Art Therapy (AT) merupakan satu seni persembahan untuk meluahkan perasaan dan jiwa untuk tujuan tertentu. Kadang-kadang verbal dan non verbal berbeza dengan apa yang diluahkan dalam diri. Contoh pertanyaan “apa kabar” dan client menjawab “khabar baik” tetapi terdapat perbezaan jawapan mulut dan pergerakan badan .
Apa itu Art Therapy (AT)?. AT merupakan salah satu kaedah kaunseling pada masa kini. Walau bagaimanapun, pengetahuan yang luas sangat diperlukan untuk membantu client mengenali dan menyelesaikan masalah. Ada beberapa jenis AT iaitu:
a)Lukisan (Drawing)
b)Permainan (Play Therapy)
c)Music Therapy
d)Pshchodrama
e)Photo Therapy
f)Dance/Movement Therapy
g)Bibliotherapy
h)Expresive Art Therapy
Penggunaan AT
a)Lukisan sebagai salah satu modality dalam treatmen (rawatan emosi) kepada klien
b)Natural Healing
c)AT sebagai satu permainan yang digunakan oleh terapis dan kaunselor secara professional
d)Satu perkhidmatan kesihatan
e)Kreativiti dalam lukisan sebagai satu modality menyokong matlamat klien
f)Sebagai pengesahan idea-idea dalam proses penyembuhan secara teraputik
g)Memahami pemikiran, perasaan, tingkahlaku, spiritual yang terdapat dalam proses kaunseling
AT mengandungi:
a)Menyelesaikan konflik emosi
b)Meningkatkan kesedaran kendiri dan self esteem
c)Membina kemahiran sosial
d)Perubahan tingkah laku
e)Meningkatkan daya tindak
f)Membangun strategi untuk menyelesaikan masalah
g)Berkongsi pengalaman masalah dan daya tindak
Terdapat dua jenis kaunseling
a)Kaunseling Kelompok
Trauma akibat mass traumatic yang besar seperti bencanan alam [tsunami, gempa bumi, banjir, tragedy 11 september, kemalnagan bas, kapal terbang], dimana ramai orang ramai terlibat
b)Kaunseling Individu
Trauma secara individu seperti kemalangan jalan raya, kebakaran, kehilangan anggota badan, penyakit serius, kehilangan pasangan/anggota keluarga atau orang tersayang, rogol, sumbang mahram dan sebagainya.
Oleh itu, pelbagai teknik kaunseling digunakan untuk meneroka perasaan, pemikiran dan tingkahlaku klien yang mengalami trauma. Sama ada trauma semasa atau trauma beban atau post taumatic stress disorder. Rawatan perlu dilakukan satu persatu demensi trauma yang dialami. Setiap demensi akan saling berkait (melalui alat ujian).
Justeru itu, kaunselor harus mengetahui jenis-jenis lakaran (garis halus, tebal lorekan kasar, tidak sekata/sekata, zig zag, lurus, putus-putus, dot-dot dan sebagainya), binatang (binatang belaan, binatang ganas), pokok (pokok bunga, pokok menjalar, pokok liar/hutan, rumput), rumah, kenderaan, senjata, peralatan bertukang, barang-barang mainan dan objek persekitaran hidup signifikan dalam hidup client.
AT Malaysia masih lagi menggunakan perkataan dan tidak boleh masuk/menusuk ke dalam hati client. Apa-apa perkataan yang dikeluarkan menunjukkan tindakan yang berbeza. Tujuan terapi ini adalah baik untuk mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam.
Speaker mendapati orang Asia masih lagi sukar meluahkan perasaan untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu, AT lebih berkesan kerana dapat mengeluarkan perasaan/emosi melalui lukisan atau jelaskan kenapa kerana ianya mempunyai elemen-elemen perasaan. Pandai atau tidak melukis itu bukan pokok tetapi adalah untuk mengenali dan menilai emosi client.
Pengamal AT yang baru perlukan latihan, pengalaman, pendidikan AT, sukarelawan dan mempunyi penyelia untuk memantau agar AT berkesan dengan menggunakan teori dan teknikyang sesuai.
Pengamal AT yang baru perlukan latihan, pengalaman, pendidikan AT, sukarelawan dan mempunyi penyelia untuk memantau agar AT berkesan dengan menggunakan teori dan teknikyang sesuai.
Trauma yang dialami yang tidak selesai sentiasa dikaitkan sekiranya berlaku kepada orang lain atau masyarakat.
Sebelum berakhir, speaker telah memberi nasihat kepada ibubapa yang sibuk bekerja, walaupun penat kita perlu berkomunikasi, mendampingi dan mengambil tahu tentang anak-anak agar mereka cukup kasih sayang.
Sebagai contoh, Rumah Pengasih bagi penghuni penagih dadah telah diberi peluang untuk melukis apa-apa sahaja. Berdasarkan lukisan itu, penghuni Rumah Pengasih banyak meluahkan emosi dimana mereka sangat jauh dengan ibubapa dan keluarga.
Sebuah lukisan bukan untuk dihakimi sebaliknya memahami luahan emosi client. Jika kawan meluahkan perasaan jangan menganggap remeh tetapi kita perlu exlpore.
Sebagai contoh, Rumah Pengasih bagi penghuni penagih dadah telah diberi peluang untuk melukis apa-apa sahaja. Berdasarkan lukisan itu, penghuni Rumah Pengasih banyak meluahkan emosi dimana mereka sangat jauh dengan ibubapa dan keluarga.
Sebuah lukisan bukan untuk dihakimi sebaliknya memahami luahan emosi client. Jika kawan meluahkan perasaan jangan menganggap remeh tetapi kita perlu exlpore.
No comments:
Post a Comment