Sunday, 28 November 2021

BERILAH KURNIAAN TERBAIK

Image result for JODOH NUR FAZURA

Bismillah...Ya Allah, berilah kurniaan terbaik. 

Cukuplah aku mencintaimu di dalam hati. Menyalurkan rinduku melalui doa di setiap sujudku. Satu warkah yang cukup bermakna Surat Lamaranku. 

Cinta ibarat seperti orang berperang. Mudah dinyalakan tetapi sukar untuk dipadamkan. Sedihnya kalau orang main-mainkan perasaan.

Mencintai kerana Allah SWT ada syarat dan tindakan. Bukan sekadar cakap dimulut je. Apabila mengetahui kehidupan akan datang sangat mencabar dan kekuatan iman diperlukan maka tentu sekali pemilihan pasangan perlu diteliti. Ya, komitmen agama dan akhlak baik.

Dugaan yang datang, rosak akhlak dan kurang agama. Tidak ikhlas. Ya Allah, jauhkanlah lelaki seperti ini. Sebab itu, mereka tidak kisah untuk menyakiti hati sesama muslim. 

Firman Allah SWT:
A022
Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu. (Adz-Dzaariyaat 51:22)

Untuk dapat kurniaan terbaik, rahmat Allah SWT memberi peluang kepada hambaNya untuk bertaubat Nasuha. Ini rahmat Allah SWT seperti firmanNya:

A008
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".(At-Tahriim 66:8)

Semoga Allah SWT mengurniakan pasangan terbaik. Amin


No comments: