Allah SWT dan Nabi SAW suruh SEGERA.
Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. (Al-Hadiid 57:21)
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (A-li'Imraan 3:133)
Manusia pula INGIN segera untuk DUNIA
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. (Al-Qiaamah 75:20)
Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).(Al-Qiaamah 75:21)
AlQuran mengajar manusia untuk mendahului akhirat dan pilihan akhirat adalah dunia. Sebagai ujian kepada manusia, Allah SWT menjadikan jiwa manusia mencintai dunia. Inilah sebut perjuangan atau peperangan hawa nafsu. Nilai perjuangan mencintai dunia untuk mendapat akhirat akan diberi SYURGA.
Tindakan manusia bermula dengan ilmu, tinggi kesedaran, on fikiran supaya menghasilkan ilmu untuk makrifah. Maka, mendahulukan belajar dahulu.
Manusia perlu memahami Allah SWT dan dunia. Kemudian membuat pilihan.
Manusia perlu memahami Allah SWT dan dunia. Kemudian membuat pilihan.
[SIFAT DUNIA] Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan
[KEJAR AKHIRAT] (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Al-Hadiid 57:20)
Contoh:
Apa kewajipan ibu bapa kepada anak?
Memberi nama yang baik, memilih isteri yang baik (ibu solehah ke tidak? utamakan solehah hak anak (muhsinah dapat anak hibbah), mengajar anak baca Quran iaitu memberi pendidikan.
Wanita yang cerdik bertindak pentingkan akhirat. Apa apa pilihan mesti berasal dari Allah SWT. Apa-apa pemberian Allah hendaklah kita bersyukur dan bergantung kepada Allah SWT.
Contoh:
Apa kewajipan ibu bapa kepada anak?
Memberi nama yang baik, memilih isteri yang baik (ibu solehah ke tidak? utamakan solehah hak anak (muhsinah dapat anak hibbah), mengajar anak baca Quran iaitu memberi pendidikan.
Wanita yang cerdik bertindak pentingkan akhirat. Apa apa pilihan mesti berasal dari Allah SWT. Apa-apa pemberian Allah hendaklah kita bersyukur dan bergantung kepada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment