بِسمِ اللَّهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيمِ
إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَتُوبُ إِلَيْهِ، ونعوذُ باللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا، ومِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، لَا نَبِيَّ بَعْدَهُ
Tadabbur surah Abasa Ayat 1-10
Pengenalan Surah ,
Insha Allah pagi ini kita akan sambung tadabbur Al Quran daripada juzuk عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ ataupun juzuk yang ke 30 dan hari ini kita masuk surah yang baru setelah masuk surah At Takwir kita masuk surah Abasa .
Surah ini adalah surah Makkiyyah diturun sebelum Nabi berhijrah ke Madinah Al Munawarah , Ada pendapat ia diturunkan setelah surah An Najm.Ayatnya ialah 42 ayat .Kata Sheikh Al Maradhi didalam tafsirnya kaitan surah Abasa dengan surah sebelumnya iaitu surah An Nazi’at ,jika dihujung surah An Nazi’at Allah menceritakan .
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِي
إِنَّمَآ أَنتَ مُنذِرُ مَن يَخۡشَىٰهَا
Kamu hanyalah pemberi peringatan bagi siapa yang takut kepadanya (hari berbangkit)( An Nazi’at : 45 )
Allah beritahu tugas utama Nabi SAW ialah hanyalah engkau ialah مُنذِرُ pemberi peringatan kepada manusia ,secara umumnya Nabi adalah pemberi peringatan kepada semua رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ tapi akhirnya yang benar-benar mengambil peringatan dan terkesan dari tazkirah Nabi ialah مَن يَخۡشَىٰهَا orang yang betul-betul takut dengan kepada peringatan ataupun takut kepada Azab Allah SWT.
Jadi dihujung surat An Nazi’at Allah beritahu peranan utama ataupun satu-satunya tugas Nabi Kita SAW ialah مُنذِر .dan مُنذِر Nabi terkesannya ialah kepada orang yang mempunyai sifat مَن يَخۡشَىٰهَا takut kepada Allah, takut kepada azab Allah.
Maka selepas surah An Nazi’at ialah surah Abasa antara inti pati utama surah Abasa ialah cerita tentang contoh ,siapa kah orang-orang yg betul-betul يَخۡشَىٰهَا yang betul-betul takut pada Allah ,takut kepada azab Allah ,contohnya seperti yang contohnya dalam surah Abasa dan kita akan tadabbur pagi ini ,orang itu yang menjadi contoh ,buka orang yang hebat bukan tokoh pemimpin sahabat bukan orang yang kaya tapi dia hanyalah seorang yang buta dan sorang yang miskin iaitu Abdullah bin Ummi Makhtum.
Sebelum kita tengok dan tadabbur surah ini ,Cuba kita tengok Asbabul Nuzul sebab turun 10 ayat yang pertama surah Abasa.Ada kisah disebalik turunnya ayat 1 hingga ayat 10 iaitu disebut dalam hadis yang shahih ketika Nabi sedang berdakwah kepada pembesar-pembesar Quraisy seperti Uqbah ,Shaibah kedua-dua itu anak kepada Ra’biah dan Abu Jahal ,Umaiyah Bin Khalaf , Al Ab’as Bin Abi Thalib beberapa pemimpin musyirikin Mekah yang antara sasaran dakwah Nabi ialah pemimpin Mekah dengan harapan pemimpin memeluk islam maka lebih mudah untuk orang dibawah akan ikut ,Sebab kebiasaan orang dibawah akan mengikut pemimpin mereka ,jika pemimpin masuk islam maka yang lain akan mudah memeluk islam itu antara target Nabi SAW dan strategi .
Dan ketika Nabi SAW sedang berdakwah kepada pembesar-pembesar Quraisy datanglah seorang yang telah memeluk Islam tetapi dia adalah seorang yang buta dan Namanya ialah Abdullah bin Ummi Makhtum dia adalah orang yang awal memeluk Islam ,Di awal tahun pertama Nabi telah memulakan dakwah di Mekah dan dia telah memeluk Islam. Nama penuhnya ialah Abdullah bin Amru bin Ummi Makhtum,kenapa disandarkan kepada Ummi Makhtum ,biasanya Ummi ni adalah untuk emak , Ada pendapat mengatakan , Orang Arab bila keturunan emak itu lebih baik daripada keturunan bapa maka di sandarkan kepada emak .Maka dipanggil Abdullah bin Ummi Makhtum bukan Abu…itu adalah antara adat Jahiliah .
Dia juga sepupu kepada Khadijah RA ( Ummu Mukminin ) dan dia yang awal memeluk Islam dan dia juga adalah antara orang yang berhijrah ke Madinah Al Munawarah. Ada riwayat mengatakan setelah Mas’ab Bin Umair menjadi Duta pertama di Madinah Al Munawarah selepas pada itu ialah Abdullah bin Ummi Makhtum pula berhijrah ke Madinah dan sebelum Baginda Nabi SAW berhijrah beliau terlebih awal dahulu pergi berhijrah .
Jadi cerita Nabi berdakwah kepada pembesar Quraisy ketika itu datang Abdullah Bin Ummi Makhtum yang buta dan apa yang dia minta dari Abdullah Bin Ummi Makhtum,
Kata nya ,
Wahai ya Rasulullah ajar lah aku apa yang diajar Allah kepada kamu ,atau pun bacalah kepada aku apa yang Allah ajarkan kepada kamu…,setelah Nabi mendengar permintaan daripada Abdullah bin Ummi Makhtum , yang ketika itu Nabi sedang sibuk berdakwah kepada pembesar Quraisy diMekah .
Apa reaksi Nabi ketika itu , Reaksi Nabi ketika itu Allah sebut didalam surah ini …
MULA
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِي
عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ
Dia (Muhammad) telah bermuka masam dan berpaling,( Abasa : 1)
Dan ayat ini Allah turunkan direct terus kepada Nabi ,sepatutnya ayat ini bunyi macam mana ?? عَبَسْتَ ,uslub al hithab iaitu engkau ,engkau telah bermasam muka kemudian وَتَوَلَيْتَ engkau telah berpaling .tetapi Allah tidak menggunakan dhomir muqhatab sebaliknya Allah menggunakan uslub ghaib seolah Nabi itu orang ketiga tidak ada dihadapan itu.,padahal ayat itu direct kepada Nabi SAW dan reaksi Nabi ialah ,dia telah berpaling.
Jadi dua reaksi Nabi ketika Abdullah bin Ummi Makhtun datang ketika Nabi sibuk berdakwah kepada pembesar Quraisy . Reaksi pertama dengan bermasam muka dan yang kedua ialah dengan fizikal Nabi.
Allah nak memberi tahu bahawa Nabi ini bukan setakat bermasam muka dengan Abdullah bin Ummi Mahtum tapi lebih daripada itu dia berpaling fizikalnya.
Jadi ayat ini jika kita baca tafsir , Allah ( a’kaba ) عِتَابْ iaitu dalam bahasa arab ialah mencela … jadi didalam ayat ini Allah hendak menegur Nabi bermakna Nabi pun buat silap iaitu , adakah dengan bermasam muka dan berpaling adakah sebab tujuan ada kepengtingan diri atau juga untuk agama Allah ??Jadi dimanakah kesilapan Nabi ??Sebabnya ialah Nabi rasa terganggu sebab Nabi SAW sedang buat kerja dakwah juga bahkan target Nabi kerja dakwah yang sedang Nabi lakukan adalah jauh lebih besar daripada Nabi melayan seorang yang buta.
Kata Ulama , Nabi bukan silap sebenarnya menkhilaful awla ,Cuma Nabi meninggalkan yang utama dan mengurangkan yang utama,itu lebih tepat.
Ulama mengatakan sebab Rasulullah adalah kekasih Allah ,Khalilullah ,orang yang paling Allah cinta , manusia yang paling Allah sayang ,Jadi bila Allah nak tegur hambanya yang paling dia cinta Allah tidak sampai hati mengatakan engkau telah bermasam muka ,maka Allah telah menggunakan bahasa seolah orang ketiga ,Dia telah bermasam muka.
Jadi disini kita dapat belajar iaitu bila kita hendak menegur orang yang kita sayang sebaik-baiknya jangan sebut sesuatu perkataan yang dia terasa.Jika kita sayang pada isteri dia buat silap ,kita kata apa …kenapa engkau malas, jangan guna malas …kita guna kenapa dia malas ,isteri pun tanya ..siapa dia itu..kita kata paham-paham la ,itu lah bahasa yang nak menegur orang yang dia sayang .
Jadi ayat pertama ini ,selain daripada pengajarannya ialah bagaimana kita hendak menegur orang yang kita sayang supaya dia kurang terasa dan yang kedua bila nabi bermasam muka dan berpaling mengambarkan ,menunjukkan pengajaran yang lebih besar dari gaya bahasa itu .
Kenapa Nabi terasa terganggu ??Sebab nabi merasa Abdullah bin Ummi Makhtum sedang mengganggu usaha nabi untuk berdakwah kepada kelompok yang lebih ramai maka Nabi rasa mengganggu …kenapa ?? sebab itulah sifat Nabi iaitu حَرِيصً iaitu tamak jika buat yang ini seorang sahaja masuk Islam ataupun seorang sahaja beriman kalau focus yang sana mungkin seratus orang ,Nabi nak focus yang ramai itu dipanggil sifat حَرِيصً sangat tamak ,kalau boleh Nabi nak seribu orang masuk Islam daripada seorang jadi Nabi rasa terganggu dengan Abdullah bin Ummi Makhtum bukan sebab kepentingan diri tapi sebab kepentingan agama Allah.kerana sifat terlalu tamak nak ramai orang masuk Islam ,Nabi rasa Abdullah bin Ummi Makhtum macam mengganggunya.
Jadi sebenar dalam Allah nak menegur Nabi disitu juga ada sifat yang hebat yang mulia yang ada pada Nabi iaitu bersungguh-sungguh untuk seramai yang mungkin memeluk Islam .
Kemudian Allah beritahu kenapa sebabnya …
أَن جَآءَهُ ٱلۡأَعۡمَىٰ
karena telah datang seorang buta kepadanya.( Abasa : 2 )
Bahawa telah datang kepadanya orang buat ,Allah tidak sebut nama tapi Allah sebut sifat dia..soalannya kepana Allah tidak menyebut nama ?Allah sebut sifat ..boleh tak kita mengelarkan orang sibuta ,sitempang ,sikudung …Boleh ataupun tidak ??Dalam ayat ini Allah mengatakan telah datang sibuta…jika tidak boleh kenapa Allah gelarkan ??
وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَٰبِۖ
janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain( Hujurat : 11 )
Jangan kamu mengelar-gelar antara satu sama lain ,tidak boleh dan ada dalil ..tetapi sekiranya gelaran itu tidak menjadi masalah kepada orang itu dan dia pun suka tidak ada masalah maka kita gelarkan.,ataupun kita gelarkan dia untuk perkenalkan ,katakanlah didalam kampung itu terdapat 3 orang buta ,ada seorang yang buta ,kita cakap namanya Abdullah yang buta itu tujuannya untuk memperkenalkan ,itu tidak apa…bila jadi haram ??? bila orang yang kita gelar itu tidak suka dan menyakitkan hatinya.Pengajarannya jika orang itu suka dan tidak mengecilkan hatinya maka tidak ada masalah.
Dan yang kedua ,kenapa Allah tidak menyebut nama ??Bahkan Allaj kata yang buta.Jika bahasa kita menggunakan perkataan mencela macam berat sangat , tapi bahasa arab عِتَابْ itu cela tapi kalau ,teguran nampak ringan sangat .
Allah nak menegur Nabi lebih tegas sehingga Allah sebut ,orang itu buta macam mana kamu boleh layan dia dalam keadaan dia buta.,bila dia buta adakah nampak apa yang berlaku di hadapan dia ???bermakna Allah hendak beritahu kalau orang itu tidak buta kamu tidak layan pun salah tapi kalau dia buta maka lagi salah ..sebab kamu kena raikan dan dia bukan tahu keadaan berapa orang dihadapan dan berapa orang ketika itu tiba-tiba kamu tidak layan lagi tidak betul.
Jadi penekanan teguran kepada Nabi dengan Allah menyebut siapa orang yang kamu berpaling itu.
Dan yang kedua Allah nak beritahu kemulian Abdullah bin Ummi Makhtum ,Jadi bila Allah sebut sifat dia buta sebenarnya Allah nak beritahu kemuliaan Abdullah bin Ummi Makhtum..walaupun buta datang dari jauh nak belajar agama,Hebat tak Abdullah bin Ummi Makhtum sehingga Allah hendak mengangkat .disitu juga bahawa ,kalau kita hendak belajar kena جَآء ..siapa kena datang kepada siapa ??bukan Nabi datang kepada Abdullah bin Ummi Makthum tapi dia sendiri datang kepada Nabi maknanya jika kita hendak belajar kena datang pada guru bukan guru datang kepada pelajar…
Kemudian Allah menegur lagi …
وَمَا يُدۡرِيكَ لَعَلَّهُۥ يَزَّكَّىٰٓ
Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa),( Abasa : 3 )
Dan tahukah kamu semoga dia mensucikan diri daripada dosa ,sifat yang buruk.Jadi maksud ayat yang ketiga ini bahawa Allah hendak menegaskan lagi teguran kepada Nabi ,macam mana kamu boleh berpaling daripada dia ???kamu tahu tak niatnya apa dia ???jikai niatnya bagus maka sepatutnya kamu layan dan kalau kamu tidak tahu buat macam kamu tidak tahu jangan anggap secara umum bahawa sebab dia buta sebab dia miskin tidak perlu dilayan dan disini juga Allah nak beritahu mad’u yang paling dan patut kita utamakan ..ini pembesar ,pemimpin ada kuasa ada pengikut ,ini buta miskin seorang tidak ada pengikut tapi hatinya bersih dan dia datang hendak bersihkan diri yang manakah kita perlu utamakan.??
Disini juga Allah henndak menegur Nabi dan sebenarnya teguran ini adalah satu syariat , satu pendekatan dakwah yang Allah hendak ajarkan kepada kita melalui satu kisah berlaku sahaja pada Nabi ..iaitu sebagai panduan .
Jadi jika ada pembesar empat lima orang ,orang kaya sepuluh orang ramai pengikut tetapi tidak ikhlas beberapa kali sudah diberitahu tidak berubah dan disini ada seorang sahaja yang miskin dan dia buta pula tidak ramai pengikut tapi dia ikhlas maka Allah mengajar kita utamakan yang seorang , Kenapa Allah kata utamakan yang seorang yang tidak ada pengikut …Sebab dia ikhlas dan kualiti ,sebab Islam utamakan yang kualiti bukan kuantiti.
Yang keduanya , pembesar Quraisy ini belum lagi masuk Islam dan Abdullah bin Ummi Makhtum sudah memeluk Islam ,disini pengajarannya ialah ,agama lebih mengutamakan yang telah Islam kerana mereka sudah Islam dan mereka hendak belajar Islam dengan lebih betul dan tepat ..adapun pembesar Quraisy masih belum lagi islam maka dahulukan orang islam terlebih dahulu.
Kecuali ada sesetengah orang itu ada kelebihan berdakwah kepada orang yang non muslim jika pergi kepada orang Islam dia FAIL maka bagilah kepadanya untuk berdakwah kepada Non Muslim jika dia ada kepakaran seperti Dr.Zakir Naik. Jika seperti orang Dr Zakir Naik dakwah di kampung apa akan jadi ??
أَوۡ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ ٱلذِّكۡرَىٰٓ
atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?( Abasa : 4 )
Atau dia ambil peringatan ,lalu memberi menafaat kepadanya peringatan .
Jadi Allah katakan dua .
1) Abdullah bin Ummi Makhtum kamu tidak tahu mungkin dia datang hendak mensucikan diri .
2) Dia datang hendak mendengarkan peringatan dan memberi menafaat kepadanya.
Allah hendak menberi tahu tujuan peringatan ,tujuan tazkirah ,tujuan pengajaran dan kemuncaknya ialah mensucikan hati dan memuliakan akhlak.Jadi tazkirah bila memberi menafaat dia akan يَزَّكَّىٰٓ.
Allah juga sebut tugas Nabi ialah ,
وَيُعَلِّمْهُمُ الكِتَب وَالحِكمَة وَيُزَكِّهِم
Proses pengajaran , Al Quran dan As Sunnah dan (kemuncaknya ialah )membesihkan hati-hati manusia daripada syirik ,kufur dan juga akhlak yang buruk.
Tahukah kita setelah turunnya ayat ini yang menegur Nabi kerana Nabi tidak melayan Abdullah bin Ummi Makhtum akhirnya selepas turun ayat ini sekali lagi Nabi jumpa Abdullah bin Ummi Makhtum dimana-mana Nabi ucapkan اهلاوسهلا يا من عا تبني ربي bila jumpa sahaja Abdullah bin Ummi Makhtum ,Nabi memuiakan nya ,sebab kerana Abdullah bin Ummi Makhtum yang butalah Nabi ditegur oleh Allah dan bila berjumpa dengannya Nabi mengucapkan ,Wahai orang yang Allah mencela aku kerana dia .Dan setiap kali Nabi hendak pergi berperang Nabi SAW melantiknya Abdullaj bin Ummi Makhtum sebagai Imam untuk sebagai Imam dalam solat berjemaah dalam riwayat mengatakan sebanyak 13 kali Abdullah bin Ummi Makhtum menjadi Imam untuk mengantikan Nabi, bila Nabi keluar berperang keluar Madinah Nabi melantik Abdullah Bin Ummi Makhtum sebagai penggantinya sebab kerana dialah Nabi dicela atau ditegur oleh Allah SWT.
Sejarah dia juga adalah antara kemuliaannya ialah walaupun dia buta tapi dia pernah pergi berperang bahkan dia mati dalam peperangan Al Qhadisiah ( القا دسية ) mati syahid , dalam perperangan itu dia berkata , bagi bendera kepada aku ,yang selalu pegang bendera ialah ketua sebab aku buta dan aku tidak boleh lari dan akhirnya dia mati dalam peperangan القا دسية .
Antara pengajaran yang paling besar ialah bagaimana Nabi dan Al Quran mendidik para sahabat yang miskin sehingga mereka boleh menjadi orang yang mulia boleh menggantikan tempat Nabi menjadi Imam boleh pergi ke medan perang menjadi panglima perang bahkan mati dalam peperangan walaupun matanya buta tetapi hatinya celik.
Kemudian Allah huraikan yang tidak sepatut Nabi buat ,iaitu
أَمَّا مَنِ ٱسۡتَغۡنَىٰ
Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup,( Abasa : 5 )
Jika غَنِيً ialah kaya ,dan yang kaya hanyalah Allah , Allah sebut dalam surah .
۞يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِيُّ ٱلۡحَمِيدُ
Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.( Fathir : 15 )
كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ
Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,( Al Alaq : 6 )
أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ
karena dia melihat dirinya serba cukup.( Al Alaq : 7 )
Makna Allah kata dia tidak kaya pun cuma dia lihat dirinya perasan kaya ,ketika itu manusia akan merasa dia mula melampau dan tidak akan mentaati perintah Allah.
مَنِ ٱسۡتَغۡنَىٰ ,orang yang rasa serba cukup , Allah nak huraikan kepada siapa Nabi berdakwah kepada siapa ,dan Abdullah bin Ummi Makhtum datang .
فَأَنتَ لَهُۥ تَصَدَّىٰ
maka kamu melayaninya.( Abasa : 6 )
وَمَا عَلَيۡكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ
Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman).( Abasa : 7 )
Tidak menjadi dosa keatas engkau wahai Muhammad kalau orang yang ada kuasa tidak mensucikan diri.( tidak beriman )tidak menjadi dosa keatas engkau.
Kenapa Allah tegur ,sebab Nabi rasa bersungguh-sungguh rasa tamak dan rasa macam bersalah maka Allah hendak tenangkan hati ,kamu dah jalankan tanggung jawab dan sudah sampaikan masej mereka tidak beriman itu bukan dosa kamu jadi itu dosa mereka.
Jadi pengajaran untuk kita ialah ,Bila kita patut rasa bersalah bila tengok orang tidak beriman ??bila kita telah buat habis-habisan ,jika kamu rasa bersalah sebab kamu tidak berdakwah maka pergilah berdakwah asyik rasa bersalah sahaja tapi tidak bergerak pun .
Sebab ituah banyak didalam Al Quran Allah menegur Nabi seperti dalam ayat surah Al Kahf
فَلَعَلَّكَ بَٰخِعٞ نَّفۡسَكَ عَلَىٰٓ ءَاثَٰرِهِمۡ إِن لَّمۡ يُؤۡمِنُواْ بِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَسَفًا
Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran).( Al Kahf : 6 )
Allah kata moga-moga engkau ini بَٰخِعٞ dalam bahasa arab bermakna حَلِكً macam nak bunuh diri ,nak binasakan diri engkau ,kenapa ?? Nabi rasa kecewa rasa macam nak bunuh diri??iaitu عَلَىٰٓ ءَاثَٰرِهِمۡ kesan yang ada pada orang kafir bahawa mereka tidak beriman بِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ dengan Al Quran ini,sebab Nabi rasa أَسَفًا sedih,Sebab kerana terlalu sedih sampai tahap إِن لَّمۡ يُؤۡمِنُواْ بِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ inilah sifat Nabi ,Nabi dah berdakwah pagi petang sampai kena baling batu tapi bila orang tidak beriman buka Nabi marah tapi Nabi sedih.
وَمَن كَفَرَ فَلَا يَحۡزُنكَ كُفۡرُهُۥ
Dan barangsiapa kafir maka kekafirannya itu janganlah menyedihkanmu.( Lokman : 23 )
Setelah kamu berdakwah dia tetap kufur maka Nabi sedih ,bila Nabi sedih Allah tegur Nabi , Maka kekufurannya itu janganlah menyedihkan kamu (Subhanallah ) jadi makna perkara yang menyedihkan hati Nabi sepanjang hidup Nabi ialah sebab mereka tidak beriman .
Jika ada orang hantar surat menegur kita ,kita tunjuk tak pada orang lain , kita tidak akan menunjukkan surat itu sebab malu ,tapi bukan pada Nabi ,bukan setakat dalam surah ini sahaja tapi dalam surah yang lain pun ada seperti At Tahrim (يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ )dalam surah Al Ahzab yang bila ( Zaid bin Harisah ,ada masalah dengab isterinya zainab )Jadi dia meminta pandangan dari Nabi , patutkah aku menahan rumah tangga ini ataupun aku menceraikan ,Apa nasihat Nabi … pegang isteri kamu jangan cerai, jadi Allah tegur kenapa kamu tidak cerita yang benar dalam hati kamu ?? Sebab Nabi tahu ,suatu hari Zaid akan ceraikan isterinya dan Nabi akan berkahwin dengan Zainab , maka Allah menegur Nabi apa yang kamu sembunyikan dalam diri kamu …dan Nabi cerita pada semua umatnya tentang teguran Allah kepada Baginda SAW.
Jadi apakah pengajaran daripada itu , ayat yang Allah tegur Nabi pun cerita pada orang sepatutnya Nabi sembunyikan ??
1) Sifat amanah Nabi ,Itu lah bukti Al Quran daripada Allah dan jika daripada Nabi tentulah Nabi sembunyikan bila datang daripada Allah maka Nabi sampaikan walaupun ayat itu menegur baginda SAW.
2) Jika ada dua situasi ,ada golongan kaya ,golongan pembesar kita tengok mereka sudah belajar tetapi tidak berubah dan ada orang miskin jemput kita bagi tazkirah pergi rumah dia tapi dia miskin buta pula kemudian ada anak OKU ,kita tidak masa sama ada kita buat pilihan untuk pergi kerumah orang kaya yang kita tengok dia sudah lama beajar tapi tidak berubah dan bayaran nya lumayan dan orang miskin ni kita pula yang hendak kena bawa keluarkan duit yang mana kita patut pilih tapi realitinya dan hakikatnya banyak ustaz-ustaz pergi kerumah orang kaya kan …kenapa ?? kalau kita pergi ke rumah orang miskin kita kena bawakan makanankan .. jadi cabaran nya besar .
Jadi pengajaran kedua kita kena utamakan yabg miskin ,walaupun dia miskin walaupun dia seorang ,walaupun dia cacat tapi kalau dia ikhlas maka kita kena lebih utamakan nya walaupun kita tidak mendapat apa-apa bayaran.
3) Antara orang yang Non Muslim dengan orang yang sudah islam tapi banyak lagi amalannya yang perlu diperbetulkan dan kita pun tidak mempunyai banyak masa yang manakah kita patut utamakan ??? kita kena utamakan yang miskin dan yang sudah Islam tapi tidak ada masalah sekiranya kita ada masa untuk pergi berdakwah kepada Non Muslim tidak ada masalah sebab dalam masa yang sama Nabi pun tetap berdakwah kepada orang Non Muslim.
4) Kesempurnaan manusia bukan terletak pada fizikalnya ramai yang sihat wal’afiat boleh boleh celik ada kuasa ada harta tapi hatinya buta tidak boleh harap langsung untuk membantu islam .sebaliknya ada orang yang buta matanya tapi hatinya celik sampai satu tahap boleh mengantikan Nabi untuk menjadi imam dalam solat dan menguruskan kota Madinah.
Dan Abdullah bin Ummi Makhtum juga seorang muazzin Rasulullah SAW walaupun dia buta tapi dia boleh melaungkan azan tepat pada waktunya.
Jadi kemuliaan manusia bukan terletak kepada fizikalnya yang sempurna
Jika kita tengok orang Islam sekarang yang menjadi kebiasaan kepada kita ialah bila kita tengok orang miskin ,rumah pun teruk makanan pun tidak ada dengan orang miskin yang tidak solat,yang manakah kita sedih dengan kedua itu??,kalau orang kafir mereka tengok orang miskin yang lapar mereka tengok mereka sedih tak?? Jadi kalau orang kafir tengok orang miskin yang lapar mereka sedih tak ??Kita pun sedih tengok mereka yang lapar…Jadi apa bezanya kita dengan orang kafir.
Yang membezakan kita dengan orang kafir ialah mereka tidak beriman ,sebab itulah jika kita lihat sejarah orang fakir di zaman Nabi ,sebenarnya mereka lebih dahsyat dari orang fakir zaman kita…betul tak ?lebih dahsyat …kadang-kadang 1 hari ,10 hari tak makan ,kadang-kadang makan kurma sahaja setiap hari lagi dahsyat.Tetapi fakir di zaman Nabi adalah fakir yang mulia .
Cuba tengok Abdullah bin Ummi Makhtum ,pergi belajar agama dengan Nabi kemudian pergi berperang sampai mati syahid dan bila Nabi duduk dengan orang musyirikin Mekah dan mereka meletakkan syarat , jika kamu hendak kami mendengar tazkirah kamu…syaratnya ialah halau orang miskin ataupun asingkan antara kelas kami dengan mereka jangan satukan ,
Maka Allah tegur Nabi dalam Surah Al An’am ,
وَلَا تَطۡرُدِ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ رَبَّهُم بِٱلۡغَدَوٰةِ وَٱلۡعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجۡهَهُۥۖ مَا عَلَيۡكَ مِنۡ حِسَابِهِم مِّن شَيۡءٖ وَمَا مِنۡ حِسَابِكَ عَلَيۡهِم مِّن شَيۡءٖ فَتَطۡرُدَهُمۡ فَتَكُونَ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ
Dan janganlah kamu mengusir orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan petang hari, sedang mereka menghendaki keridhaan-Nya. Kamu tidak memikul tanggung jawab sedikitpun terhadap perbuatan mereka dan merekapun tidak memikul tanggung jawab sedikitpun terhadap perbuatanmu, yang menyebabkan kamu (berhak) mengusir mereka, (sehingga kamu termasuk orang-orang yang zalim).( Al An’am : 52 )
Cuba tadabur pada ayat ini , Bila orang kafir minta pada Nabi kalau kamu hendak berdakwah pada kami asingkan ataupun halau keluar orang miskin jangan ada dengan kami dan Allah turun ayat ini dan menegur Nabi .
Kata Allah , Jangan kamu halau ,( Allah tidak menyebut sifat miskin mereka ,sebaliknya Allah sebut sifat mulia mereka) yang ada pada mereka iaitu mereka yang sentiasa berdoa ,beribadat kepada tuhan mereka pagi dan petang.( Inilah kemuliaan orang miskin di zaman Rasulullah ,walaupun miskin harta akan tetapi mereka tidak miskin iman dan amal )
Dan mereka ini hanya nak redha Allah ,( Matlamat orang miskin di zaman Rasulullah hanya nak Allah redha pada mereka sahaja )kemudian tidak ada ke atas engkau مَا عَلَيۡكَ مِنۡ حِسَابِهِم apa yang kesalahan orang miskin buat ,bukan menjadi kesalahan ke atas engkau مِّن شَيۡءٖ dan juga kamu membuat salah pun tidak menjadi bebanan kepada orang miskin,( Iaitu dosa mereka adalah dosa mereka dan dosa engkau adalah dosa engkau ) tapi tugas engkau sentiasa bersama mereka.
Dan Allah kata فَتَطۡرُدَهُمۡ kalau kamu halau mereka ,maka kamu menjadi orang yang zalim.
Jadi walaupun Nabi , tapi boleh tak kemungkinan menjadi orang yang zalim ialah dengan menghalau orang miskin.Sekarang ramai tak orang Islam halau orang miskin?tapi konteks ini ialah lebih besar iaitu menghalau orang miskin daripada majlis Ilmu.
Kadang-kadang kita tidak beri barang salah ,tak bagi makanan pun salah tapi kesalahan dan kezaliman yang paling besar ialah kita tidak beri ilmu pada mereka itu termasuk manghalau mereka.
Sebab itulah orang miskin bila mereka faham agama ,mereka tidak minta makanan ,mereka tidak meminta beras tapi mereka minta ilmu.
وَلَا عَلَى ٱلَّذِينَ إِذَا مَآ أَتَوۡكَ لِتَحۡمِلَهُمۡ قُلۡتَ لَآ أَجِدُ مَآ أَحۡمِلُكُمۡ عَلَيۡهِ تَوَلَّواْ وَّأَعۡيُنُهُمۡ تَفِيضُ مِنَ ٱلدَّمۡعِ حَزَنًا أَلَّا يَجِدُواْ مَا يُنفِقُونَ
dan tiada (pula) berdosa atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kendaraan, lalu kamu berkata: "Aku tidak memperoleh kendaraan untuk membawamu". lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata karena kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan.
( At Tawbah : 92 )
وَجَآءَ مِنۡ أَقۡصَا ٱلۡمَدِينَةِ رَجُلٞ يَسۡعَىٰ قَالَ يَٰقَوۡمِ ٱتَّبِعُواْ ٱلۡمُرۡسَلِينَ
Dan datanglah dari ujung kota, seorang laki-laki dengan bergegas-gegas ia berkata: "Hai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu".( Ya Sin : 20 )
ٱتَّبِعُواْ مَن لَّا يَسَۡٔلُكُمۡ أَجۡرٗا وَهُم مُّهۡتَدُونَ
Ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.( Ya Sin : 21 )
Allah cerita seorang lelaki , Allah tidak menyebut namanya sebab nama tidak penting ,Telah datang seorang lelaki dari hujung kota ( Bermakna dia datang kebandar dan dia pergi berdakwah di kota ) sebab ramai yang mengejar dunia tempat nya di kota , sebab pusat nak kejar dunia di kota sebab itu tidak ada shopping mall di kampung.
Yang kedua yang berdakwah ini adalah orang dari luar bandar ,bermakna yang mudah beriman ialah orang kampung.
Kemudian siapakah dia Nabi?Ulama?bukan..Allah kata رَجُلٞ nak berdakwah tidak semestinya Nabi ,tidak semetinya ulama ,tidak semestinya ustaz Cuma orang biasa .
Kemudian sifatnya يَسۡعَىٰ bersungguh-sungguh ,kalau berdakwah mesti bersungguh-sungguh jangan ditangguh tengok-tengok sepuluh orang yang dah mati
Setelah sampai kebandar itu dia pun berdakwah direct kepada kaum dia ,dan kena face to face ,kena mengadap,tidak boleh pakai telegram atau whatsapps
قَالَ يَٰقَوۡمِ ٱتَّبِعُواْ ٱلۡمُرۡسَلِينَ
Wahai Kaum aku , ikutlah ( di sini ada pengajaran , bila kita berdakwah ikutilah Rasul , jangan ajak kepada guru kita ,kepada kita …jangan…sesekali ,Berdakwah biarlah jelas jangan sekali-kali mengajak kepada parti ,Jemaah atau pun sebarang bentuk kumpulan sebab jika sebutkan itu mesti ada kelemahan )
Akan tetapi jika menyebut kepada Nabi ataupun Rasul pasti tidak ada kelamahan kerana ia datang daripada wahyu.
Sebab yang kedua yang kena ikut Rasul ialah hendak dia beritahu ialah sebab dia tidak ada kepentingan ,jika Rasul amik upah mesti kena fikir sepuluh kali pasti ada kepentingan ,kalau ustaz ambil upah fikir dua puluh kali mesti ada kepentingan.
Nak belajar kena bayar,tapi bila dah belajar tidak boleh sampaikan ilmu .
Kemudian sebab ketiga yang kena ikut Rasul ialah ,sebab mereka sentiasa mendapat hidayat Allah وَهُم مُّهۡتَدُونَ ini lah ciri-ciri pendakwah .
1) Mesti sampaikan apa yang Rasul sampaikan
2) Jangan ambil upah
3) Mesti sentiasa dalam Hidayat Allah SWT.
Jadi bila nak belajar jangan tangguh ,bila nak berdakwah pun jangan tangguh .
Allah puji lagi Abdullah bin Ummi Makhtum,selain daripada dia ikhlas datang bersungguh-sungguh kepada engkau.Apa lagi sifat terpuji daripada dia ??
وَهُوَ يَخۡشَىٰ
sedang ia takut kepada (Allah),( Abasa : 9 )
Dan dia يَخۡشَىٰ apa makna perkataan ini ?? khusyuk atau pun takut ??ialah sifat takut kepada Allah…daripada manakah sifat ini ?? daripada Ilmu dalilnya
إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَٰٓؤُ
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Fatir : 28 )
Di sini Allah nak bagi definasi Ulama, Apakah definasi ulama…yang ada PhD ??yang ada habis Sunan Sittah ??Bukan …siapakah Ulama ?? Ulama ialah siapa yang takut pada Allah ,
Jadi Abdullah bin Ummi Makhtum ulama tak ???Ulama , jadi jangan tengok pada pengajian ,jangan tengok berapa lama dia belajar..tapi tengoklah sejauh mana dia takut pada Allah…bila azan berhenti tak urusan pergi solat..
Kemudian Allah sebut ,
فَأَنتَ عَنۡهُ تَلَهَّىٰ
maka kamu mengabaikannya.( Abasa : 10 )
Jadi salah tak Nabi abaikan Abdullah bin Ummi Makhtum ?? sebab Nabi tidak melayan Abdullah bin Ummi Makhtum ialah kerana Nabi fokuskan dakwah yang lebih besar jadi bukan salah Cuma kita kata khilaful awla iaitu mengurangkan yang kurang utama.
Jadi apakah pengajaran yang paling besar daripada ayat 1 sehingga ayat 10.
Ayat ini Allah menegur Nabi dipanggil عِتَابْ ataupun teguran yang agak keras ,tapi Nabi sampaikan tak yang Allah menegurnya pada umat?? Nabi sampaikan maka ada pengajaran di situ .
Cuba faham keadaan orang miskin di zaman Rasulullah , terlalu mulianya mereka bukan setakat mereka tidak meminta harta ,tidak meminta rezeki ,tapi mereka sedih bila tidak dapat buat satu benda ini .
Cuba kita tadabbur ayat ini , Ini berkenaan tentang bila Nabi SAW istihar jihad ,ada sahabat yang tidak boleh pergi ada yang cacat ,sakit dan bila mereka tidak boleh pergi mereka merasa berdosa walaupun mereka ada keuzuran tetapi rasa berdosa itu tetap ada dam termasuklah yang rasa bersalah ini bila tidak dapat pergi berjuang ialah orang miskin.
Jadi Allah rakamkan keadaan orang miskin bila di istiharkan perang ,Apakah sikap mereka..
Bila sahaja Nabi istiharkan perang ,maka mereka datang minta untuk pergi berparang( Mereka datang bukan untuk mengambil beras, tapi datang untuk turut serta )supaya engkau bawa mereka pergi.
Nabi kata aku tidak ada apa sahaja yang aku boleh bawa kamu untuk kamu pergi berperang ( kenderaan pun tidak ada,kemudahan pun tidak ada ) maka apa sikap orang miskin ( bila datang hendak berjihad bersama Nabi ,Nabi kata tidak boleh pergi )
تَوَلَّوا Mereka berpaling وَّأَعۡيُنُهُمۡ تَفِيضُ dalam keadaan air mata mereka mengalir مَا يُنفِقُونَ kenapa sedih ?? sebab حَزَنًا sedih أَلَّا يَجِدُواْ mereka tidak mendapati مَا يُنفِقُونَ apa yang mereka boleh infaqkan .
Nak infaq harta tidak ada ,nak infaq ruh pun tidak boleh sebab tidak ada kenderaan menyebabkan mereka menangis. Ada tak orang miskin di zaman sekarang macam ni??tak payah orang miskin lah tapi ada tak orang kaya yang nak kita ajak pergi berdakwah ke tempat pendalaman.,susah kan
Sepatutnya di dalam ayat ini ,orang miskin minta makanan daripada Nabi ,tetapi yang mereka minta ialah hendak pergi berjihad dan nak mati syahid bila tak boleh pergi mereka menangis bukan sebabnya ialah kehebatan Rasulullah ,kehebatan Al Quran mendidik orang miskin sampai kelaparan itu bukan masalah bagi mereka akan tetapi masalah mereka ialah apabila tidak dapat memberi sumbangan untuk menegakkan agama Allah.
Kemudian ,Ini cerita orang kaya Allah nak menegur Nabi adapun orang kaya yang ada perangai ٱسۡتَغۡنَىٰ perasan dia kaya ,perasan dia ada kuasa maka engkau layan sepatutnya engkau jangan layan ,sebab engkau sudah beri peringatan berkali-kali mereka tidak mengendahkan ,maka sepatutnya jangan layan.
Kemudian ,
وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يَسۡعَىٰ
Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),
( Abasa : 8 )
Kenapa Allah sebut bersegera ??apakah maksudnya pengajarannya ?? Siapakah yang datang kepada engkau bersegera??iaitu orang miskin.
Kanapa Allah sebut يَسۡعَىٰ mesti ada sebab …dan jika tidak perlu Allah sebut جَآءَ ,sudah cukup jadi apa maksud Allah nak sampaikan ..
Pengajarannya ialah , bila sesorang yang faham agama dia akan bersungguh-sungguh mencari ilmu ,jika dia beriman dia akan bukan cari ilmu sambil lewa ,bukan sekali seminggu ,bukan tunggu orang datang tapi يَسۡعَىٰ bersegera itulah sifat orang yang beriman .Kalaun cari rezeki bersegera tak .keluar pagi daripada sebelum subuh tiba-tiba cari ilmu slow and steadykan sekali seminggu sahaja itu pun kadang-kadang cuti ,bukan ustaz yang cuti tapi dia yang cuti.
1) Orang yang beriman bila dia nak ilmu dia kena datang bukan guru datang pada dia.
2) Sifatnya mesti ada kesungguhan jangan main-main.
Sebab itulah Nabi Musa AS ,bila Allah kata pergi belajar dengan Khidir dia main-main tak ??Di manakah dia pergi belajar ??mana ada kamu kena belajar duduk dekat rumah nanti Khidr datang ,Kamu pergi berjalan tepi laut dah berjalan jauh kemudian baru kamu jumpa dia..Jadi nak beritahu kerja yang mulia itu kena ada usaha yang sungguh-sungguh.
Mohd Hanif Ismail:
Nota Tadabbur Surah Abasa Ayat 11 – 22
Tarikh / Masa : 12 Jul 2021 / 10:30 pagi
Di Sampaikan oleh : U
بِ اللَّهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيمِ
إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَتُوبُ إِلَيْهِ، ونعوذُ باللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا، ومِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، لَا نَبِيَّ بَعْدَهُ
Insha Allah pagi ini kita sambung surah Abasa ,antara surah yang agung yang disebutkan oleh Allah SWT dalam Al Quran dan pengajarannya sangat besar dan penting untuk mereka yang khususnya terlibat dalam dakwah .
Jadi kita sampai kepada ayat yang ke sepuluh (10) daripada ayat pertama (1 ) sampailah ayat yang kesepuluh (10) cerita tentang teguran Allah SWT kepada Rasulullah SAW,Teguran yang Nabi buat itu bukanlah perkara haram ataupun salah tetapi apa yang Nabi buat itu adalah keutamaan apabila dalam dua situasi.
1) Golongan-golongan pembesar yang hendak didakwah yang ramai pengikutnya .
2) Ada seorang miskin ,walaupun dia seorang diri dan miskin dan buta pula tetapi dia betul-betul ikhlas untuk menuntut ilmu untuk mendapat kefahaman agama .
Maka bila berada dalam dua situasi itu ,maka hendaklah utamakan yang betul-betul ikhlas walaupun hanya seorang miskin dan tidak ada pengikut .Jadi apa yang di lakukan oleh Rasulullah bukanlah satu benda yang salah tetapi menyalahi keutamaan.
Tetapi kesilapan ini memberi kesan yang besar dalam dakwah iaitu bila pendakwah hanya menumpukan kepada orang yang berharta yang berpangkat, berkuasa kepada pemimpin-pemimpin yang kebiasaannya mereka susah hendak menerima kebenaran sebab mereka ada rasa ego disebabkan kuasa ,pangkat dan sebagainya.
Dan pendakwah mengabaikan golongan fakir golongan miskin yang sebenarnya mereka tidak ada sifat takabur ataupun sombong dan mereka ini lebih mudah untuk menerima dakwah maka kesannya kalau kita utamakan pembesar dan pemimpin dan mengabaikan yang miskin kesannya ialah banyak pendakwah akan membuang masa ,membuang duit ,membuang tenaga dan kesan yang kedua lagi ramai orang miskin yang terbiar dan jauh daripada agama dan menambahkan lagi penderitaan orang miskin.
Bukan setakat mereka miskin harta tapi ditambahkan lagi dengan kemiskinan yang lebih dahsyat daripada harta iaitu miskin agama,miskin iman.
Jadi kita sudah sebut beberapa pengajaran daripada ayat 1 hingga 10 dalam kelas yang lepas cuma antara pengajaran yang penting ialah sifat penunut ilmu yang dapat diambil daripada pengajaran dan panduan daripada Abdullah bin Ummi Makhtum iaitu ada 3 sifat utama yang perlu ada kepada penuntut ilmu daripada ayat 8 dan ayat 9.
Sifat penuntut ilmu ialah :
1) Allah sebut وَأَمَّا مَن جَآءَكَ Allah sebut perkataan جَآءَك iaitu Abdullah bin Ummi Makhtum datang jadi penuntut ilmu kena datang bukan menunggu .
2) جَآءَك datang kepada Nabi ,Allah sengaja sebut ,dia datang kepada engkau ada pun pembesar Quraisy Allah tidak menyebut أَمَّا مَنِ ٱسۡتَغۡنَىٰ ada pun orang kaya pembesar itu ,Allah tidak kata datang kepada engkau ..kenapa ?? itu perbezaan yang sangat jelas ,orang kaya mereka tidak datang kepada engkau ,engkau ( Muhammad ) yang datang kepadanya ,itu menunjukkan mereka tidak ikhlas. Tapi Abdullah bin Ummi Makhtum datang pula جَآءَك tuju kepada engkau lagi engkau kena bagi perhatian .
3) يَسۡعَىٰ bermakna ,datang dengan bersungguh-sungguh ,bukan main-main,bukan sambil lewa ,bukan setakat penuh masa kosong dan يَسۡعَىٰ juga yang menunjukkan kesungguhan ,bukan berjalan biasa ,kalau berjalan biasa dalam Bahasa arab ia dipanggil يَمشِي tapi kalau يَسۡعَىٰ macam berlari.Sifat yang ketiga penuntut ilmu mesti datang dengan bersungguh-sungguh.
4) Sifat penuntut ilmu mestilah يَخۡشَىٰ mesti ada rasa sifat takut pada Allah yang sebenarnya sifat takut pada Allah inilah menyebabkan ia datang kepada Nabi untuk mendengar ayat Allah untuk faham apa yang Allah cakap da untuk di amalkan sebab dia ada sifat يَخۡشَىٰ ,Jadi cuba bayangkan seorang buta miskin boleh berjalan bersungguh-sungguh berlari untuk mendapatkan ilmu daripada Rasulullah , apa pengajarannya ??
Logiknya seorang buta dizaman sekarang ada tak datang bersungguh-sungguh untuk belajar agama ?tidak ada kan ,kebiasaannya orang buta duduk dekat mana??bersungguh-sungguh untuk cari duit kan..mana ada orang buta datang ke masjid bersungguh-sungguh nak cari ilmu ,Tapi yang celik mata pun tak bersungguh-sungguh datang untuk mencari ilmu,kenapa ??sebab dia buta hati.
Jadi tengok hebatnya Nabi SAW mendidik seorang yang buta sampai dia tidak memperdulikan dia buta dan bila dia faham dan dia celik hati dia akan datang walaupun dalam keadaan dia tidak nampak dan datang pula bersungguh-sungguh dan dalam keadaan takut kepada Allah.
Jadi pengajaran untuk kita sebagai pelajar ,malulah kepada Abdullah bin Ummi Makhtum yang buta pergi cari Nabi pergi cari ilmu.
Dan pengajaran sebagai pendakwah fokuslah kepada
1) Yang miskin.
2) Yang betul-betul ikhlas dan takut kepada Allah dan mereka ini mungkin ada kadang-kadang kita jumpa orang miskin dia jahi agama tapi bila kita hendak tawarkan untuk mengajar agama mereka menanggis sebab mereka sudah lama nak belajar agama tapi tidak tahu dimana dan tida tahu pada siapa mereka hendak belajar
Itu adalah benda yang paling penting dan perlu di beri perhatian sama ada kepada pelajar ataupun juga kepada pendakwah.
Kita sambung kepada ayat seterusnya ….
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
M U L A
Ayat seterusnya ialah fasa pertama dalam surah Abasa sudah habis iaitu teguran Allah kepada Rasulullah SAW yang Nabi lebih utamakan pembesar ataupun orang yang ada kuasa dan pengikut maka bahagian ini ayat 11 bermula bahagian yang kedua
Allah kata…
كَلَّآ إِنَّهَا تَذۡكِرَةٞ
Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan,( Abasa : 11 )
كَلَّآ dalam Bahasa arab ialah perkataan كَلِمَة زَجِرُوَردْعً , apa makna زَجِر iaitu macam menyergah ,ataupun menegur supaya jangan buat macam yang lepas ,kalau kita nak sergah sekali-kali tidak jangan buat yang lepas iaitu kamu mengabaikan sibuta yang miskin dan kamu lebih focus kepada orang kaya jadi sekali tidak jangan ulang.
إِنَّهَا تَذۡكِرَةٞ sesungguhnya ia adalah peringatan ,apakah makna peringatan ??kita nak tahu apa itu peringatan kita kena tahu إِنَّهَا تَذۡكِرَةٞ ini ,sesungguhnya balik pada apa ??Jika belajar Bahasa arab dhomir Al Quran muzzakkar ataupun muannas ??Jika Muzzakkar ,jika muzzakkar bunyinya إِنَّهُ bukan هَا ialah ganti nama kepada perempuan contoh mesti ada huruf ة di hujung , jadi هَا berbalik kepada …didalam tafsir Ulama mengatakan هَا ini balik kepada
1) الحادثة peristiwa iaitu ,kamu ditegur sebab Abdullah bin Ummi Makhtum jadi peristiwa itu dalam bahasa arab dipanggil الحادثة ialah muannaz ( sekali-kali tidak,sesungguhnya peristiwa itu adalah peringatan bagi engkau )
2) أسورة ia juga muannaz ,Surah ini iaitu surah Abasa adalah peringatan bagi engkau.
3) ألايات ayat-ayat yang lepas itu adalah peringatan bagi engkau.
Jadi secara khususnya peringatan ini kepada Nabi ,apa sahaja pengajaran untuk Nabi maka adalah untuk kita semua .
Pengajaran disini kalau seorang Nabi pun perlu ditegur dan ianya di tegur oleh Allah maka kita jangan sombong mentang-mentang serban besar mengaji dekat hadramaut orang tegur melenting.
1) Sekali-kali tidak jangan ulang yang lepas bermakna kalau ada lagi kumpulan pembesar dan ada seorang miskin maka pergi terus melayan orang miskin ,itu tafsir yang pertama.
2) كَلَّآ ,bila Nabi berdakwah kepada pembesar Quraisy ,Nabi baca tak ayat Al Quran??ialah silibus utama Nabi ialah ayat Al Quran dengan siapa sahaja Nabi akan baca Al Quran tiba-tiba Allah kata كَلَّآ ( sekali-kali tidak,jangan buat)Jadi perasaan Nabi apa dia ,kenapa tiba-tiba tidak boleh ??sebab yang di sampaikan ialah ayat Al Quran ,maka Allah kata secara umum ayat Al Quran itu adalah sebagai peringatan ( Aku bukan nak tegur perbuatan kamu kepada orang musyirikin bukan ayat yang kamu baca itu tapi perbuatan kamu itu mengabaikan orang miskin)sesungguhnya apa yang kamu baca itu tetap tazkirah ,Cuma cara pendekatan itu.
Kemudian
فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُۥ
maka siapa yang hendak dia ikutnya( Abasa : 12 )
Sekarang ذَكَرَهُۥ dhomir muzzakkar ,jika هَا ialah dhomir muannaz macam mana disini Allah kata sesungguhnya balik kepada Surah atau pun Al Quran atau pun hadis,tiba-tiba disini dia kata siapa yang ikutnya ,nya ini balik kepada apa pula ??
Ulama mengatakan
1) Balik kepada Allah ( Siapa yg hendak dia balik kepada Allah )sebab Allah itu perkataan muzzakkar.
2) هُۥ itu balik kepada hari kiamat ,البعسوا sebab perkara yang paling asas yang di ingkari oleh orang kafir ialah hari kebangkitan ,jadi Allah kata siapa nak ingat hari kebangkitan hendak percaya , ذَكَرَهُۥ percaya .
Tazkirah ini sebenar jadi Allah nak beritahu apa yang berlaku dalam surah ini ,apa yang berlaku dalam Al Quran ,apa yang berlaku dalam peristiwa ini ia adalah sebagai peringatan…apa makna peringatan ?? ia daripada perkataan ingat , kemudian di tambah per ingatan ,beza tak perkataan tahu dengan ingat ..tapi lupa maka perlu kepada peringatan kalau tahu yang memang asalnya kita memang jahil .
Jadi kisah Allah menegur Nabi adalah sebagai peringatan kepada kamu,bermakna sepatutnya benda itu kita sudah tahu..tapi ramai tak yang tahu dengan kisah ini ??yang baca Al Quran..tak kalau tidak tahu dia bukan setakat peringatan tapi sebagai maklumat baru., sebagai ilmu ,sebagai maklumat.
Kalau kamu dah tahu ,tiba-tiba terlupa baca kisah ini rupa-rupa yang aku buat dahulu adalah salah. Jadi para asatizah ,para penceramah yang banyak bagi masa kepada pembesar orang bandar orang kaya ini sebagai peringatan kepada kamu jangan lupa orang miskin apatah lagi yang buta ,kita kalau yang miskin yang tidak buta pun kadang-kadang masa untuk mereka .Cuba bayangkan kalau orang miskin itu buta dan OKU pula macam mana perasaan kita?lagi rasa macam buang masa…
Ini peringatan untuk kamu ,jadi kamu kena faham cerita ini dan ambil pengajaran .disini Allah kata siapa nak , dia ambil peringatan maknanya hidayat Allah itu Al Quran ,kitab oleh beriman dengan Allah bergantung kepada شَآءَ bukan kepada kehendak engkau,bermakna siapa yang tidak mendapat hidayat ,siapa yang tidak faham Al Quran ,siapa yang tidak mengambil peringatan semua masalah adalah daripada dia sendiri.
Jelas bergatung daripada perkataan شَآءَ ,siapa nak ..dia ambil ,jika tak dapat itu bermakna dia ..jika dia mengatakan dia belum dapat hidayat itu adalah menipu diri sendiri pendusta.
Jadi disini mungkin orang boleh salah faham siapa nak hidayat silakan macam Allah bagi pilihan betulkah Allah bagi pilihan siapa yang nak ambil dan siapa yang tak nak sudah..atau memang wajib terima hidayat …tapi ayat ini macam di beri pilihan.
Sebab kalau Allah tidak bagi pilihan kalau Allah paksa tidak menjadi hidayat pula ,bermakna orang akan terima tanpa rela hati.,Tanpa kehendak diri sendiri.
Sebab itu Allah sebut dalam surah Al Kahf
وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡۚ إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلظَّٰلِمِينَ نَارًا
Dan katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir". Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka( Al Kahf : 29 )
Jadi apa yang kita hendak tahu apa yang dicakap oleh manusia apa yang dilakukan oleh orang ramai benar ataupun tidak ,bagaimanakah ukurannya??sebab Allah kata kebenaran itu ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡۖ hanya daripada tuhan engkau ,bagaiman kita hendak tahu yang orang itu cakap ataupun buat ,betul ataupun salah maka tengok pada dalil sama ada daripada Al Quran ataupun Sunnah sebab yang benar hanya ditentukan oleh Rabbi..
Kemudian Allah berkata siapa yang hendak kepada kebenaran فَلۡيُؤۡمِن silakan ,dan وَمَن شَآءَ dan siapa nak kufur dengan kebenaran فَلۡيَكۡفُرۡۚ sila kan kufur,adakah allah bagi pilihan ??sebenarnya Allah nak semuanya beriman ,sebab wajib semua beriman tapi kenapa ayat ini macam bagi pilihan sebenarnya yang macam nampak pilihan itu sebenarnya adalah ancaman,apa bukti lepas ni Allah kata
إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلظَّٰلِمِينَ نَارًا sesungguhnya kami sediakan kepada orang yang zalim , Api neraka.Siapa nak kufur silakan tetapi ingat kami sediakan Neraka.
Macam kita hendak melarang anak kita panjat pokok kelapa ,larang sampai 3 kali tidak dengar dan akhir sekali kita buat apa??Nak panjat pun tak apa tak nak panjat pun tak apa …tapi ingat ..,sebenarnya kita bagi pilihan dan dalam pilihan itu ada ancaman.
Jadi siapa yang tidak faham Al Quran itu sebab apa??sebab dia tua,sebab dia tidak belajar Bahasa arab ataupun sebab telinga dia tidak berapa dengar dah., Sebab dia tidak mahu….
Berapa ramai sahabat Nabi yang tua pun beriman ,ada yang budak ,ada yang perempuan ada yang tua semua nak boleh beriman.
Kemudian Allah beritahu peringatan ini iaitu Al Quran sangat-sangat besar dan sangat-sangat mulia,
Dalilnya ,
فِي صُحُفٖ مُّكَرَّمَةٖ
di dalam kitab-kitab yang dimuliakan,( Abasa : 13 )
Peringatan ini dalam صُحُفٖ ,jamak kepada
صَحَاءِفْ ج صَحِيفَة ج صُحُفٖ jika kita belajar Bahasa arab ia dipanggil jam’ul al jam’ie ,jamak kepada jamak صُحُفٖ jamak kepada صَحَاءِفْ ia sudah jamak .dan jamak kepada صَحِيفَة ini yang mufrad ..jadi صَحِيفَة bermakna lembaran ,satu helai sebab itu dalam bahasa arab Akbar itu kadang-kadang dipanggil صَحِيفَة ( Lembaran ) kalau banyak صَحَاءِفْ ,kalau terlalu banyak صُحُف .
Allah nak beritahu peringatan itu sangat mahal ,
1) Dia berada dalam lembaran-lembaran ataupun tulisan-tulisan yang mulia.( tertulis di suatu tempat yang mulia.Kadang-kadang kita tengok dimana kita simpan benda itu..
Contoh bawang dengan duit yang mana lebih mulia ??bermakna kita tak tahu duit lebih mulia dari bawang tengok tempat simpan dimana …ada tak orang simpan bawang dalam peti duit ??
Kemudian ,
مَّرۡفُوعَةٖ مُّطَهَّرَةِۢ
yang ditinggikan lagi disucikan,
( Abasa : 14 )
Bagaimana cara kamu hendak memuliakan tazkirah ??cara kamu hendak memuliakan Al Quran yang sudah memang mulia..dengan cara memuliakan ialah dengan mentadabbur , mengamalkan dan menyebarkan .
Selagi manusia tidak mentadabbur Al Quran ,selagi manusia tidak mengamalkan Al Quran ,selagi mana tidak menyebarkan selag itulah manusia tidak memuliakan Al Quran.Bacalah 30 kalli khatam pun sebenarnya dia masih belum lagi memuliakan Al Quran.
Kemudian Allah cerita , Tazkirah sudah jelas ,pengajaran dah banyak tapi hasilnya manusia tetap kufur kepada Allah .
قُتِلَ ٱلۡإِنسَٰنُ مَآ أَكۡفَرَهُۥ
Binasalah manusia; alangkah amat sangat kekafirannya?( Abasa : 17 )
Apa makna قُتِلَ ,? Dilaknat ..manusia mana kah yang dilaknat ?? bukan semua …yang kufur ,dalam konteks ayat ini ialah pembesar-pembesar Quraisy ,walaupun dia di muliakan di dunia tetapi dia dilaknat di sisi Allah dia dilaknat.
Pernahkah kita mendengar perkataan قُتِلَ dalam ayat yang lain ??
قُتِلَ أَصۡحَٰبُ ٱلۡأُخۡدُودِ
Binasa dan terlaknatlah orang-orang yang membuat parit,( Al Buruj : 4 )
Allah kata dalam kisah apakah ini ? dilaknatlah Ashabul uhdud ( Penggali-penggali parit )yang mereka ini adalah dari kalangan pembesar.Celakalah …sebab apa celaka ?? sebab mereka menolak tazkirah dan mereka menzalimi orang biasa.
Maka celakalah manusia مَآ أَكۡفَرَهُۥ ,apa maknanya ..ia ada dua makna…
ما إستِفهَامِيَة
تَعجُبِيَة
Kalau ما ini adalah إستفهام ,ialah soalan.. celakalah manusia ما apakah yang menyebabkan manusia kufur ? Sedangkan tazkirah sudah jelas bukti kebesaran Allah ada dimana-mana..dan bila-bila masa depan mata dia cukup banyak ,tapi kenapa manusia masih kufur ?? itu soalan..
Dan yang kedua تَعجُبِيَة , rasa takjub …macam kita nak kata cantiknya ٱلۡقَمَرُ مَا أَجْمَلُ ini menunjukkan “alangkah cantiknya bulan .” jadi مَا disini تَعجُبِيَة bermakna “ alangkah teruknya kekufuran manusia “ .bermakna Allah nak beritahu peliknya manusia. Yang ini terang-terang hendak membawa kepada hidayat Allah SWT ,nak bawa kebahagian tapi masih kufur kepada Allah dan memilih neraka…jadi mana satu yang betul ?? maka kedua-duanya betul.
مَآ أَكۡفَرَهُۥ alangkah betapa besarnya kufur manusia , Apakah punca manusia kufur kepada Allah ? jika di tanya kan dalam 1 ada 1000 yang beriman 999 kufur,jadi apa punca manusia kufur kepada Allah ??
Sambung .
مِنۡ أَيِّ شَيۡءٍ خَلَقَهُۥ
Dari apakah Allah menciptakannya?
( Abasa : 18 )
Dari sesuatu apakah dia menciptanya,ayat 18 ini berkait rapat dengan ayat 17 .Jika dalam ayat 17 Allah nak beritahu kesimpulan ramai manusia kufur.
Dalam ayat 18 Allah nak beritahu punca manusia kufur ,maka dalam ayat 18 Allah buat dalam bentuk soalan..
Manusia yang paling banyak kufur ini sedar tak ,Allah menciptanya daripada apa??maka Allah tanya dan Allah menjawab ..
مِن نُّطۡفَةٍ خَلَقَهُۥ فَقَدَّرَهُۥ
Dari setetes mani, Allah menciptakannya lalu menentukannya.
( Abasa : 19 )
Apa kaitan dengan asal kejadian manusia ?manusia tidak sedar bahawa
1) Dalam perkataan خَلَقَهُۥ ,Allah menciptanya …bila Allah menciptanya menunjukkan manusia itu adalah makhluk dan Allah adalah penciptanya.jadi kalau dia makhluk dia dicipta bermakna dia lemah sebab dia dicipta.
Ramai tak manusia yang beranggapan dia lebih kuat daripada pencipta ,ramai tak yang beranggapan macam itu ,ramai kan..
2) Allah kata kamu dicipta daripada air mani ,sebab itulah kata Hassan Al Basri , Manusia sememangnya hina sebabnya dua kali di keluarkan daripada lubang najis.
Sebab itu bila nak buang Air ( hajat ) dia masuk bilik tidur ataupun bilik air??bermakna dia bila nak buang benda kotor dia akan buang kedalam bilik air dan dia lupa yang dia keluar dari lubang mana …..
1) Dia keluar daripada air mani yang keluarnya daripada kemaluan lelaki tempat keluar najis…
2) Bila dilahirkan dia akan keluar daripada tempat keluar najis ibu .
Jadi kenapa kamu nak sombong…dan akhir sekali dalam hidupnya ia menjadi mayat dan diletakkan di tanah….ada tak mayat diletakkan dalam bilik khas …bermakna benda itu tidak ada nilai…dan kalau di biarkan mayat di luar akan menjadi busuk dan berulat ketika itu menjadi hina…jadi bilakah manusia mulianya ??bermula daripada hina dan berakhir pun hina…
Ada seorang pembesar yang bernama Muhallaf ,dia seorang yang sombong makai a ditegur oleh Malik bin Dina .Bila di tegur ,Muhallaf berkata ; kamu tidak mengenal aku kah ?? Jawab Malik bin Dina ; aku kenal….Kamu adalah orang yang hina..” berani kamu cakap aku adalah pembesar dan aku adalah orang yang hina” sebab kamu keluar dari dua tempat yang hina , kemudian kamu akan kembali di tempat yang hina ,kamu mati dan mayat kamu di kambus .
Dan yang ketiga kamu 24jam bawa najis…ada tak manusia tidak membawa najis…cuba kita perhatikan pada orang yang sakit ,kadang-kadang dia bawa beg kencing ,bagaimana kita tengok dia ??lepas tu pula solat sebelah kita …apa kita rasa ?? pada hal kita pun ada juga cuma kat dalam sahaja.
Jadi Allah sebut satu sahaja ,kalau kita orang yang berfikir kita akan menjadi rendah diri dan kita akan hilang sifat sombong, kenapa aku nak sombong ….hebat macam mana pun keluar daripada tempat yang hina ,selepas daripada itu bila mati jadi hina..
ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُۥ
Kemudian Dia memudahkan jalannya.
( Abasa : 20 )
Kemudian Allah memberi tahu tentang kelebihannya..kepada semua manusia iaitu bukan setakat Allah cipta dan bukan setakat Allah lengkapkan ciptaannya tapi Allah tunjukkan jalan .
أَلَمۡ نَجۡعَل لَّهُۥ عَيۡنَيۡنِ
Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua buah mata,
( Al Balad : 8 )
وَلِسَانٗا وَشَفَتَيۡنِ
lidah dan dua buah bibir.
( Al Balad : 9 )
وَهَدَيۡنَٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan,
( Al Balad : 10 )
Kami jadikannya ,kami tunjukkannya dua jalan ,satu jalan baik dan satu jalan yang buruk…
Jadi rahmat Allah, kalau Allah tak nak tunjuk pun tidak ada masalah…tapi Allah tunjukkan jalan keburukkan dan jalan kebaikan dan rahmat Allah lagi ialah يَسَّرَهُۥ ,Allah permudahankan lagi kebaikan…
Maka ada dalil tak nak faham Al Quran pun mudah nak beramal pun mudah ,ada dalil tak ??kalau Al Quran Allah sebut dalam surah Al Qamar ..
وَلَقَدۡ يَسَّرۡنَا ٱلۡقُرۡءَانَ لِلذِّكۡرِ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٖ
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?
( Al Qamar : 17 )
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا
Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
( Ash Sharh : 5 )
فَأَمَّا مَنۡ أَعۡطَىٰ وَٱتَّقَىٰ
Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa,
( Al Layl : 5 )
وَصَدَّقَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ
dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga),
( Al Layl : 6 )
فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلۡيُسۡرَىٰ
maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.
( Al Layl : 7)
Jadi sebenarnya Allah sebut agama itu mudah…
يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلۡعُسۡرَ
Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.
( Al Baqarah : 185 )
Jadi siapa yang mengatakan agama itu susah dia adalah yang tak faham agama bukan agama itu susah.
Selepas itu apa process seterusnya ,Selepas Allah mencipta daripada air mani ,Allah lengkapka ciptaan ,Allah tunjukkan jalan dan Allah permudakan jalan .
Ada pun selepas daripada itu ,
ثُمَّ أَمَاتَهُۥ فَأَقۡبَرَهُۥ
kemudian Dia mematikannya dan memasukkannya ke dalam kubur,
( Abasa : 21 )
Kemudian Allah matikan ,bermana hidup ini bukan berpanjangan sampai satu masa Allah matikan , فَأَقۡبَرَهُۥlalu dia kuburkan ( kebumikan )
Apa maksud Allah sebut فَأَقۡبَرَهُۥ ,sepatutnya Allah tidak perlu sebut perkataan itu sebenarnya Allah nak bagi tahu kemuliaan manusia .Apakah kemuliaan manusia ??
2) Al Quran itu ditempat yang tinggi ,disucikan daripada kekurangan ,daripada kesalahan ,daripada tokok tambah ,daripada tidak adil ( dalam Al Quran ini ada hukum,walau setengah orang kata Al Quran ini kejam tapi sebenarnya dia adalah suci daripada sifat kejam.
Kemudian ,
بِأَيۡدِي سَفَرَةٖ
di tangan para penulis (malaikat),
( Abasa : 15 )
سَفَرَةٖ ada tiga makna
1) Iaitu كتب iaitu penulis-penulis (Bermakna Malaikat ) antara tugas malaikat antara tugas malaikat ialah كِرامَانْ كَاتِيْبِيْن .
2) القراء pembaca-pembaca malaikat juga tugasnya membaca ,bila dia bawa wahyu dia baca pada Nabi.
3) Duta ataupun wakil ,kalau di Malaysia ada tak Duta Saudi dan kita tahu tak apa Duta dalam bahasa arab?? سَفِيرً daripada perkataan سَفَرَةٖ .
Dan semua itu adalah betul,adalah sifat-sifat malaikat.Yang penulis ini berasal dari
pada perkataan أَسۡفَارَۢاۚ contohnya dalam surah Al Jumu’ah
كَمَثَلِ ٱلۡحِمَارِ يَحۡمِلُ أَسۡفَارَۢاۚ jadi maknanya tulisan ,Allah nak gambarkan orang yang ada kitab tetapi tidak ikut ataupun tidak faham.
Mereka seperti keldai yang membawa ,tulisan-tulisan
( Al Jumu’ah : 5 )
Apa yang Allah nak beritahu tazkirah ataupun Al Quran
1) Mulia
2) Kedudukan ditempat yang tinggi
3) Suci daripada kekurangan dan kelemahan
4) Dibawa di tangan para malaikat.
Apakah yang Allah nak beritahu bila berada di tangan-tangan malaikat ,Allah tidak sebut dibawa ,tapi Allah sebut specific …di tangan …apakah maksud itu. Jika kita kata ,benda itu ada ditangan saya ,bermakna benda itu terjaga berbeza jika benda itu ada didalam kereta atau pun ada kat rumah ,ada dekat tangan orang .
Jadi Allah nak beritahu Al Quran ini adalah selamat daripada di curi oleh syaitan ,daripada di tokok tambah ,kenapa ??sebabnya dia sentiasa berada ditangan malaikat dan kita tahu makhluk Allah yang paling kuat ialah ada tiga makhluk yang bernyawa ;
1) Malaikat
2) Jin
3) Manusia
Antara tiga mahluk yang terkuat ialah malaikat dalilnya antaranya yang membawa arash Allah yang mana besarnya lebih besar daripada langit dan bumi.Siapakah yang pikul arash ni ?? Malaikat …berapa lamakah dia pikul?? Dari mula Allah cipta Arash sampailah hari kiamat. Jadi menunjukkan malaikat ini kuat dan Nabi juga mengatakan kepalanya berada diatas kaki di bumi dan juga membawa singahsana Balqis daripada Yaman ke Palestine ke Istana Nabi Sulaiman ,Siapakah yang membawa sebenarnya dibawa sebelum mata berkelip dengan jaraknya 3000km dan satu benda pun tidak jatuh,siapakah yang bawa tu?? Pendapat paling kuat ialah malaikat ,Jin Ifrid kata aku boleh bawa ,tapi Jin Ifrid bawa sebelum kamu bangkit daripada duduk , malaikat pula bawa sebelum mata berkelip…mana yang lebih laju??
Jadi Allah beritahu Al Quran itu terpelihara berada ditangan malaikat , kita terjemahkan… سَفَرَةٖ penulis-penulis ( Duta )
Kemudian sifat penulis pula ,
كِرَامِۢ بَرَرَةٖ
yang mulia lagi berbakti.
( Abasa : 16 )
كِرَامِۢ jamak ( ج ) kalau satu كَرِمٌ
Sifat malaikat adalah mulia ,apakah makna mulia ?? Dia tidak ada dosa dan sentiasa taat kepada perintah Allah.
لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ
dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.
( At Tahrim : 6 )
Malaikat tidak pernah derhaka pada Allah apa sahaja yang di perintah ,dan mereka buat apa sahaja yang Allah suruh.
Bila sentiasa taat pada perintah Allah ,maka dia adalah orang yang mulia. Mulia lagi berbakti .Jika Malaikat dengan Manusia siapa kah yang masuk syurga ?? Manusia kan sebabnya ,Manusia masuk syurga dan Malaikat hanya menjaga syurga.
Dan jika manusia tidak beriman maka dia ebih teruk daripada haiwan ,Jadi yang Allah hendak beritahu bahawa hebatnya tazkirah dia berada di tempat yang tinggi dan di sucikan segala kekurangan sepanjang zaman .
2)dibawa pula oleh Malaikat-malaikat yang hebat yang bersifat سَفَرَةٖ , كِرَامِۢ , بَرَرَة maknanya Allah kata bila Al Quran itu di bawa oleh orang yang hebat dan di letakkan di tempat yang mulia ,benda itu sangat-sangat mulia maka kamu kena muliakan nya.
Iaitu bila Allah jadikan manusia itu mati jadi mayat dan tanam ,cuba bayangkan jika ada mayat mati di biarkan bersepah…apakah yang akan terjadi ??
1) Busuk..
2) Mayat akan di hina dan keluarganya ( Orang yang hdup akan rasa terhina kerana mayat terbiar macam itu sahaja )
Maka Allah nak memuliakan manusia فَأَقۡبَرَهُۥ ,berbeza dengan binatang sebabnya bila mati dibiarkan macam itu sahaja .
Sebab itu Allah jadi bumi ini dua fungsi .. atas untuk orang yang hidup dan bawah untuk orang yang sudah mati.
أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ كِفَاتًا
Bukankah Kami menjadikan bumi (tempat) berkumpul,
( Al Mursalat : 25 )
Bukankah kami menjadikan bumi itu كِفَاتًا ,( tempat perlindungan )
Untuk siapa ??
أَحۡيَآءٗ وَأَمۡوَٰتٗا
orang-orang hidup dan orang-orang mati?
( Al Mursalat : 26 )
أَحۡيَآء untuk orang hidup diatas dan وَأَمۡوَٰتٗا untuk orang mati dibawah bumi.Itulah kemuliaan manusia.
Selepas mati kubur ,selepas kubur habis cerita Orang-orang kafir setakat itu sahaja dan Allah bagi tahu
Kemudian
ثُمَّ إِذَا شَآءَ أَنشَرَهُۥ
kemudian bila Dia menghendaki, Dia membangkitkannya kembali.
( Abasa : 22 )
Kenapa Allah sebut mengkehendaki ??kerana Tarikh hari kebangkitan ataupun hari kiamat tiada siapa pun yang tahu…Jadi Allah kata ,bila Allah nak …bila-bila masa maka Allah akan bangkitkan.
,
Perasan tak dalam ayat ini pertama Allah gunakan ثُمَّ ,kemudian فَأَ ,jika ثُمَّ tempoh lama sikit dan jika فَأَ terus.
Contoh :
جاء محمد فزيد ثم عليً
( telah datang Muhammad ,lalu Zaid )
Bermakna selepas Muhammad sampai baru Zaid sampai kemudian Ali.
Bukan bermakna selepas Zaid terus Ali sampai bukan ,dalilnya ثُمَّ
Bila ثُمَّ ini ,beberapa lama ,tidak dikira setengah jam tapi bukan terus .
Setelah Allah ciptakan manusia dan Allah bentukkannya kemudian Allah tunjukkan jalan.Sebab daripada mula lahir sampai tahap dia kena ikut jalan hidayat ( Berapa lamakah ,sehingga dia baligh ) lama tak???bila lama ثُمَّ .
Kemudian ,
Selepas dia hidup , ثُمَّ أَمَاتَهُۥ kemudian Allah mematikannya , lama tak antara dia hidup dengan tempoh dia nak mati ?? maka Allah guna ثُمَّ .tapi selepas mati lama tak tempoh dikuburkan?? Bila tidak lama maka Allah gunakan فَأَ .dan kemudian selepas mati lama tak tempoh untuk di bangkitkan…bila lama Allah gunakan ثُمَّ. Maka penggunakan huruf tepat.
Jadi kesimpulan bahagian kedua Allah nak beritahu ,kamu hendak sombong kemana ??Sudahlah bermula daripada hina ,dan kamu adalah lemah bila mati masuk kubur..
Selepas masuk kubur akhirnya di bangkit akan mengadap Allah juga nak kemana….
Jadi jangan sombong…
<< < << < A K A N B E R S A M B U N G > >> > >>
SAMBUNG BUKU
DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA..
Dosa yang ke 6 ( enam )
Per : tidak ada thomaninah di dalam solat .
Diantara kejahatan pencuri yang terbesar adalah pencuri didalam solat.
Rasulullah SAW bersabda :
Sejahat-jahat pencuri ialah orang yang mencuri dari solatnya.,sahabat bertanya : Wahai Rasulullah bagai mana dia mencuri didalam solat ??( Sahabat pun pelik mana mungkin didalam solot pun orang nak mencuri )maka Baginda pun menjawab : Ia tidak menyempurnakan Ruku dan Sujudnya.
Jadi pencuri yang paling jahat bukan yang mencuri harta rakyat,tapi yang mencuri ketika dalam solat .kenapa ???
Kenapa yang mencuri dalam solat yang tidak sempurnakan Ruku dan sujud antara yang paling jahat.
1) Dia sedang mencuri ketika beribadat kepada Allah .
2) Dia mencuri dihadapan Allah.( Allah sedang tengok dan mulutnya pula sedang memuji Allah ,tapi masa itulah dia mencuri )
Kemudian kata penulis , meninggalkan thomaninah tidak meluruskan dan mendiamkan punggung sesaat ketika Ruku dan Sujud tidak tegak bangkit daripada Ruku serta tidak duduk diantara dua Sujud semuanya antara kebiasaan yang sering dilakukan sebahagian besar kaum muslimin bahkan hampir biasa hampir biasa dikatakan tidak ada satu masjid pun kecuali didalamnya terdapat orang yang tidak thomaninah didalam solatnya .
Thomaninah adalah rukun didalam solat tanpa melakukannya solat menjadi tidak sah ini sungguh persoalan yang sangat serius.
Rasulullah SAW bersabda :
Tidak sah solat seseorang sehingga ia meluruskan punggungnya ketika Ruku dan Sujud.
Hadis Shahih riwayat Abu Dawud.
Jadi ini banyak yang kita tengok nampak macam simple sahaja ,Ruku dan Sujud tapi tidak betul maka boleh menyebabkan batal dan solatnya sia-sia walaupun dia solat 60 tahun,
Yang pernah kita jumpa dalam satu riwayat .,Huzaifah Al yaman
Zaid bin Wahab berkata ; Huzaifah pernah seorang lelaki tidak menyempurnakan Ruku dan Sujudnya ,lalu ia berkata , Kamu belum solat ,seandainya engkau mati dengan membawa solat seperti ini nescaya engkau mati di luar daripada fitrah islam yang sesuai dengan fitrah tersebut Allah menciptakan Muhammad SAW.
Kata Huzaifah kepada seorang lelaki yang solat ada riwayat mengatakan ditanya kepadanya , Berapa lamakah kamu solat macam ini ?? Jawab lelaki itu ..60 tahun,kata Huzaifah solat kamu 60 tahun Allah tidak terima..sebab tidak ada thomaninah , Ruku tidak betul.
Ruku mesti lurus ,badan dengan kepala dengan punggung mesti lurus sama ,kalau kepala tinggi pun tidak betul ,kalau rendah sangat pun tidak betul mesti lurus.
Sebab itulah perlu tengok solat isteri kita ,solat suami kita ,solat anak-anak kita dan solat ibubapa kita jangan tengok buku latihan dia sahaja ,tengok buku latihan semua ok tapi bila tengok solat KO.
Sebab ini bukan perkara kecil ,bila solat tidak sah maka solatnya sia-sia.Sebab itu kata Huzaifah …kamu sebenarnya tidak Solat.
Tidak diragukan lagi ini satu kemungkaran ,pelakunya harus di cegah dan diperingatkan akan ancamannya.
Abu Abdillah al Ashaari suatu ketika Rasulullah SAW solat bersama para sahabatnya kemudian Baginda duduk bersama sekelompok daripada mereka tiba-tiba seorang lelaki masuk dan berdiri menunaikan solat .
Orang itu Ruku lalu Sujud dengan cara mamatuk dengan cara mematuk ayam ,maka Rasulullah SAW bersabda :
Nabi kata pada sahabat ,
Bila melihat seorang lelaki yang solat macam ayam patuk ,Kata Nabi : Apakah kalian menyaksikan ,Kamu tengok tak orang ini , barang yang mati dalam keadaan seperti ini iaitu solatnya yang tidak sempurna ..maka sebenar dia meninggal diluar agama Nabi Muhammad SAW .
Ia mematuk dalam solatnya sebagaimana burung gagak yang mematuk darah ,sesungguhnya perumpamaan orang yang solat dan mematuk dalam solat dalam sujudnya adalah bagaikan orang lapar yang tidak makan sebutir ataupun dua butir kurma .Begitulah orang yang solat dengan tidak ada thomaninah bagaimana ia bisa merasa cukup kenyang dengannya.
Jadi orang yang meninggalkan thomaninah ketika mengerjakan solat sedangkan ia mengetahui hukumnya maka wajib baginya mengulangi solatnya seketika dan bertaubat atas solat-solat yang dilakukan tanpa thomaninah pada masa-masa lalu.
Ia tidak wajib pada mengulangi solat-solatnya di masa lalu berdasarkan hadis .
Sebab Nabi kata pada lelaki yang tidak betul ini , Kata Nabi : Ulang balik solat kamu yang sekarang ni ,ada pun yang telah lepas semoga Allah mengampunkan.
Ini kerja siapakah ini ??? solat nak cepat ,solat lambat …maka Inilah kerja Syaitan ,Kerjanya untuk memastikan solat kita terbatal.
1) Syaitan sememangnya tidak mahu kita solat ,tapi kalau kita solat juga ,solatlah maka solat kamu sia-sia Bagaimana ia menipu kita iaitu dengan solat cepat ,solat yang idak ada thomaninah,
Bila solat saja fikirannya terus melayang ini semua kerja syaitan strategi syaitan ialah dia akan kurangkan kebaikan kita didalam solat.
Sebab Nabi sebut didalam satu hadis ,
Kata Nabi SAW ; sesorang itu akan diberi pahala daripada solatnya berdasarkan ,ada yang dapat 10 pahala sahaja ,ada yang dapat 50 pahala ada yang dapat 80 dan ada yang dapat 100% semua itu berdasarkan setakat mana dia khusyuk ,setakat mana dia focus ..
Dan kerja Syaitan ialah ,bila kita mengangkat takbir sahaja Syaitan akan menganggu.
Contoh : Ada benda yang kita nak ingat ,tapi kita tidak ingat sebelum solat ( Syaitan kata …simpan dulu )Tapi bila angkat takbir sahaja …( Kamu tahu tak barang kamu letak kat mana) itulah kerja Syaitan.
Sebab Nabi kata Solat seseorang berdasarkan setakat mana dia khusyuk ..kalau 1/10 khusyuk pun dah dapat pahala.Jadi Syaitan kerjanya nak mengurangkan kalau boleh 50% kalau boleh 60% kalau boleh lagi Zero…itulah kerja Syaitan .Tidak kita sedar hal keadaan itu…
Semoga selepas ini kita berhati-hati solat dan pastikan solat kita sentiasa khusyuk dan thomaninah.
Insha Allah…
Mohd Hanif Ismail:
Nota Tadabbur Surah Abasa Ayat 23 – 32
Tarikh / Masa : 19 JUL 2021
Di Sampaikan oleh : Usta
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيمِ
إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَتُوبُ إِلَيْهِ، ونعوذُ باللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا، ومِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، لَا نَبِيَّ بَعْدَهُ
Sebelum kita sambung ayat 23 kita tengok antara ayat-ayat yang lepas dengan kaitan ayat hari ini.
Ayat yang lepas kesimpulannya Allah nak menceritakan tentang dakwah Nabi kita SAW yang mana kerja Nabi yang paling utama bahkan satu-satunya kerja Nabi ialah pendakwah ( Muzzakkir )
فَذَكِّرۡ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٞ
Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan.( Al Ghashiyah : 21 )
Berilah peringatan kerana kerja engkau hanya satu sahaja iaitu Muzzakkir..tapi Allah juga hendak beritahu pada Nabi
لَّسۡتَ عَلَيۡهِم بِمُصَيۡطِرٍ
Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka,( Al Ghashiyah : 22 )
Kerja engkau hanyalah Muzzakkir ,bukan kerja engkau memaksa orang beriman kepada Allah. Jadi bila Nabi berdakwah kepada pembesar Quraisy dengan harapan mereka beriman sehingga menyebabkan Nabi berpaling daripada Abdullah bin Ummi Makhtum lalu ia ditegur oleh Allah SWT.
Disini Allah nak beritahu kemuliaan orang beriman , Kemuliaan orang beriman bukan sebab ada jawatan bukan sebab harta banyak ,bukan sebab kedudukan disisi manusia , tapi kemuliaan manusia sebab dia beriman kepada Allah walaupun dia seorang yang miskin yang buta yang tidak ada pengikut tetapi dia ada sifat yang disuka oleh Allah SWT iaitu dia يَخۡشَىٰ sentiasa takut dengan Allah .
Jadi awal ayat surah Abasa ini Allah nak bagi tahu nilai ketinggian orang yang beriman sangat berbeza apa yang di nilai oleh manusia, jika orang itu miskin dan buta pula dan tidak ada jawatan dan tidak ada pengikut kebiasaannya dia akan dipandang rendah oleh kebanyakkan orang tapi disisi Allah dia adalah orang yang mulia.
Sebab itu Allah menegur Nabi kerana dia mengabaikan Abdullah bin Ummi Makhtum maka Nabi ambil pengajaran ,
Kata Allah ,
كَلَّآ إِنَّهَا تَذۡكِرَةٞ
Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan,( Abasa : 11 )
Allah kata ,teguran ini adalah sebagai satu peringatan yang sepatutnya kamu jangan ulang lagi maka sebab itu selepas peristiwa ini Nabi mengangkat Abdullah bin Ummi Makhtum yang buta dan miskin ini menjadi seorang sahabat yang hebat sehingga hampir setiap kali Nabi keluar dari Madinah sama ada untu pergi berperang atau musafir maka Nabi SAW akan melantik Si Buta ini sebagai penggantinya di Madinah khususnya sebagai Imam dalam Solat.
Kemudian yang kedua Allah cerita tentang kemuliaan Al Quran .,Yang kerana Al Quran ini lah Allah menggangkat seseorang termasuklah seorang yang buta dan miskin menjadi mulia kerana Al Quran.
Nilai kehebatan Al Quran Allah sebut sifatnya ialah
فِي صُحُفٖ مُّكَرَّمَةٖ
di dalam kitab-kitab yang dimuliakan,( Dia berada di lembaran yang dimuliakan)( Abasa : 13 )
مَّرۡفُوعَةٖ مُّطَهَّرَةِۢ
yang ditinggikan lagi disucikan, ( Di tinggikan kedudukan Al Quran dan disucikan dari segala kekurangan dan thomahan ) ( Abasa : 14 )
بِأَيۡدِي سَفَرَةٖ
di tangan para penulis (malaikat),( Abasa : 15 )
Dan dia di bawa dengan penuh Amanah oleh Malaikat.
Dan sifatnya
كِرَامِۢ بَرَرَةٖ
yang mulia lagi berbakti.( Abasa : 16 )
Yang sangat mulia dan melakukan segala kebaikan .
Tetapi mulianya Al Quran ,mulianya pembawa Al Quran murninya tujuan Al Quran diturunkan akhirnya .
قُتِلَ ٱلۡإِنسَٰنُ مَآ أَكۡفَرَهُۥ
Binasalah manusia; alangkah amat sangat kekafirannya?( Abasa : 17 )
Ramai manusia tetap syirik kepada Allah.
Kemudian yang ketiga ,Allah nak sedarkan manusia yang sombong yang tidak sedar diri yang kerana inilah punca manusia sombong iaitu Allah bertanya ,
Berapa banyak orang untung duit sebab dia bela kambing..sekarang harga kambing seekor RM1000.00 kalau dia jual 100 ekor berapa yang dia dapat ?? jadi orang yang jual kambing dan orang yang beli kambing kena fikir tu ,macam mana dia boleh jual kambing dan boleh jadi kaya..kenallah tuhan yang mencipta kambing..dan macam mana kamu boleh korban dapat nikmat bersyukur beribadat korban. Kenal lah kepada Allah yang mencipta kambing sehingga kamu boleh berkorban.
HABIS SELEPAS INI
فَإِذَا جَآءَتِ ٱلصَّآخَّةُ
Apabila datang cerita tentang kiamat
Subhanallah..
Tengah-tengah seronok cerita tentang makan ,pasal buah ,pasal zaitun ,anggur ,durian seronok makan ,tiba-tiba cerita pasal Kiamat..
Selepas ini cerita Kiamat , Cerita kiamat ini cerita gembira ataupun cerita menakutkan ,jadi apa munasabah daripada cerita menyeronokkan pasal makan pasal seronok tiba-tiba Allah cerita tentang yang menakutkan ,Apa kaitannya…
Kamu hendak seronok silakan tapi tak lama lepas itu kiamat…maka bersedialah untuk kiamat
Selain dari makan apa lagi kelebihan Zaitun?? Ia boleh di buat minyak ,dan وَنَخۡلٗا pokok kurma…Subhanallah ..bahasa Al Quran , sebelum ini Allah sebut buah-buahan , Anggur ,sayur ,buah zaitun ..tapi bila sebut tamar ..Allah tidak menyebut tamar ….sepatutnya zaitunan wal Tamrah…tapi Anggur Allah sebut buah , Zaitun Allah sebut buah ..Bila kurna Allah sebut pokok …kenapa tu ??pernah tak berfikir bila baca surah ni ?Allah nak beritahu bukan setakat buah kurma sahaja yang ada menafaat pada manusia…akan tetapi satu pokoknya juga boleh memberi menafaat yang pelepahnya boleh buat bumbung masjid Nabi , batangnya boleh buat macam-macam..umpamanya tiang-tiang masjid dan mimbar jadi satu pokok itu boleh memberi menafaat maka Allah sebut pokok…Sebab Zaitun buah sahaja pokok tidak boleh buat apa-apa , sama juga Anggur..
Cuba tengok kalau kita tidak tadabbur …bukan setakat tidak faham makna نَخۡل pun kita tidak tahu..
وَحَدَآئِقَ غُلۡبٗا
kebun-kebun (yang) lebat,( Abasa : 30 )
وَفَٰكِهَةٗ وَأَبّٗا
dan buah-buahan serta rumput-rumputan,
( Abasa : 31 )
Kenapa Allah sebutkan lagi , tiba-tiba Allah sebut فَٰكِهَةٗ ,sebenarnya Allah nak bagi tahu ini umum ..iaitu at taqmin baqda tahsis , iaitu Allah nak umumkan setelah Allah sebutkan secara khusus bermakna yang kedua selain daripada Anggur ,Zaitun dan ada banyak lagi buah yang Allah cipta ..dan Allah suruh kita berfikir…
Pernahkah kita terfikir pasal buah ..contohnya buah durian..pernah tak kita berfikir tentang buah durian sampai kita tidak jadi makan…ramai orang duk kutuk harga durian harga yahudi..kalau harga yahudi jangan beli la kan …..tunggu la harga Malaysia…tapi yang Allah suruh berfikir bukan suruh kutuk harga yahudi tu …macam mana kita nak fikir durian itu kita rasa Ya Allah ….sampai solat kita selepas makan durian solat kita semakin khusyuk..
Bermakna daripada biji,,sebab biji tidak ada bau…dan tidak ada rasa …kemudian tertanam dalam tanah …dan tanah pula tidak ada rasa…di siram dengan air…ada warna…akan tetapi daripada biji ia mengeluarkan tunas…dari tunas ia mula membesar dan menjadi pokok yang besar dan kuat pokok yang besar..kemudian dahan ,bunganya …dan mengeluarkan buah dan buahnya berduri….dan didalam ada isinya dan berbagai-bagai warna dan rasa…sehingga harga menjadi harga yahudi…sebab dia tidak berfikir bahawa tuhan buat bagi sedap .
Buah Durian bila jatuh dari pokok ,perasan tak dia tidak pecah akibat dari jatuh dari tempat yang tinggi ..dan bila dibuka buah durian dan isinya masih kekal tanpa terjejas…logiknya bila jatuh dari tempat yang tinggi maka akan terjejas isinya…tapi cantik macam kucing tidur.. Subhanallah …
Sebab itulah Durian Allah jadikan kulitnya tebal dan ada duri sebab dia jatuh dari tempat yang tinggi Allah nak jaga benda yang ada didalam…cuba buah Durian macam buah tembikai..kalau jatuh jadi apa ??sebab itulah buah tembikai Allah buat kat tanah…
Dan buah-buahan Allah jadikan nya bertukar warna ,macam rambutan..bila putik warna hijau ,bila masak warna merah…bila buruk …warna hitam…kenapa Allah tidak jadikan satu warna..dan Allah permudahkan dengan kita mengenal warna buah itu..
Perhatikanlah kepada makanan.
وَأَبّٗا dan rumput-rumput…banyak faedah Allah jadikan rumput..jika tanpa rumput kamu tidak boleh makan daging ,kamu tidak boleh makan ayam .
مَّتَٰعٗا لَّكُمۡ وَلِأَنۡعَٰمِكُمۡ
untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu.( Abasa : 32 )
Semua ini Allah buatkan untuk kesenangan kamu ..dan untuk binatang ternak .
Kenapa Allah kata binatang ternak sahaja ataupun untuk semua haiwan ?? sebabnya binatang lain kita tidak makan sebenarnya Allah nak bagi tahu itu juga nikmat kepada kamu ,apa dia???
Binatang ternak…
1) Tumbuh-tumbuhan ini aku ciptakan untuk kamu .
2) Tumbuhan juga aku ciptakan untuk binatang dan binatang pun untuk kamu yang kita boleh korban..
Maka hendaklah manusia perhati. إِلَىٰ طَعَامِهِۦٓ kepada makanannya. Perhati dan berfikir macam mana ?? Kalau kita belajar bahasa arab فَلۡيَنظُرِ fael apa ni ?? yang sebenar يَنظُر sahaja ف tambah ل tambah..fael mudharek ..bila masuk ل dekat depan
فَلۡيَنظُرِ ..bila masuk ل kat depan dipanggil Lamul amri iaitu perintah fael mudharek asalnya bukan makna perintah iaitu sedang ,sentiasa yang perintah itu adalah fael amr’ ..bila fael mudharek asalnya bukan perintah tapi bila masuk ل jadi perintah sebab itu bila ada terjemahan kena ada hendaklah .Jadi bila perintah wajib ,sebab itu manusia ingat rukun islam sahaja.,Solat , puasa ,haji dan zakat …rupa-rupanya ada lagi wajib yang lain.
Wajib apa ni ?? فَلۡيَنظُرِ Wajib perhati..perhati kepada apa ?? ٰ طَعَامِهِ makanannya..
Sebab itulah Ulama kata kitab Allah ini ada dua jenis ,
كِتَاب الله 1) مَقْرُوء
مَنْظُور 2)
1) Makruq - yang di baca iaitu Al Quran ( Wajib Tadabbur )
2) Manzur – Kitab yang di perhati ( Ciptaan Allah ) seperti langit ,bumi ,makanan ,unta .Itu pun kitab Allah juga tu sebab semua itu jika kita berfikir kita akan kenal Allah .
Jadi wajib tak kita kenal Al Quran dan faham ,wajib tak kita perhati ciptaan Allah sampai kita rasa kehebatan Allah Dalilnya …
فَلۡيَنظُرِ ٱلۡإِنسَٰنُ إِلَىٰ طَعَامِهِۦٓ
Wajib tak tengok dan perhati pada langit??wajib…berapa kali tengok satu hari jika wajib?? Dalilnya…Bila perintah Allah kata tengok dan perhati..
ٱلَّذِي خَلَقَ سَبۡعَ سَمَٰوَٰتٖ طِبَاقٗاۖ مَّا تَرَىٰ فِي خَلۡقِ ٱلرَّحۡمَٰنِ مِن تَفَٰوُتٖۖ فَٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ هَلۡ تَرَىٰ مِن فُطُورٖ
Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?( Al Mulk : 3 )
Allah kata kembalikan فَٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرpandangan engkau ke langit هَلۡ تَرَىٰ مِن فُطُورٖ kamu nampak tak kehebatan langit itu ada nampak retak ataupun senget ke…tidak ada ..
Kemudian ,
ثُمَّ ٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ كَرَّتَيۡنِ يَنقَلِبۡ إِلَيۡكَ ٱلۡبَصَرُ خَاسِئٗا وَهُوَ حَسِيرٞ
Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah.( Al Mulk : 4 )
Tengoklah berulang-berulang kali ,jadi …wajib tak kita tengok langit…wajib..sebab itu Ulama kata ada satu jenis ibadah yang ramai orang tidak perasan dan itu adalah ibadat ,iaitu perhati pada ciptaan Allah .
Maka hendaklah manusia perhatikan pada makanannya , jika sebelum ini مِنۡ أَيِّ شَيۡءٍ خَلَقَهُۥ perhati pada diri dia .Sekaran diluar daripada badannya…iaitu makanan.
Yang diluar daripada badan dan yang paling dekat dengan manusia yang paling manusia cinta yang manusia banyak habiskan masa iaitu makanan .
Soalan ,nak perhati macam mana ..Ustaz saya selalu tengok makanan saya nak roti canai ataupun burger…itu bukan perhati ,itu tengok dan pilih..
Dan Allah kata ,
أَنَّا صَبَبۡنَا ٱلۡمَآءَ صَبّٗا
Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit),( Abasa : 25 )
صَبَبۡنَا dalam bahasa arab curah dengan banyak dan berterusan ,kalau saya kata صَبَبۡنَا ٱلۡمَآء saya curah air , curah berapa banyak ?? banyak dan berterusan .,katalah satu tong besar dan dicurahkan sekali gus dan dari tempat yang tinggi.
Dan Allah sebut perkataan صَبَّا dan Allah sebut dalam surah ..Al-Fajr
Sebelum ayat ini Allah cerita tentang kaum Thamud,kaum A’ad dan Fir’aun
وَفِرۡعَوۡنَ ذِي ٱلۡأَوۡتَادِ
ٱلَّذِينَ طَغَوۡاْ فِي ٱلۡبِلَٰدِ
فَأَكۡثَرُواْ فِيهَا ٱلۡفَسَاد
فَصَبَّ عَلَيۡهِمۡ رَبُّكَ سَوۡطَ عَذَابٍ
karena itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab,
( Al Fajr : 13 )
Maknanya Allah curahkan dengan banyak dan berterusan keatas mereka iaitu Fir’aun ,Thamud dan A’ad dengan azab yang pedih …bermakna bukan satu tapi banyak dan berterusan itu makna صَبَّ .sesungguhnya kami curahkan air dengan banyak.
مِنۡ أَيِّ شَيۡءٍ خَلَقَهُۥ
Ini soalan ,Manusia punca kufur ialah sebab tidak berfikir ,antaranya tantang asal kejadian manusia ..dia setakat tahu saja…tapi tidak berfikir bagaimana kehebatan Allah mencipta Air Mani yang cair tiba-tiba boleh menjadi manusia yang hebat yang ada kuasa boleh menguasai negara ataupun dunia ,dia tidak berfikir sampai ke situ sehingga dia tidak merasa tentang kehebatan Allah.
Jadi Ayat ini juga mengatakan sekali-kali tidak manusia belum berfikir dan mentadabbur tentang asal ciptaannya yang kerana itulah manusia kufur kepada Allah.
Boleh juga kita katakana ,Manusia belum lagi mentadabbur ayat-ayat Allah yang menyebabkan manusia sombong dengan Allah yang tidak sepenuhnya tunduk kepada perintah Allah.
Ini tiga maksud atau tiga tafsiran sekiranya يَقۡضِ dhomir ini balik kepada manusia ,Pendapat kedua balik kepada Allah ,sekiranya balik pada Allah maksudnya…” Sekali-kali tidak Allah belum menyempurnakan apa yang Allah takdirkan”…maksudnya Allah masih mencipta manusia sebab kiamat belum berlaku..Jadi proses ciptaan Allah takdir Allah sentiasa berlaku ,berlaku ,berlaku ..sehingga bila berlaku…sehingga kiamat itu maksud apabila dhomir ganti nama baik kepada Allah..
Sekarang Allah nak mengajak manusia berfikir punca manusia tidak beriman tidak mengenal tuhan sebab tidak berfikir ,kalau sebelum ini Allah menyuruh manusia berfikir tentang asal kejadian manusia yang ada dalam dirinya sama dengan Allah sebut dalam Surah Az Zari’at .
وَفِيٓ أَنفُسِكُمۡۚ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ
dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?( Az Zariat : 21 )
Dan dalam diri-diri kamu ,Tidak kamu berfikir tentang kehebatan Allah dalam mencipta diri kamu..jadi cara kita hendak kenal Allah kadang-kadang kita tidak perlu masuk sekolah tidak perlu masuk university tidak perlu buka shahih bukhary tapi perhati pada dari kita sendiri bagaimana dari air mani bole menjadi tangan ,bagaimana daripada air mani boleh menjadi gigi ,boleh jadi mata ,mata pula boleh bezakan warna warni ,telinga pula boleh bezakan suara ,suara budak suara orang tua,suara menangis ,gelak…semua itu daripada Air Mani…ki
ta boleh tak kita buat daripada Air Kosong sahaja kita buat roti canai kita buat burger ..daripada campuran dan ada bahan …tapi Allah hanya Air Mani sahaja….maka kamu tidak boleh berfikir kah tentang ciptaan Allah yang begitu hebat..
Bagaimana Allah bijaksana meletakkan mata dihadapan dan tidak diletakkan di belakang, bagaimana Allah letak kat belakang ??apa akan jadi ??ataupun Allah letakkan pada perut…bila nak tengok..buka baju…kan ,bila hendak makan apa keperluan dan kelengkapan ,bila nak kunyah benda keras…Allah buat gigi dan sebelum gigi dan bila kita sebelum makan kita nak tahu benda elok atau pun tidak…masam atau manis …maka Allah buat lidah…Subhanallah….jika lidah Allah letak kat atas …Subhanallah…
Jadi semua ayat ini mengajak menusia berfikir bertadabbur..Kalau sebelum ini Allah bercerita tentang dia yang ada dalam diri manusia , sekarang Allah nak mengajak manusia berfikir tentang kebesaran Allah dengan memikirkan yang luar diri manusia.
فَلۡيَنظُرِ ٱلۡإِنسَٰنُ إِلَىٰ طَعَامِهِۦٓ
maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya.( Abasa : 24 )
يَنظُر pertama tengok dengan mata dan yang kedua ialah berfikir denganض akal..berbeza dengan رَأَ biasa tengok dengan mata sahaja…tapi kalauنَظَرَ ataupun يَنظُر ,pertama tengok dengan mata ,selepas tengok dengan mata dia berfikir itu makna يَنظُر.
مِنۡ أَيِّ شَيۡءٍ خَلَقَهُۥ
Dari apakah Allah menciptakannya?( Abasa : 18 )
Manusia yang sombong ini sedarlah dari apa dia di ciptakan, Jadi Allah bertanya ….Allah nak bagitahu manusia sebenarnya hina dan tidak ada sebab untuk manusia sombong tapi Allah tidak bagitahu terus.Sebaliknya Allah bagitahu dalam bentuk soalan. مِنۡ أَيِّ شَيۡءٍ خَلَقَهُۥ ?? dari jenis apakah ciptaan kamu ini ,wahai manusia ??
Jadi dua benda ,
1) Allah kata ,manusia خَلَقَهُۥ…di cipta ,bila dicipta manusia lemah ,manusia tidak boleh buat apa-apa sebab dia dicipta dan sebaliknya pencipta yang mencipta manusia adalah hebat sebab daripada setitis Air Mani ,Allah boleh menciptakan menukarkan rupa Air Mani boleh menjadi manusia yang kuat yag gagah yang lengkap bentuknya yang berbagai-bagai warna dan berbagai-bagai ragam yang semuanya dari Air Mani..
Jadi Allah ajak manusia berfikir tentang asal usul kejadiannya dengan bertanyakan soalan.
Kemudian Allah bagi tahu bahawa Allah bukan meninggalkan dan menabaikan begitu sahaja tapi Allah ,
مِن نُّطۡفَةٍ خَلَقَهُۥ فَقَدَّرَهُۥ
Dari setetes mani, Allah menciptakannya lalu menentukannya.( Abasa : 19 )
Melengkapkan ciptaannya bahkan Allah ,
ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُۥ
Kemudian Dia memudahkan jalannya.( Abasa : 20 )
Allah menunjuk jalan , bukan setakat menunjuk jalan kebaikan tapi jalan kebaikan يَسَّرَهُۥ , Allah permudahkan .
Dan Allah bagitau lagi , Manusia bukan hidup selama-lama di dunia.
ثُمَّ أَمَاتَهُۥ فَأَقۡبَرَهُۥ
kemudian Dia mematikannya dan memasukkannya ke dalam kubur,( Abasa : 21 )
Kemudian berakhirnya riwayat manusia dan akan mati فَأَقۡبَرَهُۥ dan dikebumikan dan bila di kebumikan manusia tidak akan berakhir disitu ,kemudian ada satu tahap lagi ada satu kehidupan yang kekal abadi .
ثُمَّ إِذَا شَآءَ أَنشَرَهُۥ
kemudian bila Dia menghendaki, Dia membangkitkannya kembali.( Abasa : 22 )
Apabila Allah nak bangkitkan manusia kembali ,bilakah waktunya ..Allah sahaja yang tahu Allah akan bangkitkan ..untuk apa ?? untuk di beri balasan yang adil kerana manusia tidak di ciptakan sia-sia tidak di ciptakan semata-mata untuk berseronok untuk melempiaskan nafsunya tetapi perbuatan manusia akan diadili ,akan balas …Kemudian apa yang berlaku selepas itu ….
MULA …
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
كَلَّا لَمَّا يَقۡضِ مَآ أَمَرَهُۥ
Sekali-kali jangan; manusia itu belum melaksanakan apa yang diperintahkan Allah kepadanya, Abasa : 23 )
كَلَّا perkataan yang sudah banyak kali kita jumpa ,apa makna كَلَّا ada dua maksud
1) Kalimah Rad’ie wajazeim , iaitu kalimah ataupun satu perkataan yang untuk mengherdik atau untuk menindakkan perbuatan yang di sebut sebelum ayat ini ,jadi maksudnya” jangan sekali-kali tidak kamu lakukan “ Lakukan ap ani ??iaitu أَكۡفَرَهُۥ ,alangkah teruknya manusia ,alangkah peliknya manusia masih kufur kepada Allah walaupun bukti keesaan Allah yang begitu banyak dan jelas.
2) كَلَّا bermakna Haqqan ,maka benarlah ,benarlah apa?? Iaitu apa yang selepas itu .. لَمَّا apa maksudnya ??dalam surah Al Hujarat ,
Ada satu kisah orang badwi datang jumpa Rasulullah dan mengaku ,kam telah beriman ,maka turun ayat menegur mereka…
قُل لَّمۡ تُؤۡمِنُواْ وَلَٰكِن قُولُوٓاْ أَسۡلَمۡنَا وَلَمَّا يَدۡخُلِ ٱلۡإِيمَٰنُ فِي قُلُوبِكُمۡۖ
Badui itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu;( Al Hujurat : 14 )
Kamu belum beriman sebenarnya tetapi katalah ataupun ucaplah أَسۡلَمۡنَا ,kami baru Islam .Jadi beza Islam dengan Iman amat beza….bila Islam hanya lebih kepada perbuatan solat ,puasa tapi hati mereka belum beriman.
Kemudian allah kata وَلَمَّا يَدۡخُلِ ٱلۡإِيمَٰنُ فِي قُلُوبِكُمۡۖ dan bermakna belum,Iman belum masuk hati kamu..jadi لَمَّا bermaksud belum.
يَقۡضِ مَآ أَمَرَهُۥ Dia menunaikan Qada apa yang telah dia (Allah ) perintahkannya.Apa yang Allah herdik ataupun nak menegur .
Ulama berbeza pendapat يَقۡضِ ,Dia menunaikan…siapakah dia ini??Ada dua pendapat..
1) Dia ini balik kepada Insan , sebelum ini ada pada ayat
قُتِلَ ٱلۡإِنسَٰنُ مَآ أَكۡفَرَهُۥ
Celakalah manusia alangkah manusia masih kufur ataupun apa sebab manusia masih kufur kepada Allah.
Jadi يَقۡضِ disini ada dhomir ganti nama dia, pertama dhomir disini ganti namaa kepada Dia. Jadi jika balik pada manusia bermakna “ Tidak sekali-kali tidak,Manusia sebenar belum menunaikan apa yang Allah perintahkan kepada nya.”
Apa maksud ??itu pun ada dua atau pun tiga maksud..Maksud pertama ialah kata Mujahid ;
1) A’Imati at tafasir daripada tabi’in maksud ayat ini ialah manusia tidak mungkin dapat melakukan sampai bila-bila .Contoh nya
Kata Nabi SAW , seseorang kamu tidak akan masuk syurga dengan amalannya tetapi dia akan masuk syurga dengan rahmat Allah ,maka sahabat pun bertanya ,Walaupun engkau tidak boleh tidak boleh masuk syurga dengan amalan engkau ?? Jawab Nabi SAW , Ya..aku juga akan masuk syurga dengan rahmat Allah…apa maksud nya itu??
Bermakna manusia jika buat ibadat sama hebat dengan Nabi pun belum tentu layaknya dia masuk syurga..bahkan kata Ulama cukup kalau manusia sujud sahaja 24jam setiap hari 70 tahun belum layak untuk membayar harga syurga .
Itulah maksudnya , Manusia hebat macam mana pun tidak mungkin mampu menunaikan keseluruhan apa yang Allah perintahkan ataupun tidak mampu mensyukuri nikmat Allah .
Amalan yang paling hebat adalah baginda SAW , Sehingga Nabi solat malam hampir sebahagian besar malam sehingga kaki Nabi bengkak-bengkak dan bila di tegur oleh Aishah RA apa jawapan Nabi , Aku nak berusaha untuk menjadi orang yang bersyukur…maknanya sehebat amalan Nabi pun belum dapat menunaikan semua perintah Allah .
Ada satu kisah dari Israilleat..tapi boleh dijadikan panduan tetapi tidak bersangkut dengan hukum…Ada seorang bani Israel yang kuat beribadat bila diberitahu padanya ,Kamu akan masuk syurga dengan rahmat Allah…jadi kata bani Israel ini ,aku tak nak masuk syurga dengan rahmat Allah tapi aku nak masuk dengan rahmat aku ..sebab dia rasa amalannya hebat dan banyak ..lalu diberitahu tidak mungkin kamu boleh masuk dengan amalan kamu …kata bani Israel ini ,aku nak masuk dengan amalan aku juga…maka diberitahu kepadanya …ambil lah sebiji daari mata kamu letak sebelah kanan kemudian seluruh amalan yang kamu lakukan letakkan disebelah kiri ..cuba timbang yang mana kah lebih berat ??berat nikmat sebiji mata yang Allah beri kepada kamu dibanding dengan seluruh amalan kamu…makna nya seluruh amalan kamu sepanjang hidup kamu masih belum mampu membayar satu nikmat Allah iaitu nikmat mata….
Jadi manusia tak mungkin sehebat mana amalan dapat menunaikan apa yang Allah perintahkan .
2) Sekali-kali tidak manusia masih kufur kepada Allah masih tidak menunaikan apa yang Allah perintah iaitu masih tidak beriman sebagaimana ayat sebelum ini…
قُتِلَ ٱلۡإِنسَٰنُ مَآ أَكۡفَرَهُۥ Jadi maksud kedua ,” sekali-kali tidak manusia masih tetap tidak beriman kepada Allah , tidak menunaikan apa yang allah perintah, tidak mentauhidkan Allah dan beribadat kepad Allah.
3) Sekali-kali tidak Manusia masih belum mentadabbur ciptaan Allah dan ayat-ayat Allah sepenuhnya yang menyebabkan mereka kufur kepada Allah.
Ayat sebelum ini cerita pasal apa ??
قُتِلَ ٱلۡإِنسَٰنُ مَآ أَكۡفَرَهُۥ
Celakalah Manusia ,Alangkah besarnya kekufuran kepada Allah dan selepas itu Allah cerita pasal apa ??
Allah bertanya pada manusia
مِنۡ أَيِّ شَيۡءٍ خَلَقَهُۥ
Dari apakah Allah menciptakannya?( Abasa : 18 )
Sebenarnya apa yang Allah nak suruh manusia buat apa ??apa kaitan dengan Allah kata Celakalah manusia ,Alangkah kufurnya manusia kepada Allah selepas itu Allah tanya …Kamu diciptakan daaripada apa ?? sebenarnya Allah nak beritahu apa??
Ada satu benda besar yang Allah nak beritahu ..yang paling banyak kufur kepada Allah …dia lupa diri dan sombong..sebabnya dia tidak berfikir …sebab itu Allah beri soalan..
Kadang-kadang air akan turun sedikit dan kadang-kadang air akan turun dengan banyak dan boleh jadi azab sebagaimana turun kepada kaum Nabi Nuh AS. Air turun sampai banjir sampai melepasi gunung….
Jadi Allah kata kami turunkan air dengan banyak apa kaitan dengan makan..tapi Allah cerita pasal air pula…apa kaitannya ?? sebab itu Allah suruh manusia berfikir ,Allah kata yang kamu makan itu asal-asal puncanya daripada air dan air itu sapa yang turunkan ?? Allah kata صَبَبۡنَا menunjukkan kami , jadi نَا menunjukkan kebesaran orang yang bercakap ada dua ,
1) Menunjukkan ramai yang bercakap .( lebih daripada 2 atau 3 4 5 orang )
2) Kami menunjukkan kebesaran orang yang bercakap walaupun dia seorang…jadi Allah kata ,kebesaran kami ,kami yang menurunkan Air dengan banyak.
Selepas turun air , Kemudian ,
ثُمَّ شَقَقۡنَا ٱلۡأَرۡضَ شَقّٗا
kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya,( Abasa : 26 )
إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتۡ
Apabila langit terbelah,( Al Infitar : 1 )
Dalam ayat lain ,
وَٱنشَقَّ ٱلۡقَمَرُ
dan telah terbelah bulan.( Al Qamar : 1 )
Dengan belahan yang sesuai dan selari dengan keperluan .
Yang ini Allah suruh kita berfikir ,tentang makanan yang kamu makan ,sama ada roti canai ,daging kambing .
2)proses yang kedua ,bumi itu kering kontang tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan ,tapi bila turun air ,Allah belahkan …apa maksud Allah belahkan ..Jika Allah turunkan air…tapi Allah tidak belahkan bumi…keluar tak tunasnya atau pun tumbuhan ?Manusia boleh tak kalau Allah tidak berbuat apa-apa …lepas letak benih siram air lepas tu tunggu pokok keluar …tak boleh kan…
Jadi Allah kata itu menunjukkan apa yang Allah buat ,manusia tidak mampu buat.
Kemudian .,
فَأَنۢبَتۡنَا فِيهَا حَبّٗا
lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu,( Abasa : 27 )
Lalu kami tumbuhkan dalamnya biji-bijian …( gandum,beras ) ini Allah sebut yang pertama…sebab apa ??sebabnya ia makanan asas…iaitu atu dunia makan roti dan juga makan beras .
Allah kata kami turunkan air tapi Allah gunakan perkataan ثُمَّ ,
ثُمَّ dengan فَا apa bezanya ? kita dah pun belajar … dia ambil masa atau pun jarak macam ayat sebelum ini…jadi ( tempoh kehidupan manusia lama ) kemudian ( Allah matikan ) jadi bila jarak lama Allah guna ثُمَّ tapi lepas mati ,Allah gunakan فَا lepas yang ini terus tanam tak boleh tunggu seminggu atau pun dua minggu.
Jadi antara Allah turunkan air dan Allah tumbuhkan ada jarak tak sepatutnya??kalau dia jarak sepatutnya Allah gunakan perkataan ثُمَّ tapi kenapa Allah guna فَا . sebab itulah Allah kata kami turunkan dalam bumi ,bermakna selepas hujan turun benih itu sudah mula keluar..peroses itu tidak lama ..sebab itu Allah guna فَا .
وَعِنَبٗا وَقَضۡبٗا
anggur dan sayur-sayuran,( Abasa : 28 )
Kenapa Allah kata buah anggur ??
1) Ayat Al Quran Allah turunkan pada orang arab , Allah sebutkan buah yang mereka tahu.( perkataan atau pun buah-buahan yang orang arab tahu)sebabnya Al Quran diturunkkan dalam bahasa yang mereka faham.
2) Dalam banyak-banyak buah yang orang arab tahu khasiat dan menafaatnya ialah Anggur. ( kerana ia mudah di petik dan mudah di makan )dan boleh dimakan ketika basah ataupun kering.
3) Dan ianya boleh mengenyangkan.
Dan juga makanan ahli syurga Cuma yang terdapat didalam syurga rasanya berbeza . وَقَضۡبٗاdan sayur-sayur..Subhanalllah…
Kadang-kadang ,jika tidak ada sayur boleh tak makan Nasi sahaja ?Jadi sayuran adalah pelengkap kepada Nasi ( Biji-bijian ).
Sebab itulah makanan asasi Allah tidak menyebutnya didalam syurga ,seperti beras ..pernah tak jumpa satu ayat dalam Al Quran ,Allah sebut makanan ahli syurga adalah beras..roti…kita makan Nasi ( Beras ) sebab untuk mengenyangkan sebab kat dunia ada lapar..sebaliknya didalam syurga tidak ada lapar..jadi hanya perlu yang menyedapkan hanya di syurga..( Buah-buahan )
وَزَيۡتُونٗا وَنَخۡلٗا
zaitun dan kurma,( Abasa : 29 )
Allah sebutkan juga sebab orang arab kenal dan antara makanan utama mereka boleh makan ketika basah ,ketika kering dan banyak kegunaan.
Selepas kita belajar dan kita kena ada sifat يَسۡعَىٰjangan main-main,selepas belajar kena beramal, selepas beramal kena sampaikan,maka nak sampaikan pun kena ada sifat يَسۡعَىٰ .
Ada satu kisah yang Allah sebutkan dalam Al Quran dia suka berdakwah dan Allah sebut sifatnya bila berdakwah sifatnya يَسۡعَىٰ
Insha Allah kita sambung pagi ini tadabbur surah Abasa daripada juzuk yang ke30,Dalam Surah ini ada beberapa bahagian , kita sampai bahagian yang terakhir atau bahagian yang ke 4 .
Bahagian pertama iaitu Allah menegur Rasulullah SAW kerana mengutamakan pembesar-pembesar Quraisy yang memang ternyata dan terbukti telah menolak kebenaran walaupun dengan niat yang baik untuk supaya lebih ramai memeluk islam sekiranya pemimpin itu memeluk islam tetapi dengan mengabaikan seorang miskin yang buta dan yang betul-betul ikhlas itu adalah tidak sepatutnya berlaku.
Kemudian Allah memberi tahu bahawa Al Quran itu adalah sebagai tazkirah sebagai peringatan, akan tetapi untuk siapa ??Untuk orang yang berakal dan untuk orang yang mantadabburnya ,selagi mana manusia tidak mentadabbur Al Quran mereka tidak akan dapat tazkirah peringatan dan selagi mana mereka tidak mengambil peringatan daripada Al Quran mereka adalah orang yang tidak berakal waras.
Kemudian bahagian ketiga Allah tunjukkan bukti bahawa manusia ini adalah akan mati dan akan dibangkitkan semula untuk kehidupan yang kekal abadi yang setimpal dan adil mengikut amalannya jadi Allah bagi bukti bahawa manusia mampu dicipta kembali oleh Allah SWT iaitu manusia diciptakan daripada air mani yang hina dan juga Allah menunjukkan bukti bahawa bukan setakat manusia lemah iaitu di cipta oleh Allah iaitu dia tidak memiliki apa-apa bahan ciptaannya pun adalah dari bahan yang hina bahkan Allah juga membuktikan bahawa manusia sentiasa bergantung kepada Allah…asal ciptaannya daripada Allah bahkan untuk dia meneruskan kehidupan pun daripada Allah SWT iaitu makanan sebab itu Allah SWT menyuruh manusia memikirkan , memerhati dan memikirkan sumber makanan yang menjadi punca untuk mereka hidup didunia dan semuanya adalah daripada Allah SWT bermula daripada Allah menurunkan hujan kemudian keluar tumbuh-tumbuhan ,buah-buahan , sayur-sayuran dan sebagainya dan yang kerana itulah manusia boleh meneruskan kehidupannya .
Jadi dua bukti kebesaran Allah SWT menunjukkan manusia terlalu lemah ,manusia tidak mampu untuk hidup kalau Allah tidak menciptakannya dan manusia manusia tidak mampu meneruskan kehidupan kalau Allah tidak mengurniakan sumber makanan kepada manusia ,Itu bahagian yang ketiga.
Pada bahagian yang ke empat ,Allah bagi tahu iaitu bahagian kesudahan manusia…iaitu bahagian hari ini..yang kita akan belajar daripada ayat 33 sampai habis Insha Allah,Jadi bahagian akhir ini sebagai petunjuk bahawa manusia tidak akan hidup dan berakhir di dunia sahaja tapi ada kehidupan yang baru yang kekal abadi iaitu selepas kematian ….
Kita sambung Tadabburnya
MULA …
أعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِي
Ini bahagian yang terakhir yang mengambarkn bahawa inilah kesudahan kehidupan manusia.
Jadi kalau kita perhati ayat sebelum ini , Allah bercerita tentang makanan buah-buahan dan kemudian sebelum ayat 33 ini Allah mengatakan
مَّتَٰعٗا لَّكُمۡ وَلِأَنۡعَٰمِكُمۡ
Semua ini makanan ,buah-buahan adalah sebagai مَّتَٰعٗا ( kesenangan )ditengah-tengah Allah menceritakan tentang yang mengembirakan tentang makanan ,buah-buah dan مَّتَٰعٗا ….
Tiba-tiba
فَإِذَا جَآءَتِ ٱلصَّآخَّةُ
Dan apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkakala yang kedua),( Abasa : 33 )
Maka apabila telah datang ,( Satu suara pekikan yang sangat kuat sehingga boleh memekakkan telinga) ٱلصَّآخَّةُ adalah juga nama kepada kiamat .Nama kiamat juga banyak kalau kita tengok dalam Al Quran ,dan selepas surah ini adalah dari surah An Nazi’at ,
جَآءَتِ ٱلطَّآمَّةُ ٱلۡكُبۡرَىٰ يَوۡمَ
Maka apabila malapetaka yang sangat besar (hari kiamat) telah datang.( An Nazi’at : 34 )
Adapun didalam surah yang lain …
ٱلۡقَارِعَةُ
Hari Kiamat,
( Al Qari’ah : 1 )
مَا ٱلۡقَارِعَةُ
apakah hari Kiamat itu?( Al Qari’ah : 2 )
Al Qari’ah bermakna yang mengetuk yang memecahkan ada pun nama lain iaitu ,
يَوۡمُ ٱلۡقِيَٰمَةِ ada nama lain ,يَومُ الأخِرَة jadi nama-nama kiamat itu ada makna yang tersendiri yang Allah nak gambarkan suasana hari Kiamat bermacam-macam bentuk dan sangat-sangat menakutkan .
Jadi disini , ٱلصَّآخَّةُ ( telah datang suara pekikan yang kuat )
Soalannya , kenapa Allah cakap benda yang menyeronokkan dan mengembirakan , makanan , buah-buahan . Tiba-tiba seronok Allah cakapkan benda yang menakutkan …kenapa ?? apakah hikmah nya??
Allah ceritakan benda yang menyeronokkan dan Allah kata مَّتَٰعٗا ,tiba-tiba Allah cerita yang menakutkan ,tiba-tiba siapa yang tidak faham targetnya ialah pada ayat yang terakhir itu
أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡكَفَرَةُ ٱلۡفَجَرَةُ
Lega…Allah nak suruh dia takut sebab dia tidak faham , jadi kita hendak faham kenapa Allah bercerita benda yang mengembirakan benda yang menyeronokkan tiba-tiba datang cerita yang menakutkan , kita akan faham dari perkataan مَّتَٰعٗا , apa makna مَّتَٰعٗا ??seronok…sebab itulah kita telah belajar ayat tentang haji dan haji ada tiga jenis dan salah satunya haji tamathuq, yang makna perkataan inilah …seronok itu berapa lama ??sementara sahaja , kita buat umrah ,tawaf ,sa’ie kemudian buka ihram kemudian tunggu hari wukuf pakai ihram balik.
Jadi مَّتَٰعٗا itu adalah yang Allah nak beritahu seronok yang tidak berpanjangan ,jadi kamu kena faham sebab itu selepas ini aku( Allah ) cerita ,jadi kalau kamu nak makan silakan tapi jangan terlalu seronok sebab sementara sahaja keseronokan itu…sebab itu Allah sebutkan dalam sura Al Baqarah , Bila Nabi Adam AS memakan buah
وَلَا تَقۡرَبَا هَٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ
dan janganlah kamu dekati pohon ini( Al Baqarah : 35 )
Selepas Adam dan Hawwa makan , Allah kata
وَقُلۡنَا ٱهۡبِطُواْ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوّٞۖ وَلَكُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرّٞ وَمَتَٰعٌ إِلَىٰ حِينٖ
dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan".( Al Baqarah : 36 )
Setelah Adam dan Hawwa melanggar larangan Allah , maka وَقُلۡنَا maka kami berkata ٱهۡبِطُواْ turunlah kamu ,daripada syurga ,dan syurga daripada atas ,turunlah sebahgian kamu terhadap sebahagian yang lain sebagai musuh maka saling bermusuh antara manusia dengan syaitan dan juga antara manusia sesama manusia, Jadi jangan seronok sangat kamu akan dikelilingi oleh musuh…
وَلَكُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرّٞ وَمَتَٰعٌ إِلَىٰ حِينٖ dan bagi kamu setelah kamu pergi ke bumi bagi kamu atas muka buka ada tempat tinggal ,kemudian Allah kata وَمَتَٰعٌ dan kamu boleh berseronok tetapi Allah bagi isyarat إِلَىٰ حِينٖ seronok sampai satu masa bukan مَتَٰعٌ إِلَىٰ الابة
Nampak tak Al Quran bagi tazkirah pada kita ,kalau mati masa ni macam mana??kita pun makan pun tak banyak kan..baca doa selepas makan lepas tu bila membazir kutip sebab apa??
فَإِذَا جَآءَتِ ٱلصَّآخَّةُ
Apa sebab Allah sebut nama kiamat ketika ini ?? ialah tentang suara…tengah-tangah makan pasal seronok tiba-tiba Allah cerita pasal kiamat pasal suara bukan ٱلۡقَارِعَةُ ,Apakah yang paling cepat yang paling mengerunkan kita ??ialah suara …kalau kita dengar berita tentang runtuhan banggunan ….kita tidak terkejut sebab kita tidak dengar..
Jadi satu benda sahaja yang Allah nak beritahu yang satu benda sahaja yang kamu akan terkejut iaitu suara..
Sebab itulah para sahabat bila nak makan ,kadang-kadang sebiji kurma mereka tidak yakin boleh masuk mulut ..sebab apa?? ٱلصَّآخَّةُ betul hari kiamat ,tapi kiamat ada dua jenis iaitu..
1) Hari Kiamat yang besar, Iaitu hari yang betul-betul terjadi.
2) Kiamat yang kecil , yang mana ianya akan berlaku setiap masa ,tidak perlu tunggu turun Nabi Isa ataupun Imam Mahdi,
Kata Ulama , Bila seseorang telah mati maka telah berlakulah kiamatnya ,kiamat yang kecil.
Bila kita ingat kepada kematian kita sentiasa melakukan amal soleh dan sentiasa mengelak melakukan dosa.
Maka telah datang hari kiamat ,
يَوۡمَ يَفِرُّ ٱلۡمَرۡءُ مِنۡ أَخِيهِ
pada hari ketika manusia lari dari saudaranya,( Abasa : 34 )
Apa maksud ٱلۡمَرۡءُ ,dalam bahasa arab ,dimelayukan …Cuma orang melayu tidak perasan ..perkataan yang digunakan adalah dari Bahasa arab ..kita pernah menggunakan perkataan MARUAH…ini sebenarnya Bahasa arab…yang dalam Bahasa arabnya ialah المروءة iaitu harga diri….
Jadi kenapa Allah guna perkataan ٱلۡمَرۡءُ ,Allah tidak menggunakan perkataan الانسان sebab Allah nak beritahu orang yang ada maruah tapi bila diakhirat hilang maruahnya..
Apa dia ?? dia lari daripada apa?? مِنۡ أَخِيهِdari saudaranya..kamu rasa hebat sangat ada pangkat ada maruah…tengok bila diakhirat Allah jatuhkan maruah kamu..sebab kamu lari daripada saudara kamu…kenapa pakat lari daripada saudara sendiri??
Ada pendapat mengatakan ,dia lari .
1) Masing-masing bila dia jumpa orang yang dia kenal dia akan minta…Bagi satu sahaja kebaikan …bila jumpa isteri…Sayang bagi saya satu sahaja kebaikan saya nak selamat dari Neraka…dan kita sendiri pun minta juga daripadanya..bagi saya satu kebaikan….sebab dengan satu kebaikan kita akan selamat daripada neraka .Aku bukan sekadar tak nak bagi tapi aku nak kebaikan daripada kamu..jadi untuk mengelakkan daripada orang minta kebaikan daripada kita ialah….dengan melarikan diri..
2) Kita lari sebab takut orang tuntut haknya daripada kita..sebab itu ada tafsiran mengatakan …
Contohnya
Nabi Nuh AS lari daripada isterinya,isterinya lari daripadanya..Nabi Ibrahim AS lari daripada bapanya..dan bapanya pun lari daripadanya…jadi sebab yang kedua ialah takut orang tuntut hak mereka pada kita..bukan hak abang kita yang tidak kita sempurnakan..di akhirat nanti dia cari kita dia pun tuntut ,kita pun cabut lari…macam mana aku nak bayar hak kamu sedang kan aku pun belum tentu lepas dan selamat..
Jadi cuba tengok Allah nak menggambarkan suasana yang menakutkan.
وَأُمِّهِۦ وَأَبِيهِ
dari ibu dan bapaknya,( Abasa : 35 )
Maknya ,dia akan lari …Maknya akan minta kebaikannya,dia akan minta kebaikan kepada Emaknya..dan dia takut Emaknya menuntut hak ,kamu dulu tidak bagi hak aku,aku buka aurat sampai ke tua..tapi kamu sepatah pun kamu tidak menegur..Bapa pun sama sebab tak bagi hak kita..kepada kita..hak bapa keatas kita??Bapa tidak mendidik kita ,tidak beri nama yang baik..semua itu akan di tuntut..
وَصَٰحِبَتِهِۦ وَبَنِيهِ
dari istri dan anak-anaknya.( Abasa : 36 )
Isteri dalam bahasa Arab ialah زَوجَة \ إِمرَاَة bila إِمرَاَة diguna dalam Al Quran bermakna isteri..sebenarnya صَٰحِبَتِهِ itulah زَوجَة ,tapi kenapa Allah gunakan perkataan صَٰحِبَتِهِ bermakna kawan baik,Allah tidak menggunakan زَوجَة sebab , kadang-kadang زَوجَة Namanya isteri tapi dia memang tidak suka kepada kita ,masa di dunia lagi yang jenis degil ,jadi kalau dekat dunia dia degil dia tidak suka pada suami di akhirat dia lari..itu biasa …tapi yang Allah nak beritahu yang luar biasa ialah buka setakat isteri tapi sahabat baik kamu pun lari…
وَبَنِيهِ dan anak-anaknya ..ini sahaja yang Allah sebut…sebenarnya kita lari dari orang yang terdekat sahaja ataupun kawan-kawan??? Tapi Allah tidak menyebutnya yang lain…bagaimana kitab oleh faham…dengan kawan-kawan pun kita akan lari juga…Pak cik kita ..dari mana kita boleh faham….Jika yang dekat pun boleh lari tambahan pula yang jauh ….
Jika kita perasan dalam surah Al Ma’arij ..
يُبَصَّرُونَهُمۡۚ يَوَدُّ ٱلۡمُجۡرِمُ لَوۡ يَفۡتَدِي مِنۡ عَذَابِ يَوۡمِئِذِۢ بِبَنِيهِ
sedang mereka saling memandang. Orang kafir ingin kalau sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab hari itu dengan anak-anaknya,( Al Ma’arij : 11 )
Apa maksudnya ?? bermakna ..jika dia duduk didalam neraka ,dia nak anaknya mengantikannya dan dia keluar…dan dia akan menggunakan isterinya juga …bermakna sudah tidak lagi kasih sayang …yang dia curahkan semasa hidupnya sampai ke tua jaga anaknya..tapi bila di akhirat nanti kamu masuk menggantikan bapa…dan bapa keluar..
Berbeza disini , Allah kata mereka tebus bermula dengan anak, isteri selepas itu saudaranya…tapi bila dalam ayat ini, yang pertama ialah akhi , بَنِيهِ akhir sekali…
Dia suasana yang berbeza ,yang diatas dia meminta pertolongan dan Ayat dalam surah ( Al Ma’arij ) suasana yang sudah masuk neraka tapi dia nak keluar darinya..iaitu minta untuk menebuskan dirinya.
Jadi dalam bab minta pertolongan ,pendapat Ulama ,
Siapakah yang paling cepat membantunya??adakah anaknya ataupun adik beradiknya?Kenapa Adik beradik ??
Dari satu kisah , ada seorang wanita jahiliah , kemudian dia memeluk islam Khansa ataupun penyair , dimasa jahiliah dia seorang penyair setelah memeluk islam dan dia menjadi dalam islam .
Bila anaknya meninggal dunia , tidak dia menanggis ,sama juga bila bapanya pun..akan tetapi bila abangnya yang bernama Shakhrun (صَخْرً ) meninggal dunia maka dia meratapi hampir setiap hari , dia akan keluar pagi naik keatas bukit dan menanggis diatas kematian ,bukan anak,bukan bapa …tetapi Abangnya..sebab itulah nak bagi tahu ,hubungan orang arab adik beradik lebih kuat selain daripada itu.
Jadi orang bertanya Khamsa , kenapa kamu meratapi kematian adik beradik kamu lebih daripada kematian anak dan ibubapa kamu ??maka dia berkata : Suami ada ,anak akan sentiasa lahir …sedangkan saudara aku sudah hilang..Jadi suami tidak ada masalah sebab disebelah…anak akan dapat lagi akan lahir lagi..tapi saudara aku sudah hilang jadi itulah yang aku meratapi yang hilang itu..
2) Saudara kita yang paling kita kenal ,siapa ?sebab kita membesar dengan dia duduk sebilik ,sekolah sama-sama , jadi dari segi orang arab yang mudah membantu ialah saudara , ini isunya membantu atau minta pertolongan .
Jadi bila hendak menebus dia kena menebus dengan barang yang paling mahal iaitu anaknya, Antara anak dengan saudara maka anak lah yang pertama ialah anak.
Disini juga menunjukkan bahawa adik beradik ,ibubapa ,isteri ataupun anak bila masuk akhirat nanti bukan tidak ada guna bahkan tetapi akan menjadi bahan tebusan ibubapa kalau mereka itu tidak beriman. Jadi jangan berlebih-lebih sayang pada anak .
Berapa ramai ibubapa beri masa pada anak mereka sampai dia pun datang penyakit, mula jaga anak ,lepas itu dia jaga cucu ,lepas jaga cucu dia jaga cicitnya pula …masa jaga cicitnya mati pula..tapi bila diakhirat semua akan cabut lari daripada dia.
Kalau dia habiskan masa untuk jaga anak ,cucu dan cicit dengan memberi kefahaman agama itu bagus…tapi kalau habis masa mereka pun tidak faham agama ,mak bapa pun tidak ada masa tidak sempat untuk pergi kelas itulah merugikan
Kemudian Allah beritahu apa sebab semua cabut lari dari orang tersayang ….sebabnya ialah..
لِكُلِّ ٱمۡرِيٕٖ مِّنۡهُمۡ يَوۡمَئِذٖ شَأۡنٞ يُغۡنِيهِ
Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.( Abasa : 37 )
Bagi setiap ٱمۡرِيٕٖ sesorang مِّنۡهُم dari mereka يَوۡمَئِذٖ pada hari itu شَأۡنٞ urusan يُغۡنِيهِ yang cukup menyibukannya.
Apakah urusan yang menyibukkan sampai jumpa abang pun lari ,jumpa anak pun lari ,jumpa isteri yang paling dia sayang pun dia lari…urusan apakah ini?iaitu urusan hisab ( Urusan yang menentukan sama ada syurga ataupun neraka )
Sebab itu didalam satu hadis yang selalu kita dengar ,Yang selalu Baginda Nabi SAW kata pada Aishah RA.
Sesungguhnya kamu akan dihimpunkan di akhirat dalam keadaan hal kamu tidak berkasut dan bertelanjang ( tidak berpakaian ) dan tidak bersunat maknanya semua yang sudah brsunat di dunia bila diakhirat nanti Allah akan balikkan semula.
Maka Aishah pun bertanya kepada Baginda Nabi SAW..
Adakah lelaki dan perempuan masing-masing tengok aurat dan kemaluan masing-masing??
Maka jawab Baginda Nabi SAW , Hari itu suasana sangat-sangat menakutkan bahkan lebih besar untuk dia melihat aurat kawannya yang berada disebelah.,kita kalau accident patah kaki dan berdarah ..lepas tu kawan kita accident juga terbogel ..kita sudah berdarah ..agak-agak sempat tengok tak??Maka begitulah gambarannya.
Kemudian Allah bagitahu keadaan dia ketika itu terbahagi kepada dua jenis manusia.
وُجُوهٞ يَوۡمَئِذٖ مُّسۡفِرَةٞ
Banyak muka pada hari itu berseri-seri,( Abasa : 38 )
Apa makna مُّسۡفِرَةٞ ,iaitu gembira…أسفَرَ ada dalam ayat Al Muddatstir…
وَٱلصُّبۡحِ إِذَآ أَسۡفَرَ
dan subuh apabila mulai terang.( Al Muddatstir : 34 )
Apa makna ayat ini Allah bersumpah
كَلَّا وَٱلۡقَمَرِ Sekali-kali tidak,demi bulan
وَٱلَّيۡلِ إِذۡ أَدۡبَرَ dan malam ketika telah berlalu,
Dan bila waktu subuh ,menampakkan cahayanya , bila nampak cahaya ,nampak betul gelap nampak cahayanya ,nampak serinya.
Kita bila bangun pagi seronok tak ??Nampak seronok sebab bila nampak cahaya umur kita semakin Panjang.
Maka dari perkataan أَسۡفَرَ itu diambil مُّسۡفِرَة
Pertama nampa dimukanya ( wajah ) yang berseri seri…jika di dunia kita nak tengok orang itu bahagia ataupun tidak , adakah pada hartanya?? Sebab itu jangan tengok wajah , Jika didunia ukuran untuk melihat sama ada orang itu bahagia atau pun tidak bukan pada wajah…secara umum jika di dunia orang itu bahagia ataupun tidak ,kita tengok harta dia…kalau rumah setinggan pula …tapi kalau di akhirat tengok pada apa??tanda orang itu bahagia ataupun celaka…nak tengok kereta …tidak ada…nak rumah ,nak tengok pakaian ..dah tidak ada..tengoklah muka dia. Kalau muka dia مُّسۡفِرَة berseri itulah tanda dia bahagia..
Dan Allah tambah satu lagi iaitu ,
ضَاحِكَةٞ مُّسۡتَبۡشِرَةٞ
tertawa dan bergembira ria,( Abasa : 39 )
Inilah bahagia yang sebenar ialah diakhirat,kamu gembira kamu senyum dekat dunia belum tentu kamu bahagia di akhirat.
Cuba tengok wajah-wajah Menteri-menteri senyumkan ..tapi adakah mereka bahagia…dia langar SOP pun senyum saja kan…
وَوُجُوهٞ يَوۡمَئِذٍ عَلَيۡهَا غَبَرَةٞ
dan banyak (pula) muka pada hari itu tertutup debu,( Abasa : 40 )
Dan wajah-wajah pada hari itu atasnya debu-debu.
Apa yang sebenarnya Allah nak bagi tahu …pada ayat 38 Allah kata muka berseri dan pada ayat ini Allah kata muka berdebu apakah maksud itu ,yang sebenarnya inilah wajah-wajah yang hina dan tandanya ialah…ada debu..
Kebiasaannya muka orang yang berdebu ialah orang miskin…dan ada pun debu mukanya dia akan bersihkan tapi bila diakhirat kekal debu itu..
Dan yang kedua …
تَرۡهَقُهَا قَتَرَةٌ
dan ditutup lagi oleh kegelapan.( Abasa : 41 )
Sudah lah berdebu dan ditutupi oleh قَتَرَةٌ kegelapan….bermakna mukanya hitam..
يَوۡمَ تَبۡيَضُّ وُجُوهٞ وَتَسۡوَدُّ وُجُوهٞۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ٱسۡوَدَّتۡ وُجُوهُهُمۡ أَكَفَرۡتُم بَعۡدَ إِيمَٰنِكُمۡ فَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ
pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram. Adapun orang-orang yang hitam muram mukanya (kepada mereka dikatakan): "Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman? Karena itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu".( Al ‘Imran : 106 )
وَأَمَّا ٱلَّذِينَ ٱبۡيَضَّتۡ وُجُوهُهُمۡ فَفِي رَحۡمَةِ ٱللَّهِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ
Adapun orang-orang yang putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam rahmat Allah (surga); mereka kekal di dalamnya.( Al ‘Imran : 107 )
Dalam 2 ayat dari Surah Al ‘Imran ,Allah beritahu dua jenis wajah ,Cuma dalam surah Abasa Allah sebut warna ,yang dalam surah Al ‘Imran Allah sebut warna muka.
Allah kata يَوۡمَ تَبۡيَضُّ pada hari itu ,wajah-wajah puteh..dan yang kedua وَتَسۡوَدُّ dan hitam, siapa yang puteh dan siapa yang hitam?? Allah kata فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ٱسۡوَدَّتۡ ada pun ada orang yang wajah-wajahnya hitam , apa sebab .. وُجُوهُهُمۡ أَكَفَرۡتُم adakah patut kamu kufur setelah kamu beriman فَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَ maka rasalah azab.. بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ
Jadi siapakah yang muka hitam ??orang yang kafir تَكۡفُرُونَ
Tidak kira siapa pun kalau dia Mat Saleh muka akan jadi hitam .jadi siapa yang muka hitam jangan risau ,satu hari dia akan bertukar menjadi putih.
وَأَمَّا ٱلَّذِينَ dan ada pun orang yang ٱبۡيَضَّتۡ putih mukanya فَفِي رَحۡمَةِ ٱللَّهِۖ maka dia dalam rahmat Allah ,maka siapa yang layak masuk syurga mukanya akan menjadi putih dan dia ada dua sahaja , satu hitam dan satu putih …siapakah yang putih ni ??iaitu orang yang beriman ….macam bilalkan …dia seorang yang berkulit hitam akan tetapi dia seorang ahli syurga ..cukup dengan menjadi orang yang beriman dan akan mendapat rahmat Allah.
Bagaimana cara paling mudah untuk mendapatkan rahmat Allah..asasnya dan caranya ialah
وَإِذَا قُرِى القُران فَاسْتَمِعُو لَهُ وَأَنصِتُوا لَعَلَّكُم تُرحَمُون
Dan apabila dibaca Al Quran ,hendaklah dengar betul-betul kepada Al Quran dan diam…apa makna diam dan dengar?? Maksudnya adalah ,supaya kamu faham dan dapat mengamalkan dan akhirnya Allah kata لَعَلَّكُم تُرحَمُون ,supaya kamu mendapat rahmat Allah..
Jadi cara yang paling mudah untuk mendapat rahmat Allah ialah dengan mentadabbur Al Quran..selagi mana kamu tidak mentadabbur Al Quran kamu tidak mungkin تُرحَمُون .
Dan Allah sebut dalam Al Quran ,kami turunkan Al Quran untuk beri rahmat kepada kamu dengan cara diam ,dengar dn tadabbur.Jadi siapa yang tidak tadabbur Al Quran maka dia jauh daripada rahmat Allah.
Kemudian Allah memberi tahu ,wajah itu oenuh dengan debu dan kemudian di seliputi dengan kegelapan cukup dengan Allah tidak perlu untuk cerita lain,sebab kegembiraan ataupun kecelekaan seseorang tergambar dimukanya.
أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡكَفَرَةُ ٱلۡفَجَرَةُ
Mereka itulah orang-orang kafir lagi durhaka.( Abasa : 42 )
ٱلۡكَفَرَةُ jamak kepada كَافر dan banyak makna nya
كَافِر jamak كَافِرُون
كُفَّارُ
كَفَرَة
Dari segi bahasa كَفَرَة bukan setakat kafir tapi banyak kufur…dan mereka orang-orang yang banyak kufur ٱلۡفَجَرَةُ orang-orang yang derhaka…
Dalam tafsir Ulama mengatakan,Allah sebut ٱلۡفَجَرَةُ sebab kalau sebut kafir sahaja ,ada orang kafir dia akan rasa kafir ok padanya…sebab dia buat baik bantu orang ,maka Allah sebut satu lagi sifat akan dia terasa bahawa dia memang jahat ٱلۡفَجَرَةُ ,kamu kafir yang jahat.
Perkataan kafir kadang-kadang tidak menyebabkan orang itu rasa dia jahat…cuba tanya orang kafir ,kamu jahat tak??dia akan jawab dia ok sahaja…kadang-kadang orang islam lagi jahat,maka Allah sebut satu sifat yang supaya mereka merasa yang mereka ini memang jahat dan memang patut dibalas.
Jadi penyakit paling besar ialah kufur..paling besar ,paling bahaya..yang boleh menjahanamkan manusia kekal dalam neraka , ialah penyakit kufur..tapi penyakit yang paling ditakuti oleh manusia ialah CORONA VIRUS,
Jadi apa maksudnya ?? yang paling Allah nak manusia takut ialah kufur…., tapi yang akhirnya manusia tidak takut pada kufur…betul tak ??berapa ribu ,berapa billion manusia yang kufur dia tidak takut ,berapa ramai orang islam yang buat ٱلۡفَجَرَةُ ,tapi bila baca berita terkejut ,Owh!!! Hari ini kes naik dia dah takut dah…jangan keluar rumah pesan pada anak ,pesan pada cucu ..jangan keluar rumah…sabar-sabar..
Duduk dalam rumah main game , tengok movie…nampak tak ??jadi pengajarannya manusia takut pada benda yang tidak sepatutnya dia takuti , yang sepatutnya dia takut ialah kufur..
Berapa ramai yang manusia kufur kepada Allah…bila?Musim PKP atau sepanjang masa ??sepanjang masa…
Kadang-kadang dalam PKP ni manusia buat dosa besar , apa dia ??ada yang sampai bunuh diri..
أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡكَفَرَةُ ٱلۡفَجَرَةُ
Cerita ini daripada ayat 33 sampai ayat 42 dan sebelum itu seronok kan …apa masej yang hendak disampaikan bahagian akhir dalam surah Abasa ini.??apakah masejnya ??
Sebenarnya Allah hendak memberi vaksin kepada kita supaya kita selamat daripada وَوُجُوهٞ يَوۡمَئِذٍ عَلَيۡهَا غَبَرَة iaitu dengan kita takut dengan suasana hari akhirat ,takut itu adalah vaksin untuk kita selamat CORONA NERAKA tapi tidak terkesan apabila manusia cerita pasal COVID19 kes meningkat terkesan tak??semakin ramai tidak takut semakin ramai takut ,jadi apa masalah …Allah cerita ,manusia tidak takut..manusia cerita semakin takut..kenapa ambil dua dos ,ada yang cerita kena ambil tiga dos…dan ada pula berpendapat akan berpanjangan mungkin setiap tahun dos-dos...
Tak apa lah yang penting boleh selamat daripada COVID19 tapi tidak boleh selamat daripada عَلَيۡهَا غَبَرَة.
Jadi saya nak kempen ambilah vaksin tadabbur Al Quran , supaya kamu selamat bukan dari COVID19.,dan kita minta dijauhkan ,kalau kita ditakdirkan dengan terkena wabak COVID19 dan kita redha …ketika itu kita mati..Selamat…adakah kita berwajah putih ataupun hitam ??Putih..
Tapi kalau kita takut duk takut pada vaksin dan kita ambil semua dosnya sampai 10 kali ,orang ambil dua …kita ambil 10 kali tapi kita tidak beriman selamat tak dari wajah hitam di akhirat esok ??? tidak…
Sebab itulah Allah puji Al Abrar dalam surah Al Insan ,apakah amalan Al Abrar. ??yang Allah kata
إِنَّ ٱلۡأَبۡرَارَ يَشۡرَبُونَ مِن كَأۡسٖ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا
Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur,( Al Insan : 5 )
Al Abrar ini Allah kata , di akhirat esok dapat minum air arak yang bercampur dengan كَافُورًا kemudian dia duduk didalam istana yang dibawah mengalir sungai yang ke mana sahaja yang dia hendak…apakah amalannya ??
يُوفُونَ بِالنَّذرِ nazar ini ialah janji dia kepada Allah ,semua dia buat ,janji dia dengan semua manusia ,dia tunaikan..dan Ulama mengatakan nazar asalnya sunat tapi bila dia bernazar benda yang sunat dan ia akan menjadi wajib ,maka Al Abrar benda yang sunat pun dia anggap wajib , tapi kalau yang wajib lagi lah dia akan buat.
Apakah yang mendorongnya untuk dia buat benda yang wajib dan sunat ??? dan Allah kata .
وَيَخَافُوْنَ يَومَا كَانَ شَرُّهُ مُسْتَطِيرَا
Dalam satu ayat Allah bagitahu apa amalan Al Abrar yang boleh selamatkan nya daripada Neraka dan apa yang mendorong untuk mereka sentiasa melakukan amal soleh .
Amalannya ialah bukan setakat buat yang wajib tapi mereka buat yang sunat…apakah pendorongnya ??
وَيَخَافُوْنَ inilah pendorognnya untuk beramal soleh ,mereka sentiasa takut kejahatan hari itu مُسْتَطِيرَا bertebaran . Bila dia sentiasa ingat kepada hari akhirat dan dahsyatnya azab akhirat dia sentiasa يُوفُونَ بِالنَّذرِ inilah vaksin terbaik kepada orang beriman iaitu yakin kepada hari akhirat yakin pada azab neraka …maka dia tidak akan berbuat dosa ,jika buat dosa dia akan terus bertaubat.
1) يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمۡ / vaksin yang pertama ,takutlah kepada Allah.( Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu)kadang-kadang orang takut pada Allah tetapi tidak mendorong dia untuk beramal.
2) وَٱخۡشَوۡاْ يَوۡمٗا لَّا يَجۡزِي وَالِدٌ عَن وَلَدِهِۦ وَلَا مَوۡلُودٌ هُوَ جَازٍ عَن وَالِدِهِۦ شَيًۡٔاۚ / takutlah pada hari bapa tidak boleh selamatkan anaknya..(Nabi pun tidak boleh selamatkan anaknya Fatimah kalau dia tidak beriman)dan anaknya juga tidak boleh menyelamatkan bapanya sedikit pun.
Jadi berapa yang patut kita takut dalam ayat ini ??
1) ٱتَّقُواْ رَبَّكُمۡ , Takut pada Allah.
2) َٱخۡشَوۡاْ يَوۡمٗا لَّ , takut pada hari akhirat .
Jadi banyak dalam Al Quran dan juga Hadis , Allah mendorong kita takut kepada dua benda ini ,1) beriman kepada Allah ,dan yang ke 2) beriman dengan hari akhirat.Ini kena ambil berapa dos ni ? Vaksin ni ada dua …jadi yang pertama bertakwa kepada Allah dan yang kedua ,takwa kepada hari akhirat. Berapa kali ,berapa dos ?? maka setiap saat dan setiap waktu kena ambil dos dua ini ..
وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُۥ شَيۡطَٰنٗا فَهُوَ لَهُۥ قَرِينٞ
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.
( Az Zukhruf : 36 )
Maka sebab itulah dos takwa kepada Allah dan takut kepada hari akhirat ada sentiasa 24jam….bukan ada di Puncak Alam …tapi ada dalam kelas tadabbur Al Quran ..
Jadi kesimpulannya daripada surah Abasa dan kita telah pun habis dalam surah Abasa kesimpulannya ialah ,
فَمَن لَّمۡ يَجِدۡ فَصِيَامُ شَهۡرَيۡنِ مُتَتَابِعَيۡنِ مِن قَبۡلِ أَن يَتَمَآسَّاۖ فَمَن لَّمۡ يَسۡتَطِعۡ فَإِطۡعَامُ سِتِّينَ مِسۡكِينٗاۚ ذَٰلِكَ لِتُؤۡمِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۚ وَتِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِۗ وَلِلۡكَٰفِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Barangsiapa yang tidak mendapatkan (budak), maka (wajib atasnya) berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya bercampur. Maka siapa yang tidak kuasa (wajiblah atasnya) memberi makan enam puluh orang miskin. Demikianlah supaya kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan itulah hukum-hukum Allah, dan bagi orang kafir ada siksaan yang sangat pedih.
( Al Mujadilah : 4 )
Jelas ya ,jadi mungkin sekarang jarang berlaku itulah jika benda itu berlaku…itulah solosinya,kadang-kadang suami bila marah sangat akan terkeluar perkara semacam itu.
SEKIAN…
1) Utamakan orang yang betul-betul ikhlas untuk mencari ilmu dengan orang yang tidak ikhlas sama ada dia berpangkat atau pun berkuasa dan sebagainya ,maka utamakan akan tetapi jika tidak ada orang miskin untuk kita berdakwah maka pergilah kemana-mana untuk berdakwah.
2) Bila kita hendak beri peringatan kepada orang maka sumber yang paling asas yang wajib ialah Al Quran kerana Al Quran sahaja yang boleh memberi peringatan dan mengetuk pintu hati manusia.
3) Al Quran adalah untuk difahami dan di amalkan bukan untuk di baca dan hafal ,baca bagus ,hafal bagus…tapi kalau tidak faham ,kadang-kadang Al Quran mengheret kita ke neraka .
4) Pengajaran daripada surah Abasa juga ialah , Hidup di dunia hanyalah sementara ,seronok ,bahagia ,gembira hanya bersifat sementara dan akhirnya kita akan pergi ke Akhirat.
5) Surah Abasa juga mengajak kita berfikir tentang asal usul kejadian kita dan tentang apa sahaja ciptaan Allah supaya dengan itu kita akan semskin kenal Allah dan semakin cinta dan mentaatinya.
6) Sesiapa yang tidak memikirkan ciptaan Allah ,sebaliknya hidup untuk berseronok makan ,gelak ketawa maka dia menyerupai orang-orang kafir bahkan menyerupai haiwan.
7) Walaupun manusia berbagai-bagai watak dan pegangan semasa didunia tapi diakhirat manusia hanya terbahagi kepada dua golongan sahaja.
1) Muka yang berseri( Putih )
2) Muka yang dipenuhi debu dan kegelapan.
/ / // T A M A T // / /
DOSA-DOSA YANG DI ANGGAP BIASA
PERKARA : 14 ZHIHAR
Kata penulis ,
Diantara ungkapan Jahiliah yang masih tersebar dikalangan umat Manusia adalah ungkapan yang menjerumuskan kepada persoalan zhihar. Seperti ucapan seorang suami kepada isterinya ,
“ Bagiku ,engkau seperti punggung ibuku; maka ucapan itu menjadikannya haram bersetubuh dengan isterinya kecuali setelah dia membayar kafarah,ini bermaksud dengan niat maka dia pun ungkap,”kamu ini macam emak kamu sahaja” dengan niat dia tidak mahu bersama kecuali setelah dia membayar kafarah .
ٱلَّذِينَ يُظَٰهِرُونَ مِنكُم مِّن نِّسَآئِهِم مَّا هُنَّ أُمَّهَٰتِهِمۡۖ إِنۡ أُمَّهَٰتُهُمۡ إِلَّا ٱلَّٰٓـِٔي وَلَدۡنَهُمۡۚ وَإِنَّهُمۡ لَيَقُولُونَ مُنكَرٗا مِّنَ ٱلۡقَوۡلِ وَزُورٗاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَعَفُوٌّ غَفُورٞ
Orang-orang yang menzhihar isterinya di antara kamu, (menganggap isterinya sebagai ibunya, padahal) tiadalah isteri mereka itu ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka sungguh-sungguh mengucapkan suatu perkataan mungkar dan dusta. Dan sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.
( Al Mujadilah : 2 )
Syariat islam menjadikan kafarah zhihar ,apa yang di ucap seperti tadi dia tidak boleh bersama dengan isterinya melainkan setelah membayar ataupun menyelesaikan hukum kafarah..iaitu
Kafarah zhihar adalah sangat berat yakni hampir menyerupai kafarah pembunuhan yang tidak disengajakan ,demikian pula menyerupai kafarah bersetubuh pada siang hari dibulan ramadhan adalah sama.
Seseorang yang telah menzhiharkan isterinya tidak boleh dekati isterinya kecuali ia telah membayar kafarah tersebut. Seperti dalam surah Al Mujadilah …
وَٱلَّذِينَ يُظَٰهِرُونَ مِن نِّسَآئِهِمۡ ثُمَّ يَعُودُونَ لِمَا قَالُواْ فَتَحۡرِيرُ رَقَبَةٖ مِّن قَبۡلِ أَن يَتَمَآسَّاۚ ذَٰلِكُمۡ تُوعَظُونَ بِهِۦۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ
Orang-orang yang menzhihar isteri mereka, kemudian mereka hendak menarik kembali apa yang mereka ucapkan, maka (wajib atasnya) memerdekakan seorang budak sebelum kedua suami isteri itu bercampur. Demikianlah yang diajarkan kepada kamu, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
( Al Mujadilah : 3)
No comments:
Post a Comment