(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar". (Al-Hadiid 57:12)
Contoh surah Mulk melihat burung terbang. Bicara kita mengaitkan iman. Ada kalanya burung boleh jatuh? Sebab itu orang beriman perlu mengkaji data saintifik dan data keimanan.
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Mulk 67:19)
Rawatan keimanan diminta untuk melakukan membuat kebaikan selepas kita bertakafur alam semesta. Apakah kebaikan itu, siapakan orang yang segera buat kebaikan dan apa ganjaran yang diperolehi?
Apalah kebaikan kita? Ialah ketaatan. Berbuat kebaikan dan disegera
Apalah kebaikan kita? Ialah ketaatan. Berbuat kebaikan dan disegera
Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan (kurniakan/nikmat) kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu.(Al-Mu'minuun 23:55)
Adakah manusia tidak fikir bahawa Allah SWT telah memberi segera nikmat terlebih mereka. Orang kafir berfikir memberi nikmat itu harta, pangkat, anak pinak, adakah pemikiran kita fikir apa yang kita dapat itu kebaikan?. Kalau orang Islam fikir kebaikan itu adalah seperti, maka konsep pemikiran itu sama orang kafir. Allah SWT berkata itu tidak kebaikan. Tetapi itu istidrat.

(Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar). (Al-Mu'minuun 23:56)
Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa (1) bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka; (Al-Mu'minuun 23:57)
Khoshiah Rabb dan khoshiah Rahman itu apa? Rahman dan Rahim bertindak mengambil dan memberi nikmat. Takut berbuat dosa akan diberi azab neraka. Jika tiada takut kepada Allah bermakna semua pemberian nikmat itu dugaan/ujian.

Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka; (Al-Mu'minuun 23:58)
Beriman ayat-ayat Allah SWT iaitu Allah mengaturkan fenomena dan kehidupan manusia (ayat-ayat qauniyyah dan takwiniyyah [tindakan fenomena])
Beriman ayat-ayat Allah SWT iaitu Allah mengaturkan fenomena dan kehidupan manusia (ayat-ayat qauniyyah dan takwiniyyah [tindakan fenomena])
Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka; (Al-Mu'minuun 23:59)
Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka; (Al-Mu'minuun 23:60)
Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya. (Al-Mu'minuun 23:61)
Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); (Al-Waaqi'ah 56:10)
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (A-li'Imraan 3:133)
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; (A-li'Imraan 3:134)
Peringkat mukhsin:
Muktakun - 1) mukminun 2) muhsinun
Muhlasun - Allah telah menginkhlaskan dirinya
Bina konsepkan Surah Al-Mu'minuun ayat 55 - 51 dengan menwujudkan persoalan. Apakah kebaikan itu? Kriteria orang yang melakukan kebaikan itu? Impak/kesan/dapatan orang yang mengerjakan kebaikan itu? dan bandingkan diri adakah kita ini orang yang melakukan segera kebaikan.
Kita diminta bersegera beramal. Mengapa kita mesti bersegera beramal? Ini kerana perkara semalam bukan milik kita lagi, apa yang akan datang bukan belum tentu milik kita lagi dan dan apa yang ada sekarang wajib kita isi/penuhi. Sekarang inilah milik kita. Beramal ada peruntukan waktu. Orang yang melakukan beramal merasa seolah-olah tiada waktu.
Siapakah orang ada kelapangan untuk beramal?

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? (Ash-Syar-h 94:1)
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - (Ash-Syar-h 94:2)
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?(Ash-Syar-h 94:3)
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (Ash-Syar-h 94:4)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Ash-Syar-h 94:5)
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Ash-Syar-h 94:6)
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (Ash-Syar-h 94:7)
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (Ash-Syar-h 94:8)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.(At-Tiin 95:6)
Orang yang sibuk beramal adalah orang yang lapang.
Tindakan syaitan mencantikkan dunia dan memadamkan akhirat.
Tindakan syaitan mencantikkan dunia dan memadamkan akhirat.
Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah. (Al-A'raaf 7:30)
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. (Al-A'raaf 7:175)
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-A'raaf 7:200)
Amalkan doa seperti di bawah:
INGAT. Kita sentiasa diuji oleh Allah SWT. Ujian itu kita sedari atau tidak. Contohnya ujian karenah anak, karenah isteri cerdik, orang sekeliling dan paling takut kita tidak menyedari diri kita sedang diuji tapi tidak perasan.
Bentuk-bentuk ujian harta sebagai fitnah bagi keimanan manusia. Inti keimanan manusia ujian memiliki ruang dan bidang seperti ujian ilmu, kualiti pendidikan, uji rumahtangga dan macam macam ujian sekeliling kita.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-'Ankabuut 29:3)
No comments:
Post a Comment