Cinta dan akhlak dua
perkara yang berbeza. Ada cinta yang bersandarkan kepada akhlak atau
hawa nafsu semata-mata. Persepsi cinta dan akhlak itu merupakan 2 entiti yang
berbeza. Maka, ada setengah orang ketika bercinta tidak pentingkan akhlak. Ini
boleh dibuktikan dari peningkatan statistik dalam masalah
sosial seperti kehamilan luar nikah dan penguguran janin. Salah mendefinisikan
hubungan seksual sebagai cara untuk menyatakan perasaan cinta dan kasih kepada
pasangan.
Islam tidak menafikan
adanya cinta yang diiringi dengan dorongan seksual tetapi perlu mengendalikan perasaan
cinta tesebut dengan cara yang betul dan sah iaitu melalui hubungan pernikahan.
Perbuatan tidak sopan
di khalayak ramai dan berkhalwat adalah bertentangan dengan prinsip perlindungan
terhadap maruah diri manakala perbuatan zina dan hamil luar nikah merupakan perbuatan
yang boleh merosakkan kesucian nasab dalam Islam. Dan orang-orang yang tidak
mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian dirinya sehingga Allah memampukan
mereka dengan kurnia-Nya (An-Nur: 33).
Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian); dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu. Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah - sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka - Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nuur 24:33)
Cinta telah dilihat
sebagai tanggungjawab sesebuah hubungan intim dan seterusnya membawa kepada pembentukan
keluarga. Cinta adalah perasaan yang amat mendalam terhadap seseorang dan berupaya
untuk menggerakkan individu ke arah kebaikan. Cinta diperlukan untuk memenuhi
keperluan emosi dan fizikal serta memainkan peranan yang penting kearah
perkahwinan.
Konsep cinta dari
perspektif Islam bukan hanya terhad kepada cinta romantis sesama manusia tetapi
juga termasuk cinta yang hakiki iaitu cinta kepada Allah SWT. Cinta romantis
sesama manusia perlu bersandarkan kepada Akhlak Percintaan yang telah
digariskan oleh syarak. Seks menurut remaja Islam wajib difahami mengikut kaca
mata Islam, iaitu ia adalah dibenarkan (halal) dan satu bentuk ibadah
(pengabdian kepada Allah SWT) bagi pasangan kekasih yang telah berkahwin
sahaja. Akan tetapi, naluri seks yang disalurkan belum berkahwin adalah perzinaan dan termasuk dalam kategori dosa besar.
Akhlak
percintaan dan cara gaya dalam cinta berbeza dengan
konsep akhlak percintaan dalam Islam. Dalam Islam, semua perlakuan cinta hanya dibenarkan bagi pasangan kekasih yang sudah berkahwin sahaja.
Perbuatan mempermain-mainkan cinta adalah haram dan berdosa kerana ia termasuk
dalam kategori menyakiti sesama Muslim.
Akhlak percintaan dalam Islam adalah usaha untuk
membendung kegiatan seks sebelum perkahwinan bagi menjaga kehormatan serta
kemuliaan susur galur keturunan dan juga kemuliaan individu itu sendiri. Cinta hanya boleh dinikmati
ketika di alam perkahwinan dan terdapat beberapa aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan
sesama suami isteri. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan rasa
cinta terhadap pasangan suami isteri adalah makan bersama, mengadakan hubungan
kelamin, bercium, berpeluk, berbual, dan sebagainya. Konsep cinta dan akhlak percintaan.:
(a)
Letakkan niat yang betul dari awal suatu hubungan - Cinta untuk Allah SWT dan
cinta
kerana Allah SWT
(b) Menjaga pandangan mata, aurat dan suara
(c) Menjaga pergaulan dan tidak bersalaman di antara
lelaki dan perempuan
(d) Menghindari bersendirian dengan pasangan
kekasih, baik di hadapan umum
mahupun dalam pengasingan
(e) Mengatur sebuah upacara perkahwinan yang tepat
pada masanya
Cinta
dan rasa malu
Perasaan 'Malu' ialah Haya' didefinisikan sebagai penolakan melakukan
atau mengatakan apa yang buruk dan tidak bermoral. Oleh itu, rasa malu
seharusnya mendorong seseorang untuk menjauhkan diri dari perbuatan yang buruk.
Mencintai seseorang
bermaksud menghormati orang yang dicintai. Seseorang yang mempunyai rasa hormat
terhadap pasangannya tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diigini oleh pasangan
tersebut. Perlakuan cinta didasari dengan kefahaman bahawa orang yang sedang bercinta
tidak sewajarnya mementingkan diri sendiri. Oleh yang demikian Rasulullah SAW sangat
memberi penekanan terhadap kepentingan kasih sayang di antara manusia
terutamanya mereka meletakkan kekuatan iman dalam perasaan tersebut. Remaja
yang bercinta khususnya wajar berfikir implikasi negatif cinta yang
berlandaskan hawa nafsu semata-mata.
Akhlak percintaan dan sifat
malu adalah saling berkait yang telah digariskan
oleh Islam.
No comments:
Post a Comment