Thursday, 9 September 2021

BERJODOH DENGAN DUDA



Di Mahkamah Syariah, bila bekas isteri menuntut haknya di Mahkamah, bukan sahaja terpaksa berdepan dengan sikap bekas suami, malah lebih tertekan lagi terpaksa berdepan dengan kerenah isteri baharu bekas suami.

Sepatutnya biarlah pihak-pihak tersebut sahaja selesaikan kes mereka di Mahkamah, kita orang baharu yang tidak tahu menahu kisah rumahtangga mereka dulu-dulu duduklah diam-diam ditepi, ini tidak..isteri baharu pula yang menambah garam, cuka, ajinomoto, keluar habis di fb mengata bekas isteri suaminya tuntut yang bukan-bukan katanya, kalau tuntut yang bukan-bukan mestilah di peringkat pemfailan kes pun Mahkamah dah tolak, dia menuntut hak dia, bukan tuntut hak isteri baru tu.. 

Tambah pulak kalau kes hak jagaan anak, isteri baharu pulak yang sibuk-sibuk, itu masalah anak orang yang orang nak selesaikan, kenapa kita yang tak da setitis darah pun dalam badan anak tu sibuk pulak nak rebut sama..

Sudah-sudahlah sibuk hal orang..jagalah rumahtangga sendiri, jangan kusutkan lagi masalah orang, proses bekas isteri nak menuntut di Mahkamah pun bukannya senang.. tekanan, lepas tu kena kacau pulak dengan isteri baru bekas suami.

Fikir-fikirkanlah, kita baru sahaja wujud dalam hidup suami tu, baru je kenal suami tu, kita tak tau siapa yang silap semasa perkahwinan mereka dulu sehingga mereka bercerai, jangan 100% letakkan kepercayaan bahawa bekas isteri tu yang salah sebab tu lah mereka bercerai, layarilah bahtera jauh-jauh lagi untuk kenal orang baru dalam hidup kita..

Macam ni lah..

1) Bila ambil keputusan untuk berkahwin dengan duda..bersedialah dari segala segi terutamanya dari segi mental..bahawa suami puan-puan akan terlibat dengan kes di mahkamah syariah untuk menjawab & membela diri terhadap tuntutan hak-hak selepas bercerai dengan bekas isterinya..bekas isteri menuntut hak-haknya yang hukum syarak kata memang boleh tuntut..siapa kita nak marah..jumlah banyak @ sikit dia tuntut tu biar hakim yang putuskan berapa yang akan dia dapat..

2) Kena faham suami yang duda tersebut ada anak-anak hasil perkahwinan terdahulu yang wajib beliau tanggung nafkahnya..biarkan dia jalankan tanggungjawab dia sebab semuanya nanti akan ditanya di akhirat..jangan kita pulak bersubahat tak bagi dia sara nafkah anak-anak dia..kena faham juga income suami ada bahagian anak-anak dia setiap bulan..

3) Jika suami tak dapat akses melawat anak-anak yang ada dengan bekas isterinya..share ilmu ni dengan suami..pergi filing kes hak lawatan & bersama dengan anak di mahkamah syariah, perlu ada tindakan..jangan dok diam di belakang tabir tak puas hati tak dapat jumpa dengan anak..tapi sebagai orang baru..be neutral..dah kenal kan suami macam mana..kalau puan-puan nampak suami sibuk dengan kerja takde masa nak jaga anak, nampak bekas isteri tu elok je jaga anak dia... nasihatkan suami mohon hak lawatan & bersama dengan anak je..tak perlu mohon hak jagaan..tapi tak salah kalau mohon hak jagaan jika nampak anak tersebut diabaikan oleh bekas isteri..




No comments: