak keluarga. Tegur sikap atau akhlak keluarga mak ayah dialah kan. Orang luar akan tengok je.

Amalkan doa keberkatan untuk semua tempat:
A029
"Dan berdoalah dengan berkata: ` Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat ' "(Al-Mu'minuun 23:29)

Kesimpulannya, untuk mencapai kebahagian, keredaan Allah dan keberkatan ahli keluarga perlu bergotong royong. Suami perlu menguruskan ego dan isteri perlu bijak menguruskan emosi supaya dapat bersama-sama mencapai hala tuju keluarga. Keluarga ini adalah hadiah kepada ummah/masyarakat yang boleh berbakti kepada masyarakat.


A015
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".(Al-Ahqaaf 46:15)

Surah Al-Ahqaaf 46:15 juga hala tuju rumah tangga. Penghayatan bersyukur ahli keluarga dan ada kemampuan untuk melaksanakan amalan soleh. Jadikan rumahtangga bersyukur. Kena berusaha.



























No comments: