Sunday, 28 November 2021

DUDA DAN JANDA BERKAHWIN



Pasangan janda dan duda berkahwin yang mempunyai pakej anak. Selalunya mereka mempunyai pandangan bahawa anak-anak pasangan seperti mempunyai pertalian hubungan ‘adik beradik’. 

Hakikatnya mungkin ramai yang terlepas pandang dari segi hukum Islam, anak-anak ini sebenarnya tiada pertalian darah langsung malah tidak boleh dipanggil adik beradik. Mereka sama sekali bukan mahram, boleh berkahwin malah kena jaga batasan aurat dan pergaulan.

Istilah kekeluargaan dalam Bahasa Melayu mungkin agak umum berbanding Bahasa Arab yang lebih tepat dan spesifik. Jika disebut adik-beradik tiri dalam Bahasa Melayu, adakah bermaksud se ibu atau se bapa atau bagaimana.

Adik-beradik tiri seharusnya merujuk kepada adik-beradik yang berkongsi salah satu ibu atau bapa. Perkahwinan ibu dan bapa masing-masing tidak sesuai dipanggil adik-beradik tiri kerana mereka langsung bukan adik-beradik kerana berlainan ibu dan bapa dan langsung tiada pertalian darah.

Anak-anak yang tiada pertalian darah tidak boleh dipanggil adik-beradik kerana mereka boleh berkahwin dan tidak mewarisi harta. Besar kesannya. Mereka adalah ajnabi, orang asing. Tiada pertalian.

Sukar jaga batas pergaulan? Perlu dididik sejak awal. Ia sama sahaja seperti anak angkat, kakak ipar, abang ipar atau isteri kepada pakcik. Nak duduk serumah tiada masalah, jaga sahajalah batas aurat dan janganlah berpeluk cium pula ya.


No comments: