Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah 2:74)
Kehidupan manusia bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kain kapan. Kita hidup yang beria-ria sangat tetapi akhirnya dibaluti kain kapan dan hanyalah persembahan hati kepada Allah SWT. Muhasabah...
Kadang-kadang kita bergaduh dengan orang sehingga menjadi hati kita keras. Maka, marilah kita amalkan doa seperti dibawah untuk mendapat kebenaran.
Hati ini boleh menjadi keras dan keras hingga lebih menjadi batu. Bagaimana mahu hati menjadi lembut, mohon doa kepada Allah SWT untuk menjadi hati lembut. Faktor hati menjadi keras kerana
a) Berpaling kepada kebenaran. Melihat kebenaran seperti salah. Baik nampak jahat dan jahat nampak baik;
b) Mengetuai kebatilan dan memperindahkan ketidakbenaran. Contoh promosi Apps SugarBook. Setengah pandangan kata itu hak asasi manusia tetapi ada setengah orang promosi Apps itu merosakkan menjatuhkan maruah wanita;
Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),(Maryam 19:59)
- Meninggalkan solat atau sekadar solat gitu-gitu hubungan dengan Allah
-Penasihat hawa nafsu dan syaitan dalam hidup. Sepatutnya menjadikan nasihat AlQuran dan AsSunnah.
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (Al-Kahfi 18:28)
Hati kita mesti tunduk kepada kebenaran. Jalan lurus. Nafsu jahat dari dalam diri kita sendiri. Banyakkan doa dari bisikan syaitan dan desakan nafsu.
c) Orang yang hanyut dan larut dalam lautan kelalaian. Masa sedang berjalan padahal kita tidak perasan diri ini sedang lalai. Tapi, kita tidak perasaan. Hanyut maksiat. Umur semakin habis. Allahuakbar!.
Untuk mengatasi diri lalai, kalau tidak habis umur dengan sia-sia.
1) Perbaharuilah wuduk dan solat sunat Wuduk mohon cahaya
Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya sesempurna mungkin, maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya.” (Riwayat Muslim)
Doa Mohon Cahaya Selepas Solat Wuduk
2) Banyak berjalan ke masjid. Fikir banyak langkah kemana?. Mungkin kita banyak langkah ke tempat lain dari ke masjid.
Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Sesiapa yang membersihkan dirinya (berwuduk) di rumahnya kemudian dia berjalan kaki menuju ke satu rumah dari rumah-rumah Allah untuk dia menunaikan satu kefardhuan dari kefardhuan-kefardhuan kepada Allah, maka setiap langkahnya itu salah satunya memadamkan dosa dan selangkah lagi mengangkat darjatnya.
Solat sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat yang dilakukan ketika mana masuk ke dalam masjid.Ia adalah solat yang sentiasa dilazimi oleh Nabi SAW. Daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW bersabda :” Jika salah seorang daripada kalian masuk ke dalam masjid maka solatlah sebanyak dua rakaat sebelum dia duduk.”
3) Hatinya terikat untuk solat dan menunggu solat. Hatinya suka solat dan cinta solat
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sentiasalah sseorang kamu dianggap dalam sembahyangnya, selama menahan sembahyang tidak ada yang menghalangnya untuk kembali menemui ahli keluarganya melainkan kerana ia menunggu waktu sembahyang yang berikut”. Orang yang sanggup menunggu waktu sembahyang yang berikutnya setelah ia selesai sembahyang, di mana ia tidak membuat perkara-perkara lain seperti balik untuk menemui ahli keluarganya akan mendapat pahala sama dengan ia menunaikan sembahyang-sembahyang tersebut. Sentiasa untuk membaharui solat lebih baik dan baik.
Tambahan pula, Nabi SAW pernah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA akan melazimi solat sunat witir ini sebelum beliau melelapkan mata. Ini dinyatakan sendiri oleh Abu Hurairah RA:“Kekasihku (iaitu Muhammad SAW) mengingatkanku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat Witir sebelum tidur”.
Antara perkara yang sunat dilakukan selepas solat sunat witir adalah mengucapkan sebanyak tiga kali. Ini kerana ia dilakukan oleh Rasulullah SAW dan terdapat penambahan di dalam satu riwayat bahawa Nabi SAW meninggikan suaranya pada kali yang ketiga. Setelah itu, Baginda SAW berdoa:
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami, aku berlindung dengan redha-Mu daripada kemarahan-Mu, aku berlindung dengan kesejahteraan-Mu daripada hukuman-Mu dan aku berlindung dengan-Mu daripada tindakan-Mu, tiada daya aku ini untuk menghitung pujian kepada-Mu, Engkau itu wahai Allah sepertimana yang Engkau puji diri-Mu ”.
4) Solat malam dan membaca Quran
Ingat Allah SWT, ketaatan, amanah dan tanggungjawab. Jika kita lalai, kita tidak rasa bersalah kepada Allah SWT. Allah SWT akan alihkan atau tutup hati, telinga, lidah, mata dan pemikiran. Maka, kita mohon kepada Allah SWT untuk tidak lalai atau hati jadi batu.
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Al-Hajj 22:46)
Hati yang terhijab adalah orangnya munafik (Sumuah, riak, dengki, ujub, iri hati) [Jauh wabak dan jangan berkongsi sifat munafik]
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). (An-Nisaa' 4:142)
Ibadah orang munafik suka dipertontonkan kepada orang lain bukan buat kerana Allah SWT. Daripada Jundub RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang beramal kerana sum’ah (membuat sesuatu agar orang mendengarnya) maka Allah SWT akan menjadikannya (amalan) sebagai sum’ah dan barangsiapa yang beramal kerana riyak (membuat sesuatu amalan agar orang bercakap mengenainya) maka Allah SWT menjadikannya (amalan) sebagai riyak”.
Menjauhi amalan kita daripada sikap atau sifat riyak, sum’ah, ujub dan lain-lain lagi. Niat ikhlas kerana Allah SWT agar amalan tersebut diterima oleh Allah SWT dan diletakkan amalan tersebut pada timbangan atau neraca kebaikan di Akhirat kelak.
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (Al-Baqarah 2:264)
Amalkan doakan masthurat:
Kita tidak seharusnya dengki atau iri hati pemberian Allah SWT kepada manusia lain. Berdoa dan jauhkan sifat-sifat yang buruk yang menyebabkan hati kita menjadi batu.
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-An'aam 6:165)
No comments:
Post a Comment