Merujuk Surah Al-Hashr ayat 23, iaitu
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. (Al-Hasy-r 59:23)
Al-Aziz al-Jabbar. Tema surah itu terkait dengan pengusiran Bani Nadhir yang banyak melakukan kerosakan dan pelanggaran.
Manusia sangat tidak layak melekatkan dirinya dengan nama al-Jabbar. Hanya orang jahil sahaja yang berani menyandang dirinya dengan sebutan al-Jabbar.
Makna al-Jabbar berasal daripada kata jabara. Jabir bermaksud ditujukan kepada satu tindakan dan satu lawan. Jabbar sebentuk mubalaghah yang jangkaunnya lebih daripada satu. Biasanya nama ini dikaitkan dikaitkan dengan kualiti.
Al-Jabbar secara bahasa memiliki 3 makna :
1. Al-'Aliyyu, iaitu Allah yang Maha Tinggi.
Apa yang tinggi? Kuasa Allah.
Allah terlalu tinggi untuk dipersepsikan oleh akal manusia di mana akal itu sendiri makhluk-Nya.
2. Al-Muslih li al-umur, Allah yang membaiki segala urusan dan keadaan.
Ada ungkapan, "jabbartu al-'idzamu", bermaksud saya meluruskan tulang yang bengkok. Membaiki keadaan yang sebelumnya tidak baik menjadi baik. Itulah tugas muslih. Tujuan tindakan Allah ada juga mengandungi nama Allah al-Rahim.
3. Al-Mujbiru, iaitu Allah yang memaksa.
Manusia punya kehendak namun tiada kuasa, berbeza dengan Allah yang berkehendak dan berkuasa dengan segala ilmu-Nya. Tidak ada kehendak manusia murni kerana kehendaknya. Ujian keimanan akan sentiasa ada dalam kehidupan seorang muslim.
Makna al-Jabbar secara istilah :
1. Ada ketinggian kuasa Allah yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia.
2. Ada pemaksaan kehendak Allah
3. Perbaikan urusan manusia
Zat yang dengan ketinggian kuasa-Nya, Dia bertindak memaksa kehendak-Nya di atas kehendak manusia yang bertujuan untuk membaiki urusan manusia. Yang berlaku, itu baik. Yang tak berlaku, itu yang tidak baik. Maka jangan menginginkan sesuatu yang tidak berlaku.
Bani Israil tanpa Firaun, tidak menjadi bahan ibrah bagi umat selepasnya yang dirakam didalam al-Quran. Tanpa keunikan perangai anak, ibubapa tidak berpeluang untuk mendapat pahala. Adanya musibah, ada ruang untuk menguji kesabaran dan keimanan.
Kisah Yusuf dan saudara-saudaranya yang membulinya. Allah bertindak al-Jabbar ke atas saudara-saudaranya ditimpah kemarau sehingga mereka kembali berurusan dengan Yusuf. Kesabaran Ya'qub berhasil mendidik Yusuf oleh Allah dengan mendatangkannya ilmu dan hikmah seiring dengan sifat ihsannya kepada Allah. Dan Yusuf membawa ayahnya ke singgahsananya.
Kisah umat Nabi Muhammad. Ali Imran ayat 140.
Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. (A-li'Imraan 3:140)
Kisah umat Islam dalam perang Badar memang dan Uhud yang umat Islam kalah. Allah buat perpusingan manusia berada kadang di atas dan kadang di bawah. Watilka al-ayyam nudawiluha. Maka bahagia dan kesedihan dalam hidup ada dua keadaan yang terkait dengan kuasa Allah al-Jabbar.
Implikasi nama al-Jabbar dalam diri?
Iaitu ada rasa takut sekiranya kita berada di posisi di atas dan tidak sedar memperlakukan orang di bawah kita secara tidak adil dan menzalimi. Takut akan hukuman Allah ke atas diri yang tidak sedar memperlakukan orang lain secara zalim.
Perasaaan takut jangan didiamkan. Ia perlu dengan peluang-peluang harapan. Takwa di hati dan juga di badan.
Implikasi lainnya juga, zahirnya rasa optimis dan lapang.
Bila hati laksana wadah, maka kesan nama al-Jabbar hadirnya rasa takut daripada azab Allah dan harapan akan rahmat-Nya.
Semua itu perlu amal, iaitu beramal dengan berasaskan nama-nama Allah. Inilah akhlak muhsinin.
Aplikasi nama al-Jabbar dalam skop rumah tangga
1. Bersedialah untuk dibaiki oleh Allah dengan pelbagai persoalan dalam rumah tangga. Namun yakinlah, bahawa Allah sebagai muslih al-umur. Maka bersabarlah dalam menyikapi musibah persoalan hidup. Dengan musibah, munajat akan terasa nikmat.
2. Bertindaklah dalam berumah tangga untuk membaiki keadaan. Berkata yang baik. Jangan memprovokasi keadaan sehingga hancur. Perlu ilmu pertimbangan, lebih fikir sebelum bertindak.
3. Yakinlah bahawa Allah dengan al-Jabbar sesungguhnya menginginkan perubahan ke arah yang lebih baik daripada setiap kehendak suami atau isteri yang tidak terwujud.
Allahumma
ighfirli
wa irhamni
wa ijburni
wa ihdini
wa urzuqni
Dalam keadaan hidup kita sedang susah di bawah, terimalah keadaan itu dengan keyakinan bahawa Allah maha mengampuni, merahmati, kendalikan dengan paksaaan-Mu, berikan aku hidayah dan berikan rezeki-Mu, ya Allah.
No comments:
Post a Comment